بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Yeaaahhh!!, kain pasang baru lagi, Batik Sarawak yang cun melecun. Ada 3 design semuanya, setiap design ada 5 warna. Hari ni umiross publish satu design je dulu ye, yang dua design lagi masih dalam proses mengambil gambar.
Untuk KPH73-KPH77, kain ni bercorak di bahagian kaki, corak abstrak berunsurkan flora dan fauna, manakala badan kainnya pula ada corak halus etnik Orang Ulu. Kombinasi tona warnanya sangat menawan menjadikan warnanya sangat unik dan cantik.
Untuk gambar pada patung dibawah, sengaja ummiross tukarkan kedudukan kaki kain, ada gambar kaki kainnya di bawah, ada gambar kaki kainnya disebelah atas. Jadi bila nak buat baju nanti, pandai-pandailah ikut kreativiti sendiri ye, tepuk dada tanya selera. Jika berkenan cepat-cepatlah order ye, terutama bagi yang berminat untuk membuat uniform sekolah atau jabatan, hubungi ummiross segera, stok terhad, nanti terkecewa.
Sebelum terlupa,sedikit teguran kepada yang berkenaan, Ummiross dapati ada yang ‘mencuri’ gambar kain-kain disini dan menggunakan di website/fb mereka untuk tujuan perniagaan. Malah pada sesetengah gambar watermark Salamborneo masih terpampang. Bagi ummiross ia perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. Ingatlah setiap perbuatan kita walau sekecil mana, ada catatannya di sisi Allah SWT. Ummiross tidak dapat menghalang, tapi akal budi tuan empunya diri lah yang sepatutnya membuat pertimbangan. Tanyalah hati, tidak rasa bersalahkan memanipulasikan hak milik orang untuk menjana pendapatan.
PS; Kepada rakan-rakan blogger yang ummiross hormati, boleh tak kongsi macamana cara nak buat supaya orang tak dapat copy gambar2 ni dengan right click. Ummi tak berapa reti sangat benda-benda macam ni.
KPH73
KPH74
KPH75
KPH76
KPH77
KPH73 KPH74 KPH75
KPH76 KPH77
Jenis : Kain Pasang Sarawak/Batik Sarawak
Material: Japan Polyester(best quality)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.
Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.
Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.
15 comments:
ummi..nanti saya buat tutorial disable right click ya
ummi boleh tgk kat sini
saya pun buat ikut cara ni juagk
http://lieypunyablog.blogspot.com/2011/07/tutorial-disable-right-click-tanpa.html
utk disable dragging image pulak ummi ikut yg ni
yalah kalau tak boleh right,org masih boleh dragging image kan..
http://lifelikearainboww.blogspot.com/2011/09/tutorial-disable-dragging-image.html
harap dapat membantu
kalau saya buat tutorial kat blog saya pun ummi tak boleh copy saya pasang semua fungsi disable hehe
@Kamsiah;
Ok2 Kam, terima kasih banyak ye, ummi sangat2 hargai, InsyaAllah nanti ummi try godeh2 ikut cara yang di saran kan tu.Thank you so much dear!.
mmg cantik2 yer !
waduh....cantik2 semuanya ummi...
cun-melecun ummi. tgh cari warna kuning pinang masak. kalau ada infm ya:)
cantik bangat ni..ehe.. ish..sapalah tu dok curi gambaq tuu...
salam ummi Ross...Pada yg nak cari baju raya..blh la cuci2 mata kat sini.Semoga biz makin maju ya
comel2 semuanya ummiross...
Assalamualaikum Ummi sayangggg...
alangkah bagusnya kalau kita banyak tahu tentang dunia IT... Amie pun sama, tak tahu banyak perkara, sikit2 minta tolong si abang kalau ada masalah. Gambar masakan Amie pun ada orang curi, dibuatnya page sendiri, Amie tak perasan tapi kawan-kawan bagi tahu... bila Amie tengok memang sah gambar masakan kita yang sudah dibuat konon masakannya sendiri!
Harap rakan-rakan blogger dapat membantu Ummi.
semua comei2 lah ummi...hihi
memang cun la ummi......agak lama jugak xorder kain batik.....tgh sibuk lg ni ummi...esok dh nk blk mengundi pulak.....
Cantik-cantiknya Ummi. Dah makn dekat Raya ni mesti ramai yg terpikat..
salam ummi,
bagus juga pertanya ummi, dpt juga
belajar cara2 tak boleh copy tu
kain2 tu semuanya cantik2 belaka ummi
tergoda juga :)
Post a Comment