بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Alhamdulillah, dua order borong dan satu order runcit menjadi penutup tirai penghantaran Batik Sarong Sarawak, Kain Ratna Dewi, Kain Pasang Etnik atau Batik Sarawak untuk tahun 2012.
Salah satu belian borong datangnya dari Sabah, Kain pasang Sarawak untuk dijadikan uniform guru-guru disalah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Moga bertambah cerialah guru-guru dengan seragam baru. Terima kasih cikgu.
Order borong seterusnya dari Negeri Sembilan untuk tujuan berniaga kain pasang secara kecil-kecilan. Ummiross berdoa setulus hati moga perniagaan kecil-kecilan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan akan terus berkembang maju.
Ummiross juga gembira dengan belian runcit dari regular customer ummiross dari Shah Alam. Beliau antara pelanggan terawal Salam Borneo dan terus kekal membuat belian dari semasa ke semasa. Order pertamanya dalam bulan Jun, 2010 dan terus kekal hingga berakhirnya tahun 2012. Moga kita akan terus berurusniaga ye Safurah, insyaAllah. Moga Allah murahkan rezeki.
InsyaAllah penghantaran seterusnya akan bermula pada tahun 2013, hehe..bunyinya macam lambat lagi kan. Esok kita bakal menyambut kedatangan tahun baru. Sambutlah dengan berhemah dan dengan cara yang diredhai Allah.
Ummiross pun menanti usia bertambah setahun lagi, moga Allah terus memberi rahmatNya untuk terus bernafas dimuka bumi ini, insyaAllah.
Alhamdulillah..terima kasih Allah, dengan segala nikmatMu yang tak putus-putus, jika tidak kerana kasih sayang Mu, siapalah kami.
SELAMAT TAHUN BARU 2013. MOGA DIBERKATI ALLAH SELALU.
Sebahagian dari order pelanggan.
Kepada semua pelanggan yang dikasihi..
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
Safurah-Shah Alam
Kod: RD(Ratna Dewi)
Pos : 29hb.12,2012
Treking : EM373567838MY
Roslinah-Sabah
Kod: KPH-Kain pasang etnik
Pos : 24hb.12,2012
Treking : CD190073179MY
Aliza- Negeri Sembilan
Kod: KPH-Kain pasang etnik
Pos : 24hb.12,2012
Treking : Em373562901My
32 comments:
semoga kita menjadi insan yg lbh baik dari semalam..
Salam ummi..
Selamat tahun baru.. semoga rezeki ummi terus murah dan perniagaan ummi terus berkembang hendaknya..
semoga biz ummi bertambah maju di thn baru...InsyaAllah.....
Selamat tahun baru 2013 Ummi sayangggg... moga bisnes tambah maju!
@Kamsiah;
InsyaAllah Kam..sama-sama kita perbaiki kekurangan diri.
@Hanis Azla;
Wassalam Hanis..
Selamat tahun baru juga Hanis, terima kasih atas doa dan sokongan, moga Allah murahkan rezeki kita semua dan diberi kesihatan yang baik.
@NzA;
Amin2x, terima kasih NzA atas doa dan sokongan, moga kita sama2 muarh rezeki ye dan diberi kesihatan yg baik juga.
@Amie;
Happy new year juga Amie darling..
Terima kasih atas doa, moga 'dapur' Amie pun makin 'meletop', lebih banyak resepi Amie yang sedap2 tu diketengahkan dalam majalah.
Selamat tahun baru ummi.. Moga perniagaan makin berkembang & bertanbah maju.
hepy new year Ummi ..moga bisnes Ummi lebih sukses
salam ummi,bagusnya beniaga camni..semoga tahun 2013 rezeki ummi lebih bertambah, diberkati dan dirahmati..
Assalamualaikum Ummiross
Selamat Tahun Baru 2013.....moga rezeki d brkati....
selamat tahun baru ummi :-)..moga tahun baru ni akan lebih bermakna buat kita semua
Assalamualaikum Ummiross
moga terus maju jaya serta 2013 lebih menceriakan lagi
Selamat Tahun Baru Ummiross...semoga ummiross sekeluarga terus bahagia dan sentiasa dlm lindungan kasih sayang Allah...terima kasih Allah menemukan mumme dgn ummiross...
selamat tahun baru 2013 kak. moga bisnes bertambah maju :)
singgah rabu jebguk ummi
ummi wani singgah sesi ptg pulak hehe
oohhh ... aliza lain tu. he..he. cantik2 kak!
@Wanieys a.k.a IbuQalief;
Wanie..terima kasih sudi singgah selalu, pintu rumah ummi sentiasa terbuka untuk Wani.
@Nor Salmi;
Terima kasih Mie, selamat tahun baru juga ye. Amin2x, berkat doa Mie.
@khairul hassan;
Happy new year Khairul. Terima kasih, moga2 sama2 maju ye.
@Kasih Salina;
Hehe..rezeki pesara ni Salina.Amin2x, terima kasih.
@Supiah Abu;
Waalaikumussalam Mak Wan..
Selamat tahun baru juga buat Mak Wan, Amin2x, sama2 kita mendoakan.
@ atuk;
Waalaikumussalam atuk..
Terima kasih Atuk, moga tahun ni lebih baik bagi kita semua disisiNya.
@MumMe;
MumMe...selamat tahun baru juga ye buat MumMe sekeluarga. Alhamdulillah, ummi pun bertuah dapat berkenalan dengan MumMe & family, semoga ukhwah terus berkekalan.
@محمد رازيق;
Terima kasih ajik, amin2x....
@Adzrien Shoppe;
Hehhe..Liza, dah nak sama dah nama tu. Terima kasih Liza.
alhamdulillah rezki
@Mimiee;
Alhamdulillah, rezeki orang pencen Mimie, hehe..
terus suksess di 2013 ye
@Kesuma Angsana;
Terima kasih KA, semoga kita sama2 sukses ye..
Post a Comment