Saturday, December 22, 2012

CITARASA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Setiap dari kita mempunyai citarasa yang berbeza. Cantik dimata kita, mungkin tak cantik dimata orang lain. Cantik dimata orang lain, tidak semestinya cantik dimata kita. Raikan perbezaan. Perbezaan menambah warna-warni kehidupan. Bermain dengan warna-warna kain juga boleh rambang mata. Namun setiap dari kita akhirnya memilih yang paling melekat dihati, umpama cinta..bermula dari mata, dari mata turun ke hati Winking smile.

Semoga hujung minggu yang ceria buat kita semua…insyaAllah.

Terima kasih kepada semua pelanggan ummiross yang dikasihi. Kain batik sarung Sarawak, kain pasang corak etnik Sarawak dan Ratna Dewi tetap menjadi pilihan. Order untuk sepanjang minggu ini telah selamat dipos. Semoga anda semua berpuas hati dan lain kali bolehlah order lagi. Kepada yang ingin berniaga kecil-kecilan, ada diskaun istimewa untuk belian minima 10 helai. Sila hubungi :

 ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

IMG_3919IMG_2805IMG_3829IMG_0703IMG_2088IMG_1705IMG_1699IMG_4364
Antara order dari pelanggan..

Terima kasih daun keladi;

Rozila-KL
Kod: KPH-1psg,KPR-2psg
Pos : 20hb.12,2012
Treking :EM373562402MY

Noran-Melaka
Kod: KPH-2psg.
Pos : 20hb.12,2012
Treking :EM373562447MY

Rosliza-KL
Kod: RD-5pcs
Pos : 20hb.12,2012
Treking : EM356949338MY

N.Atiqah-Johor
Kod:RD-2pcs
Pos : 18hb.12,2012
Treking :EM352018795MY

Maznadia-Pahang
Kod:BS-4pc.
Pos : 17hb.12,2012
Treking :EM351467047MY

Maznadia-Pahang
Kod:RDi-5pcs,Sarong Sarawak-1pc.
Pos : 14hb.12,2012
Treking :CD186517517MY

20 comments:

Kasih Salina said...

betol tu ummi setiap org ada citarsa berbeza..banyak juga tempahannya tu ummi..

afisya afida said...

salam . kite penah shoppoing dekat borneo sebab adik belajar di Uni.malaysia sarawak tu ,, giler rambang mata tengok semua cantik2 especially baju kebaya yang kerawang tu.. :)

NzA said...

semua cantik2 di mata nza...kod yg nk order hr tu pn dh lupa letak kt mana....huhuhu......

khairul hassan said...

semua cantek Ummi

Nor Salmi said...

Betul tu Ummi.. Kadang2 yg tak cantik di mata kita jadi kesukaan org lain. Kalau semuanya punya citarasa sama, tak meriahlah dunia ni kan?

MumMe said...

raikan perbezaan...betul sgt tu ummiross...kadang2 sampai satu masa nanti kita akan mula pula menyukai sesuatu yg selama ni kita x berapa suka...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

masing2 punya citarasa yg berbeza kan ummi :-)

Sweet N Pretty Kiosk said...

wah bermadah pujangga pulak ummi ya hehe. cantik...sedap...mmg subjektif, citarasa manusia berbeza istimewanya makhluk ciptaan Allah swt:)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. pelanggan ummi tak putus2.. seronok tgk..

ummiross said...

@Kasih salina;

Macam tu barulah meriah kan Salina, macam2 ragam macam2 citarasa.
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

ummiross said...

@afisya afida;

Wassalam..
oh adik afisya belajar katUnimas ye.Baju kebaya kerawang tu memang banyak kat sana, harga pun takdelah mahal sangat kan.

ummiross said...

@NzA;

Hehe..thank you NzA, ummi tau NzA sangat pandai memilih, kain yang NzA pilih memang cantik2 juga pada pandangan ummi.Hilang ke, takpe kena cari baliklah kod tu NzA.

ummiross said...

@khairul hassan;

Mekasih khairul..ummi pun kalau nak beli baju selalu tanya suami, pandangan mata lelaki..

ummiross said...

@Nor Salmi;

Yup betul tu Mie, meriah kerana kita dapat menerima perbezaan.

ummiross said...

@MumMe;

Eh betullah MumMe, ada perkara yang kita tak suka dulunya spt warna atau makanan, tup2 jadi suka pula, yang pernah kita suka, mungkin jadi tak suka pula, hehhe..macam2 kan..

ummiross said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief;

Yup Wanie, itu yang jadi seronok kan, saling melengkapi.

ummiross said...

@Sweet N Pretty Kiosk;

Hehe..sekali-sekala bermadah Intan. Memang istimewa penciptaan kita, Alhamdulillah.

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah Hanis, syukur sangat2 kepada Allah yang mengurniakan rezeki,ummi terima seadanya.

Kasih Salina said...

ziarah kembali..

ummiross said...

@Kasih Salina;

Terima kasih Salina sudi singgah lagi..