Friday, March 9, 2012

SELAMAT TINGGAL BUMI KENYALANG.

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini adalah catatan kenangan di Bumi Kenyalang. Ia jugak appresiasi kepada semua yang mewarnai sebahagian dari kehidupan ummiross di sini.

Ura-uranya sudah lama. Lebihkurang satu bulan yang lalu. Mr Hubby dimaklumkan akan bertukar, balik ke Semenanjung. Perancangan awalnya pada awal bulan Mac, maknanya pada penghujung bulan Februari, kami harus mula bergerak. Namun surat hitam putihnya tak kunjung tiba…penantian satu penyeksaan.

Hari Rabu baru ni, akhirnya surat yang ditunggu-tunggu dah tiba. MrHubby pulang dengan senyum ceria dengan sekeping surat pertukaran rasmi. Tarikh lapor diri pada 15hb.Mac,2012 ni. Ini bermakna bermulanya saat kelam kabut kami. Ada lebih kurang seminggu untuk menguruskan segalanya. Hatta kucing kesayangan pun memerlukan permit untuk dibawa pulang.

Tidak mengapa, kerana dalam hati berbunga ceria. Anak-anak terutamanya tak sabar menanti. Sudah menjadi rutin, walaupun berjauhan, mereka akan menelefon setiap malam. Jadinya sejak sebulan lalu, setiap kali menelefon, pertanyaan yang diajukan,,”dah dapat surat tukar ke belum ummi?”.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berbisnes bermain. Kuching tempat yang tenang untuk didiami. Ummiross memang seronok tinggal di sini. Orang Sarawak ramah dan friendly. Semasa baru-baru dulu ummiross join kelas mengaji di sini, ada orang Malaya, ada orang Sarawak,memang meriah, lepas mengaji kami keluar jalan-jalan cari makan, ramai-ramai bersarapan, hehe grup orang pencen. Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi sebahagian kenangan indah hari-hari ummiross di Kuching. Kini walaupun jarang berjumpa, kalian masih tetap di hati. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa.

Kadang-kadang prioriti kita berubah. Perubahan sering jugak mengundang banyak tanggapan. Memandang ke depan tidak bermakna kita melupakan orang dibelakang. Menoleh kebelakang tidak pulak bermakna kita mula jelak dengan orang di hadapan. Ianya sebuah pencarian. Jalan kita mungkin berbeza, tapi akhirnya matlamat kita sama, mencari redhaNya.

Ummiross beralih arah dan menyertai banyak kelas dan ceramah keagamaan di Islamic Information Centre,Kuching. Menghadiri kelas bahasa Arab dengan guru yang sering bertukar, guru dari Negeri China yang sangat sedap didengar bila beliau berbicara dalam bahasa Arab dan guru dari Jordan yang mahir pulak berbahasa Sarawak. Kelas Science of The Quran pulak sangat mengesankan, walaupun sering ditangguh disebabkan kesibukan lecturernya. Olehkerana hampir setiap minggu ummiross ke IIC, ummiross menemui kelompok kenalan baru di sini. Kadang-kadang dalam pelbagai kelas yang berlainan, ummiross masih bertemu dengan beberapa orang yang sama. Mereka ini orang-orang yang sangat passionate dan komited mencari ilmu. Ummiross suka begitu, terima kasih sahabat baru. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kalian untuk terus mencari ilmu.

Alhamdulillah apa yang dipelajari banyak membantu proses hafazan. Syukur sangat-sangat kerana sepanjang ‘berdiam diri’ ummiross sudah dapat menghafaz kesemua surah-surah dalam juz 30 dan sekarang sedang membuat hafazan surah Al Baqarah. Semoga Allah permudahkan. Kali ini  appresiasi untuk MrHubby yang tak jemu-jemu membimbing dan memberi sokongan. Dia sahabat terbaik yang sentiasa disisi. Dia sahabat diperantauan, berkongsi susah dan senang. Dia yang sangat-sangat memahami. Terima kasih suamiku, ku cium tanganmu sekali lagi, malah berkali-kali lagi. Semoga Allah terus menyuburkan kasih sayang dihati kita di bawah langit ‘baru’..

Ketika mula berpindah, anak-anak amat risau memikirkan ummiross akan kebosanan dirumah bila MrHubby keluar bekerja. Maklumlah selepas bersara awal, ummiross memang mempunyai bisnes sendiri. Lalu anak bongsu ummiross mewujudkan blog ini, ia diperkemas pulak oleh si abang bila sesekali pulang bercuti.Terima kasih adik, terima kasih abang. Akhirnya rezeki ini untuk mereka berdua jugak. Semoga Allah memberi kejayaan dunia akhirat.

Tidak sangka Batik sarong Sarawak, menjadi punca rezeki ummiross di sini. Ianya bermula dengan beberapa helai batik sarong yang ummiross letakkan gambarnya di dalam blog. Ketika itu gambarnya pun tidak berapa cantik, walaupun kain masih dari kualiti yang sama. Sila klik LINK ni jika ingin melihat. Walaupun baru tapi permintaannya terus ada. Ummiross telah mula menerima order sedikit demi sedikit. Ummiross masih ingat salah seorang pelanggan awal ummiross adalah Safurah dari Shah Alam dan hingga kini dia masih menjadi regular customer ummiross. Terima kasih safurah.Terima kasih semua pelanggan ummiross dari seluruh pelusuk tanahair. Semoga Allah memberkati anda semua…

Bagaikan tidak percaya, bisnes online batik sarong sarawak ummiross boleh berkembang hingga ke tahap ini. Alhamdulillah setiap minggu ada order yang masuk, malah sekurang2nya tiga order setiap minggu, dan biasanya adalah belian borong. Bila begini, keyakinan supplier pun semakin bertambah. Setiap kali kain baru sampai, maka supplier cepat-cepat memaklumkan kepada ummiross.

Malah mereka sanggup menyimpan stok tertentu semata-mata untuk Salamborneo. Mereka jugak sanggup memberikan kain-kain baru untuk dibawa pulang ke rumah dan diambil gambar. Bila situasi begini, ummiross tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Ummiross hanya memilih mana-mana yang ummiross rasa akan menjadi ‘hot item’, malah kain ini dapat ditukar jika tiada permintaan. Alhamdulillah, Allah temukan ummiross dengan orang baik-baik. Ye mereka sangat baik, terima kasih semuanya, moga Allah menambahkan rezeki kalian.

Tidak lupa terima kasih rakan-rakan blogger terutamanya yang selalu singgah disini. Ini menjadikan Salamborneo tidak keseorangan. Walaupun blog ummiross ni blog ‘separa’(sebahagian bisnes, sebahagian lagi celoteh yang tak seberapa), mereka masih tetap singgah menjenguk. Tak perlulah ummiross sebut satu persatu. Ummiross yakin mereka tahu siapa mereka, sayang you all semua, muahhh,muahh!!!. Semoga diberkati Allah semuanya.

Setiap detik yang kita lalui adalah ketentuan dari Allah SWT. Ummiross bersyukur sangat-sangat kerana Allah mengaturkan hidup yang indah di bumi Sarawak ini. Ummiross berdoa agar Allah permudahkan urusan kami di tempat baru. Selamat tinggal Bumi Kenyalang…

PS: Next entrylah ye ummiross bagi tau kemana kami berpindah. Untuk seketika salamborneo akan berhenti berurusniaga, mungkin seminggu dua. Ummiross pun masih memikirkan hala tujunya bagaimana. Jika masih ada yang ingin membeli, order dibuka sehingga rabu depan sahaja. Jadi cepat-cepatlah kerana selepas ini anda mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan batik Sarawak, batik sarung Sarawak, batik Ratna Dewi dan kain pasang etnik, corak terkini, kualiti terbaek!!!.

48 comments:

MumMe said...

semoga hanya yang terbaik buat ummiross... semoga dipermudahkan segala urusan ummi...

Unknown said...

alhamdulliah ummiross..wah bestnya..nanti bolehlah aaaa kita lepak melepak.

dear anies said...

nnt kt semenanjung, area mn??

Yumida said...

la...ingatkn akak org serawak...be4 ni mesej ngn akak pn guna bhsa srwak..sori..takut akak x fhm...bisnes tu leh dikembangkan lg di smnanjung nnti kak...hope yg terbaik utk akak

inazamri said...

semoga segalanye dipermudahkan.harap teruskan saja bisnes batik sarawak ummiross.selamat kembali ke semenanjung.

Anonymous said...

semoga urusan ummi berjln dgn lancar...nti kalau ummi stay di putrajaya blhlah roger2 dgn js ye...

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

saya cadang awal bulan April nak kesana...

Unknown said...

semoga bisnes berjalan dgn lancar walau di mana2 pun berada ^_^

Amie said...

Assalam....
Ummi dah nak pindah ye,
semoga segala urusan akan sentiasa dipermudahkan, insya-Allah Ummi akan gembira di sana, dan di mana juga Ummi berada kerana Amie tahu Ummi pandai membawa diri dan meletakkan diri... he he hehhh, tapi rasa sayu pun ada bila baca entri Ummi kali ini. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang ye Ummi....

Deru Ombak said...

Assalamualaikum ummiross..

Selamat kembali ke semenanjung.. :)

NzA said...

masa membaca n3 kali ini berbagai2 perasaan muncul,...gembira krn hajat ummi trcapai, bahagia bila baca kisah hidup sepjg ummiros brhijrah di bumi kenyalan...dan paling sedih bila kemungkinan tiada lagi tmpt utk membuat order batik swrk..

Apapun nza tetap mendoakan yg terbaik utk ummi skluarga...moga kebahagiaan ummi makin mekar bila impian ummi n anak2 trcapai..Semoga Allah prmudahkan segalanya........syg ummi ketat2.....

MulutPayau said...

semoga Allah permudahkan segala urusan ummi...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. banyak kenangan terindah ummi di sana.. selamat kembali ke sini ummi.. ada rezeki boleh kita berjumpa nanti.. semoga segala urusan ummi dipermudahkan..

ummiross said...

@MumMe;

Terima kasih MumMe atas doa-doa,amin...!

ummiross said...

@Kak ina kl;

Alhamdulillah..boleh2 kak ina, waa lepak2 KL pulak..

ummiross said...

@KhaiRin; Anies;

Anies..entah-entah nanti kita berjiran..

ummiross said...

@Yumida;

Takpe2 Yumida, kalau yang senang2 tu ummiross faham,seronok jugak belajar bahasa Sarawak.
InsyaAllah Yumida, terima kasih atas doa2..

ummiross said...

@inazamri;

Amin,amin..terima kasih inazamri atas doa dan dorongan.

ummiross said...

@jemarisuri;

Terima kasih js..

Boleh2 js,insyaAllah kalau ada 'jodoh' bertemulah kita..

ummiross said...

@Atuk;

Waalaikumussalam Atuk..

Alahai Atuk..terlewat sikit je tu Atuk, ummi hari sabtu 17hb.3 ni dah terbang ke KL...

ummiross said...

@Steffany Daph;

Terima kasih steffany atas sokongan..

ummiross said...

@Amie;

Waalaikumussalam Amie..

Terima kasih Amie atas doa2,InsyaAllah ummi mengharapkan yang terbaik!
Tu lah Amie, memang seronok nak balik, tapi bila tiba masanya terasa sayu pula..

ummiross said...

@Deru Ombak;

Waalaikumussalam Deru Omabak..

Terima kasih2x, memang saat2 yang dinanti2 selama ini.

ummiross said...

@NzA;

Begitulah jugak perasaan ummi NzA ketika menulis, banyak kenangan muncul kembali.

InsyaAllah batik Sarawak ada lagi, ummi tengah deal dengan supplier macamana, cuma ambik masa sikitlah kot, sebab baru pindah ni banyak benda nak settle dulu..

Terima kasih2x NzA, atas doa dan sokongan berterusan, sayang NzA ketat2 jugak, hehe..ketat macam seluar yankee, hik!

ummiross said...

@MulutPayau;

Terima kasih2x Mp, amin..!

ummiross said...

@Hanis Azla;

Ye lah Hanis, seronok jgak di Sarawak ni. Tapi hati tetap melonjak nak balik jugak. Terima kasih atas doa. InsyaAllah kalau ada 'jodoh' dapat kita bertemu..

Mak Wan said...

Assalamualaikum Ummiross dan sahabat Salam Borneo

Seronok baca N3 Ummi .Walaupun begitu ceritanya saya percaya Ummi akan lebih bahagia disamping anak2 dan keluarga tercinta. Alhamdulillah.

NzA said...

Alhamdulillah, syukurlah kalau ummi masih teruskan biz batik nie...sedih tau bila trfikir nasib si peminat batik srwk mcm nza nie....
Apa pun nza doakan yg trbaik utk ummi..moga ummi brtmbah bahagia dgn kehidupan baru nnti.....muah.....

MOH KEMBARA said...

Salam Ummi Ross, selamat berpindah dan memulakan hidup baru di semenanjung...sonoknya dia!

Unknown said...

welkam to semenanjung Ummi

dwatyKNY said...

Selamat kembali kak... Saya ni jer lagi yg x kembali ke tnh air sabah... Takpe.. Allah tetapkan rezeki saya di tnh semenjung sy terima.. Sperti akk, saya juga ditemukn dgn org baik2..

ummiross said...

@Mak Wan;

Waalaikumussalm Mak Wan..
Terima kasih Mak Wan kerana sudi singgah di sini..
Begitulah Mak Wan, dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung,di setiap perhentian pasti ada kenangan.
Betul Mak Wan, tak kira dimana, asal dapat bersama suami dan anak-anak,itulah saat2 yang paling membahagiakan.

ummiross said...

@NzA;

InsyaAllah NzA,ummi sedang usahakan dan berbincang dengan supplier bagaimana caranya.Moga2 Allah permudahkan.Hehe..jangan sedey2,ada lagi tu, cuma lambat sikitlah kot, banyak benda nak settle ditempat baru nanti. Terima kasih NzA atas sokongan, muah!!!

ummiross said...

@MOH KEMBARA;

Waalaikumussalam Kak halima..
Terima kasih banyak2 kak atas doa dan harapan.Memang seronok kak, tapi bila dah dekat nak pergi ni, ada rasa sedih pulak..

ummiross said...

@khairul;

Terima kasih khairul, insyaAllah nanti nak jalan2 ke Penang, ummi ada rumah di sana..

ibuintan said...

moga terus berbisnes walau dah balik semenanjung..

sedih lak baca catatan ni

ummiross said...

@dwaty;

Terima kasih dwaty. InsyaAllah tiba waktunya dwaty akan kembali jua ke Sabah. Alhamdulillah..kawan2 yang baik pengganti ahli keluarga ketika di perantauan kan dwaty.

ummiross said...

@ibuintan;

Terima kasih ibuintan atas sokongan. InsyaAllah, harap2 dapat diteruskan,mungkin dengan cara yang sedikit berbeza.

Lysa said...

selamat kembali. alhamdulillah dapat tukar :)

ummiross said...

@lisa;

Alhamdulillah..saat yang ditunggu-tunggu.Terima kasih Lisa...

Yumida said...

cmne perkembangan terbaru akak di tmpt baru....

ummiross said...

@Yumida..

Yumida..akak masih di Kuching,sabtu ni baru berpindah.

Sweet N Pretty said...

hmmm sedih pulak baca n3 ummi kali ni. setiap yg bertemu pastikan berpisah jua, fitrah alam. hidup perlu diteruskan & dlm perjalanan itu kita akan terus menuntut ilmu hingga ke liang lahad. intan doakan yg terbaik utk ummi sekeluarga & lancar urusan pindah ke semenanjung.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Hmm yelah Intan, memang seronok nak pulang, tapi bila dah dekat2 nak pindah ni terasa jugak sedihnya. Sayang jugak tinggalkan tempat menuntut ilmu, moga dapat cari tempat baru nanti. Terima kasih Intan atas doa2..

Liza @ Adzriel AB said...

i lap u ummi... penat lelah berbaloi. syukur dgn rezki Allah beri. bila ummi jujur, rezeki pun tak lokek nak menghampiri.

ummiross said...

@Liza@Adzriel;

Hehe Liza, i lap u too..
Alhamdulillah, semuanya dari Allah SWT,syukur dengan segala pemberianynya.Moga2 Allah memberkati rezeki kita semua..

Liza Razak said...

semoga sukses dengan bisnes online akak yer...cantik betul batik sarong sarawak ni..next time kalau saya nak order..saya nak order dgn akak la nanti :)

ummiross said...

@Liza Razak;

Terima kasih Liza.Boleh2, kalau ada yang berkenan, roger2lah nanti ye..