Monday, March 26, 2012

PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN PETRONAS SECARA "ONLINE" UNTUK LEPASAN SPM 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam ceria-ceria selalu.

Olehkerana tak ada TV, ummiross terlepas melihat kemeriahan pelajar-pelajar SPM 2011 menerima keputusan mereka. Kepada yang berjaya dengan cemerlang tentu sedang sibuk membuat pertimbangan untuk memilih institusi pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran.

Bagi calon-calon SPM 2011 yang berminat untuk memohon biasiswa pendidikan peringkat universiti di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas, bolehlah membuat permohonan program biasiswa pendidikan Petronas secara online di SINI.

Anak ummiross pun adalah salah seorang yang terpilih dalam program ni beberapa tahun lalu, dan sekarang sedang berada di tahun akhir di UTP, Seri Iskandar,Perak. Bezanya, dia terpilih berdasarkan keputusan “Trial Exam’ lagi dan masuk universiti awal satu semester daripada biasa.

Ummiross ingin berkongsi pengalaman sedikit, mungkin boleh menjadi panduan kepada yang berminat. Setelah permohonan dibuat, pelajar yang layak akan disenarai pendek dan kemudian akan dipanggil untuk menghadiri "PETRONAS EduQuest Camp". Pemilihan terakhir akan dibuat selepas educamp ini.

Pelajar-pelajar yang disenarai-pendek, result mereka semuanya excellent. Tapi ada sisi lain yang dinilai semasa EduQuest Camp diadakan. Cemerlang dalam pelajaran belum tentu akan cemerlang dalam pekerjaan. Mungkin semasa educamp ini banyak ciri-ciri lain yang dinilai melalui aktiviti yang diadakan.  Semasa anak ummiross dulu, selain beberapa aktiviti  yang dijalani, ada dua lagi interview semasa educamp, satu secara individu dan satu lagi secara berkumpulan.

Kalau dapat biasiswa PETRONAS ni, memang ringan tanggungan ibubapa. Pelajar menerima RM500 setiap bulan. Setiap awal semester ada elaun buku lagi. Bagi pelajar Sabah dan Sarawak, ada tiket penerbangan setahun sekali. Anak ummiross sempatlah merasa tiket percuma ni semasa ummiross bermastautin di Sarawak dulu.

Jadi kepada yang berminat cepat-cepatlah memohon. Masih ada satu hari lagi. Bukannya susahpun, isi borang secara online sahaja. Tarikh tutup 28hb.Mac,2012. Selamat maju jaya..

PS: Pemenang teka-teki suka suki  sebelum ni dah ada, kalau berkesempatan nanti ummiross umumkan. Terima kasih kepada semua yang sudi meneka.

17 comments:

pcl said...

salam singgah tgh mlm.

NzA said...

Wah mesti la anak ummi ni cemerlang dlm SPM..TAHNIAH!!!!!!

Hanis Azla said...

terima kasih atas perkongian yg baik ni ummi.. bertambah pengetahuan saya.. beruntung anak cemerlang ummi memperolehi biasiswa tersebut.. harap2 anak2 saya juga berpeluang mendapatnya..

Ina Hashim said...

salam,

anak ummi ross ambik bidang apa ye?ntah2, one of my students *wink*

Liza @ Adzriel AB said...

cemerlang mcm ibunya... anak liza tahun depan SPM.. ummi dok mana sekarang?

ummiross said...

@pcl;

tak takut ke jalan lewat malam pcl..hihi..

ummiross said...

@NzA;

hehe saja berkongsi cerita NzA, harap2 dapat jadi panduan pada pelajar yang berminat ke UTP.Terima kasih NzA..

ummiross said...

@Hanis Azla;

Sama-sama kasih Hanis..
Alhamdulillah, dapat bidang yang dia minat dan dapat biasiswa pulak, ringan jugak tanggungan ummi.
InsyaAllah, anak Hanis pun pandai2, ada masa depan mereka sendiri,kalau minat boleh juga minta UTP nanti.

ummiross said...

@Ina Hshim;

Ina lecturer UTP ke? Waa nanti kalau ummi pergi UTP boleh cari Ina, hehe..

ummiross said...

@Liza @Adzriel AB;

Hehe Liza, zaman ibunya dah lama berlalu.
Moga anak Liza pun berjaya cemerlang dan boleh memilih jurusan yang diminatinya lepas SPM nanti.
Entah2 kita ni berjiran Liza,nanti kita pm kat fb ye..

Amie said...

Assalamualaikum Ummi,
bujang sulung Amie tahun ni baru nak SPM... terima kasih atas maklumat yang sangat berguna ini ye Ummi sayanggg, macam jauh sangat Ummi sekarang ni....

MulutPayau said...

terima kasih atas prkongsian ni ummi...
Beruntung anak ummi dapat peluang belajar di situ ya......

Ina Hashim said...

kak ummi,

aah kak...kalo nak datang sini, roger2la ye...boleh jumpa :D

ummiross said...

@Ina Hashim;

Ok2 Ina, boleh aje. Mungkin konvo nanti kot ummi pergi, insyaAllah.

puanbee said...

oh tamat rupanya ..

ummiross said...

@puanbee;

Hehe, ummi pun lambat publish. Tempohnya pun memang pendek je bee..

ummiross said...

@pcl;
Terima kasih sudi singgah..