بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam ceria-ceria selalu
Petang semalam ummiross memenuhi jemputan seorang teman yang membuat majlis High Tea. Rupanya ia jugak jamuan selamat tinggal yang dibuat untuk ummiross. Majlis sembang-sembang, makan-makan sambil mengimbas kenangan.
Carrot n walnut cupcakes yang sedap amat! Hmm hari tu sahabat blogger ummiross tulis nama atas salji nun jauh di bumi Turki, hari ni sahabat ummiross di Bumi Kenyalang tulis nama atas kek pulak. Kedua-duanya yong Perak. Kak Ton..terima kasih buat majlis ni ye, I terharu tau! hehe..
Menu utama - laksam, air tangan orang Kelantan,memang dah agak lama tak makan. Sekali-sekala jumpa, memang berselera..
Semuanya memenuhi selera ummiross, beef quiche yang nyaman!
Puding ni kak Ton masak sendiri, nak kata apa lagi, makan sampai pejam2 mata, sah2 tak cukup satu.
Semanis kenangan, cantik, enak, dan penuh warna-warni.
Demi kawan-kawan, ummiross abadikan juga gambar di sini. Ia bukan selalu, tentu kerana ia sangat-sangat melekat di hati. Bukan setakat jamuan, ada hadiah lagi. Terima kasih Kak Ton(berbaju biru) kerana majlis ini, ummiross amat-amat hargai. Terima kasih juga buat Wa, Kak Adi, Kak Sal, Kak Ani, dan Kak Ton kerana hadiah tu. Ummiross tak dapat buka lagi, esok terus masuk luggage,kotak tu dah elok di bungkus, ada tanda ‘Fragile’ lagi. Sehingga bertemu lagi, sayang kalian ketat-ketat!!!.
Hadiah lagi..ini hadiah personal dari Kak Ton, kain pasang untuk ummiross dan kain pelikat untuk Mr Hubby. Terima kasih Kak ton, terima kasih Abang Bob(orang kuat UNIMAS ni),dah 20 tahun mereka bermastautin di sini..
Ini cerita lain pulak, tapi masih berkenaan rakan kenalan. Kekerapan berhubung dengan supplier untuk mendapatkan bekalan kain, menjadikan ummiross amat rapat dengan pekerja-pekerjanya, adik-adik manis yang sentiasa ringan tulang untuk membantu. Dua hari lepas mereka menelefon mau berjumpa sebelum ummiross pulang.Inilah buah tangan mereka, buat sendiri khas untuk ummiross. Sedap dan rangup!. Terima kasih ‘adik-adik’ ,I, R, A dan yang lain-lain juga. sayang kamuuu..!
ps: Ummiross menulis dalam keadaan tergesa-gesa ni. Nak keluar makan laksa Tinot, laksa Sarawak yang nyaman tu dengan Kak Ton. Tengahari ni line telefon akan kami hentikan perkhidmatannya, makanya line internet akan terhenti sama.
42 comments:
meriahnya farewell dengan makanan..huhu..jeles tau js tak dpt mkn carrot kek tu...mesti sedap kan...hehe
Indahnya punya sahabat dan kenalan yg sgt manis seperti mereka.. jelas sekali keikhlasan mereka dalam bersahabat.. pastinya ummi akan merindui mereka2 ini nnt.. wah, akhirnya dpt juga tgk ummi.. cantik, manis dan sgt lembut wajahnya..
Assalamualaikum Ummiross
tanda mereka semua sangat senang dengan ummi
moga diberkati
sedap nyer puding tu...jgn sedih2 ya nk tggl kn mereka2 tu..
meriah sambutan farewell ummiross ni.semoga selamat sampai ke semenanjung!
@Jemarisuri;
Ye lah JS, siap boleh bawa balik lagi setiap jenis kuih dan laksam tu.
Carrot kek sedap js, krimnya pun sedap!!
@Hanis Azla;
Alhamdulillah Hanis, bukan selalu berjumpa walaupun dekat, itulah bila berjumpa sekali-sekala memang meriah. Walau nanti tidak lagi bersua muka,insyaAllah tak akan lupa.
Hehe..yang mana satu ummi tu Hanis,dapat agak ke? Anyway terima kasih..
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
Mereka orang baik-baik, yang mengisi sebahagian dari kehidupan ummi di sini.
Terima kasih Atuk..
@KhaiRin;anies;
nak ajak makan sekali jauh, memang sedap tu anies.
Dah dekat nak berpindah ni ada jugak terasa sedihnya..
salam ummiross,
bertuahnya disayangi...
mesti sedih nk tinggal bumi kenyalang lepas sekian lama di sana kan...
baru nmpk wajah ummiross yg manis ;)
Terharu! Kagum... ramai yang menyangi Ummi ye. Jangan lupa Amie pun sayang Ummi tau!
@Syida;
Alhamdulillah, gang2 mengaji dan jalan2 cari makan ummi tu Syida. Terima kasih, tak sabar juga nak balik ni.
pehhh..menarik tu Ummi !
seronoknya bila ada yg meraikan ya ummi. mesti tambah sedih nak tinggalkan bumi kenyalang. memories linger on...
Salam Yong Ummi,
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain, berkeja, bersantai dll. Semoga Yong dan sahabat dan jiran2 kat Sarawak tetap menjalin ukhwah!
yang pastinya ummi kesayangan rakan2 n org2 disekeliling....begitu meriah smbutan utk meraikan ummi..siapa yg xsyg dgn keramahan ummi...nza yg brjumpa di alam maya pn dpt rasakan bertapa mesranya ummi w.pn xpernah brsua.....
Semoga prjlnan ummi dirahmati n dipermudahkan...dan semoga ketemu lagi di alam maya setelah ummi menjejakkan kaki ke semenanjung.....
@Ummie Hanie;
Waalaikumussalam ummie Hanie..
Alhamdulillah ada kawan2 yang sudi meraikan.
Betul tu,memang sedih jugak rasanya,insyaAllah ada peluang akan datang lagi.
Hehe..sekali-sekala demi kawan2,muncul juga..
@Amie;
Hehe..sayang kawan2, tinggal2kan, baru nanti rindu-rinduan.Terima kasih Amie,ummi pun sayang Amie, jauh dimata dekat dihati..
@Khairul;
Menarik dan mengenyangkan...
@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah, moga yang baik2 belaka akan dikenang, Yup memories linger on...
@MOH KEMBARA:
Wassalam Kak Halima..
Betul tu kak, banyak perkara yang akan dikenang. InsyaAllah, itulah harapan,ada rezeki, nanti akan berjumpa lagi.
@NzA;
Kami jarang bertemu, tapi memang kira rapat jugak NzA. Merekalah gang jalan2 makan angin ummi jugak, sampai ke Pontianak dan Brunei,pernah tidur ramai2 dihotel.Kami ni kalau berjumpa meriah aje.
Terima kasih NzA, insyaAllah kalau berkesempatan ummi tetap blogwalking ke blog kawan2...
meriahnya! :D dpt jumpa kenalan lagi tu.
tentu sedih nak berpisahkan ummi tapi bumi semenanjung tetap menggamit pulang. meleleh air liur tengok..
menambat selera tgk foto mknn sblum tido,ummiross...
tengok pun dah sedap... kalau dapat makan tu semua lagii sedapppppppp....
@steffany daph;
Hmm makan2 dan jumpa kawaan2, memang meriah Steffany
@Liza Abu Bakar;
Betul tu Liza..bila dah dekat2 nak pindah tu terasa jugak sedihnya.Tapi tu lah, memang excited jugak naak balik semenanjung..
@MumMe;
Hehe tengok gambar je takpe MumMe,tak menjejaskan diet!
@Kazman / Sue;
Kazman..makan free ni memang sedap, apatah lagi bukan selalu..
sedih bila berpisah dengan teman2 rapat... mesti dorg semua syg akk kan???
bertuahnya akak dapat kawan-kawan yg sangat menghargai..siap buat majlis farewell tuh..makanan pon semua nampak special
Assalam ummiross, bestnya ada sahabat yg sangat baik hati, mmg byk kenangan bila berjauhan, pasti terkenang2. Mmg terharu kalo ada org buat majlis untuk kita ya. Semoga hubungan anatra ummiross n kawan2 brkekalan. Blk semenanjung ke
Assalamualaikum ummiross..
Himpunan kenangan yang pasti terpahat di hati selamanya.
:)
@dwaty;
Ye lah dwaty, semuanya akan jadi kenangan indah..
@Liza Razak;
Ye lah Liza, rasa terharu pun ada..
makanan memang sedap2 Liza, siap boleh tapau lagi..hehe.
@EmbunRosaliza;
Waalaikumussalam..
Hmm ye lah Rosaliza, ada perkara yang kadang2 buat kita terharu.Pasti jadi kenangan. Yup balik semenanjung..
@Deru Ombak;
Waalaikumussalam..
Betul tu, pasti terpahat kenangan dibumi kenyalang..
meriahnya.....seronokkan punya sahabat yg mnyayangi dan mnghargai kita....yg pasti semua tu mnjadi kenangan yg tak mngkin dilupakan dalam hidup ummi...
p/s....yg mana satu ummi dlm gmbar tu????
@MulutPayau;
Yelah Mp, semua tu akan jadi kenangan manis,moga Allah akan sentiasa memberkati mereka semua..
Hehe..Mp,ada tak yang pakai baju hitam dalam gambar tu?Yang senyum malu2 kucing dapat hadiah tu,hik!
shuker tengok menu2 tu sedap semua!!
@Posh76;
Hehe memang best tu Posh76, makan percuma pulak lagilah sedap rasanya.
Post a Comment