Monday, January 16, 2012

TERSADAI

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang hari Sabtu dan Ahad baru ni ummiross agak sibuk. Pagi-pagi lagi menguruskan penghantaran batik sarong Sarawak. Kedua-dua order dari customer lama ummiross, dua-duanya dari Shah Alam, satu belian runcit dan satu lagi belian borong.

Sebelah petang ada tetamu dari Semenanjung datang dan bermalam dirumah. Hari Ahad pulak kami sekeluarga ke Perkampungan Budaya dan ke Kampung Buntal, melihat aktiviti mencari kepah, goyang dan ambal. Malam semalam ummiross mengurus belian borong kain pasang Sarawak pulak sehingga lewat malam. Sudahnya hari ni ummiross ‘tersadai’ keletihan.

To Mel ;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9581IMG_9583
Order dari Mel, BS28 hingga BS100, sepatutnya 73 helai semuanya, tapi BS35 dah takde stok lagi, jadi 72 helai . Sila klik SINI untuk melihat pilihan Mel yang cantik-cantik belaka.

Semakan order
Kod          :  BS28-BS100
Pos           :  14hb.Jan,2012
Treking   :  CD169810062MY,CD106126832MY

To Safura;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_8634
Belian runcit dari regular customer ummiross dari Shah Alam.
Semakan order
Kod          : BS65-2pcs
Pos           :  14hb.Jan,2012
Treking   : RD954552409MY

20 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Ummi,

Akak dengor pun letih! Biznes maju takpe!

ummiross said...

@MOH KEMBARA;

Wassalam Kak..

hehe dengor pun letih ye kak, selalunya hujung minggu macam tu lah ummi, banyak aktiviti. Alhamdulillah, moga Allah berkati rezeki kita semua..

Sweet N Pretty said...

hehe ummi bz sgt ye...apapun jaga kesihatan:)

Hanis Azla said...

bestnya tgk perniagaan ummi makin maju.. selamat membeli utk pelanggan ummi.. selamat berehat ummi.. take care..

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
hehe sekali-sekala Intan..insyaAllah terima kasih, sama2lah kita..

ummiross said...

@Hanis Azla;
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan rakan2 jugak ni Hanis. Terima kasih, you too dear..

Unknown said...

tersadai ka ..tersidai ka..janji mashyuk kat Ummi ? hehe

Ros said...

Salam Ummiross,

Kak Ros dengar pun dah letih,tapi tak pa ummi,janji rezeki masuk....Alhamdulillah....

NzA said...

letihnya ummi!!!!!...tt berbaloi2 cz biz makin brkembang..Tahniah!!!! tumpang gembira.

Guru said...

alhamdulillah, keletihan kerana perniagaan, tetap menyeronokkan :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ummi...baca pon jadi letih :D.Semoga biz makin maju yer.Aminnnn

ummiross said...

@khairul;
hihi..kalau tersidai dah kering ummi ni.

ummiross said...

@Ros;
Wassalam Ros..

hihi,terima kasih Ros, Alhamdulillah.

ummiross said...

@NzA;
Letih tu sebab banyak berjalan sekali NzA,hari minggu dah jadi macam pelancong pulak.Alhamdulillah,NzA pun banyak bagi sokongan, terima kasih.

ummiross said...

@klcitizen cikgunormah;
Betul tu cikgu, satu kepuasan.. bukan sahaja untuk diri sendiri tapi kerana dapat berkongsi sumber rezeki dengan orang lain.

ummiross said...

@azatiesayang;
Wassalam atie..

Hihi sekali-sekala atie,minggu ni banyak pulak aktiviti keluarga,banyak pulak order,tu boleh tersadai tu, hik! Terima kasih atie, Amin...

Mrs Z said...

penat tp berbaloi.... bisnes maju...

ummiross said...

@Zie Fauzi;
Alhamdulillah, berkat sokongan dan doa rakan2

dear anies said...

rezeki tgh byk tu ummi!

ummiross said...

@KhaiRin;
Alhamdulillah, sekali-sekala Anies, rezeki ummi,rezeki orang lain jugak nanti.