Ummiross selalu berpesan pada anak2, jangan ada sifat bakhil dalam diri. Allah tak suka orang bakhil. Kalau dah bekerja nanti jangan lupa untuk memberi. Memberi tidak mengurangkan rezeki. Jangan lupa ibubapa kerana disitu keberkatan rezeki bermula.
Semalam, awal-awal pagi anak sulung ummiross menghubungi ummiross, katanya dia dah terima gaji pertama, Alhamdulillah. Malamnya ada duit telah di transfer, RM1000. Jumlah itu bukannya sedikit pada ummiross, apatah lagi kalau duit itu sebahagian dari pendapatan pertamanya.
Syukur..Alhamdulillah. Jauh didalam hati ada rasa terharu yang amat sangat. Ia bukan kerana duit yang diberi. Ianya jauh lebih besar dari nilai duit itu sendiri. Semoga anak-anak akan sentiasa murah rezeki, murah hati….
Ummiross akan menggunakan sebahagian kecil duit itu, untuk membeli sesuatu sebagai tanda ingatan, tidak perlu mahal, asal ada, inilah hasil duit gaji pertama “abang”. Tinggalkan sedikit untuk simpanannya.Ada sedikit bahagian untuk adik. Ada sedikit untuk nenek. Ada sedikit untuk yang memerlukan. Sekali lagi, rezeki untuk dikongsi, biar sedikit, tapi ada manisnya.
38 comments:
alhamdulillah.... tiba2 teringat bonda!
Setuju dengan pendapat ummi.. =)
www.anastasyea.com
Sejuk perut ibu mengandung..Syukur krn ummi dpt seorg permata hati yg tahu menghargai..RM1000 amat besar nilainya buat org sprti sy..........
Alhamdulillah anak yg soleh.
anak Ummi kerja kat mana tu
manisnya ummi.. semoga rezeki anak ummi lebih berkat bila dia tak lokek berkongsi rezeki.. suka dgn cara ummi menggunakan pemberian itu.. terasa seronok membaca entry ini..
kalau la semua ank mcm tu kn bgs kn kak ummi
@Amie;
Alhamdulillah. Orang jauh memang selalu ingatkan bonda kan Amie, cuti tahun baru Cina balik ke Amie?
@Anastasyea;
Terima kasih Anastasyea, semua ibubapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka kan.
@NzA;
Terima kasih NzA,Alhamdulillah. Tu lah RM1000 tu besar jugak nilainya pada ummi, jadi bolehlah kongsi dengan yang memerlukan jugak, agar rezekinya akan terus diberkati.
@KEHIDUPAN MAKKAH;
Terima kasih THA, mudah-mudahan begitulah hendaknya.Kalau sudi doakan yang baik2 buat kami sekeluarga di Masjidil Haram.
@Khairul;
Di Shah Alam..khairul.
@Hanis Azla;
Amin,amin...
Ummi berharap dengan cara begini, rezekinya lebih diberkati Allah, masih panjang perjalanannya.
@KhaiRin;
Anak2 sentiasa ada terlebih terkurangnya, tapi kena selalu ditegur dan dididik. Doakan agar anak2 kita semua menjadi anak2 soleh ye Anies.
Assalamualaikum Ummiross
baru malam tadi Ustaz Kamal Saari memberi ceramah
seorang sahabat memetik buah kurma hasil pertama dan menyerahkan kpd Baginda. lalu Baginda memberikan pula kpd sahabat dan kanank2 disitu...dan baginda mendoakan agar hasil tanaman akan datang berlipat ganda..
~Alhamdulillah... betul2 terharu...
Assalamualaikum Yong Ummi,
Alhamdulillah, sonok dgr. Itulah ciri2 anak yg soleh. Banyak tu dia kasi Yong.
wow bestnya ummi. mmg bukan nilai yg diberi jadi ukuran tapi ingatan anak buat seorg ibu yg buat kita tersentuh. alhamdulillah. moga bertambah murah rezeki anak ummi.
dulu masa 1st gaji kitabagi semua gaji kat mak,pastu makin lama makin kurang sbb byk shopping.hehehehhe.sbb tu tahun ni azam takmo shopping lgsg =)
seronok tengok anak2 yang buat ibu terharu keseronokkan gini .. amin .. moga anak2 saya pun sama satu hari nanti
salam...syukur kepada Allah
salam ummi Ross..sejok perut ummi ross mengandungkn si Abang.Ingat kat kluarganya..semoga dia menjadi anak yg soleh.Aminnnn
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk...
Indahnya kisah Rasulullah yang diceritakan tu Atuk, semoga menjadi contoh tauladan buat kita semua. Terima kasih berkongsi kisah itu.Salawat dan salam buat baginda dan ahli keluarga.
@Hasnah;
begitulah anak2, kadang boleh membuat kita terharu..
@MOH KEMBARA;
Alhamdulillah, terima kasih kak. Hehe gaji pertama kak, katanya nak bagi ummi rasa.
@Sweet N Pretty;
Betul tu Intan,yang penting ingatan.Amin,amin, moga Allah makbulkan.
@Syida;
Alhamdulillah,banyak tu, insyaAllah murah rezeki Syida. Takpe Syida, sikit tidak mengapa asal jangan dilupai, semakin lama tanggungjawab kita pun makin besar, ada anak2 dan keluarga untuk dibantu.Azam yang bagus tu Syida..
@puanbee;
InsyaAllah bee, anak2 umpama kain putih...
@Panglima Muda;
Wassalam...Alhamdulillah. Terima kasih singgah.
@azatiesayang;
Wassalam Azatie..
hehe terima kasih. Terima kasih atas doa2, moga Allah makbulkan. Amin...
syukur...sejuk perut ibu mengandungkan...
@MumMe;
Alhamdulillah,insyaAllah sama2lah kita mendoakan anak2 kita ye MumMe..
gaji pertama tu, insyaAllah berkat sbb bg org tua ...
besar dah ank ummiross ye .. ;)
alhamdulilah... bertuah sgt.. sbb si ank igt pgorbanan org tuanya... ye la..bkn duit y d minta.. tp.. apabila ianya dtg ikhlas dr anak..lg2 gaji pertama.. msti rsa sebak dlm hati kan.. smoga memperolehi berkat n rezeki y mlimpah ruah... amin
Salam Ummiross,
Alhamdulillah...syukur pada Allah pasai di kurniakan anak2 yang soleh,tak lupa jasa mak pak yang mendidik dan yang membesarkan depa...
@Ummie Hanie;
InsyaAllah Ummi Hanie. Yup anak2 ummiross dah besar2, sebab umur umminya ni pun dah 'besar' jugak,hehe.
@Lyafrina;
Terima kasih Lyafrina. Memang betul tu, yang penting ingatan anak2 pada ibubapa.Amin,amin..
@Ros;
Wassalam Ros..
Alhamdulillah, moga anak2 kita sama2 diberkati Allah.
Post a Comment