Thursday, January 19, 2012

BERCANDA DI TEPIAN PANTAI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam ceria semua..
Hari ni jom ikut ummiross jalan-jalan. Jalan-jalan sampai ‘tersidai’ (pinjam kara-kata khairul  dari gilamodified) dan tersadai…

Sabtu baru ni, ummiross singgah di perkampungan nelayan, Kampung Buntal, kira-kira 30km dari Kuching. Tujuan asalnya nak makan seafood je. Kat sini ada beberapa restoran seafood yang agak besar tapi kebanyakannya di miliki oleh kaum Cina. Tapi MrHubby tau satu kedai Melayu kat situ, jadi ke situlah destinasi kami.

Kami sampai masih agak awal, tukang masaknya belum sampai. Kata tuan punya kedai, isterinya ke pantai mencari kepah. Dia menawarkan diri untuk membawa kami ke pantai, katanya sekarang musim orang mencari Kepah, Goyang dan Ambal, bolehlah nak join sekali.

DSC_0496-tile A
Pantai yang landai…air surut meninggalkan rezeki di dataran pasir yang saujana mata memandang. Jumpa isteri pakcik tadi di pertengahan jalan, katanya tukang masak dah datang, dia nak balik ke kedai. Ditangannya dah ada satu plastik kecil berisi kepah. Kami terus tempah untuk makan tengahari nanti.Sambil sembang-sembang, sempat lagi makcik ni menguis pasir mencari kepah. Ummiross cuba jugak cari, tapi tak reti nak mengesan tempatnya, korek-korek tak dapat. Sudahnya, “Makcik,makcik..pinjam pisau, pinjam kepah sekali ye makcik”…janji posing.

 

DSC_0521-tile B
Yang dalam bakul tu orang sini panggil Goyang, cantik warnanya. Macam tu lah cara nak cari Goyang, cucukkan besi ke dalam pasir, lepas tu goyang-goyang perlahan-lahan sampai ke atas. Taraaa!!, dah dapat si purple Goyang. Kalau ada Inul bagus ni, kasi goyang gerudi, hik!

DSC_0519
Nun jauh di tepian pantai, ada aktiviti mencari Ambal atau Pepahat atau siput buluh. Ummiross dah tak larat nak pergi, matahari makin meninggi, panasnya cukup terasa, muka pun dah ala-ala pink gitu, elok sikit je dari udang kena bakar.

IMG_9594-tile A
Balik ke Asam Manis Cafe, kami order semua lauk pauk ni. Kepah tu yang baru dikutip tadi, rebus dengan serai, mak datuk sedapnya, manis!. Gambar ketiga tu Ambal, kali pertama makan ni. Kiranya masakan ni simple je, tapi semuanya sedap-sedap belaka, secukup rasa. Kita makan dulu ye, lain kali kita bercanda Winking smile.

22 comments:

Hanis Azla said...

tak biasa kan ummi.. korek2 pun tak dapat.. tp dapat makan pun dah cukup bagus.. Alhamdulillah.. pagi2 ni terliur saya tgk lauk pauk tu..

Adzrien Shoppe said...

seksilah tajuk ummi ni..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Ummi,

Sedapnya seafood, fresh lagi tu. Tapi kolestrerol tinggi! Dulu akak dok KK, hari2 makan seafood, bila check kadar kolesterol, mesin tu tulis : 'HIGH!" Terus berhenti makan berminggu2.

Unknown said...

wah sedapnya seafoods ni..ambal tak pernah try lagi..camner ek rasanya

Sweet N Pretty said...

seronoknya ummi jln2 cari kepah. tak penah try & tak reti cari kepah, tau mamam je;)

ummiross said...

@Hanis Azla;
hihi..betul tu Hanis,anak beranak tak dapat cari.Nasib baik pandai cari makan,Alhamdulillah.

ummiross said...

@Adzrien Shoppe;
haha..kasi gimmick sikitlah Liza. Masa tulis tadi teringat pulak lagu Anita Sarawak dengan Allahyarham Sudirman.

ummiross said...

@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam Kak..
KK lagi banyak dan murah seafood kan kak. Betul tu, kolestrol tinggi termasuk udang jugak, sekali-sekala mengidam bolehlah kan kak..

ummiross said...

kak ina kl:

Ummi pun baru first time makan, sedap jugak kak, tapi selera belum biasa kot! Suami ummi suka..

ummiross said...

Sweet N Pretty;
Seronok Intan, anak pun ajak pergi lagi, nak cuba jugak cari sendiri, baru ada thrill! hehe..

MumMe said...

aduh terliurnya tgk seafood tu ummiross...

dear anies said...

arghhhh tidaakkkkkkkkkkk

puanbee said...

teringin nak maakn ambal tu sebab tk pernah rasa lagi hiksss..

ummiross said...

@MumMe;
hihi, sedap tu MumMe,susah nak cari yang fresh macam tu, kutip terus masak..

ummiross said...

@KhaiRin-anies;
hihihi...katakan ye kepada seafood!

ummiross said...

@puanbee;
bee, ummi pun first time makan ni, ok jugak lah bee, masakan dia sedap!

NzA said...

cantiknya pemandangan tu ummi...lama xpergi pntai......

ummiross said...

@NzA;
Hmm memang cantik NzA, saujana mata memandang bila air surut, sampai tak larat nak berjalan rasanya..

pusat busana muslim murah said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

ummiross said...

@Pusat busana muslim murah;
Thanl you very much

Anonymous said...

boleh tauk ka direction untuk pergi ke asam manis cafe ya? please reply a.s.a.p. sebab esok dah maok pegi makan sia. thank you

ummiross said...

@Anonymous;

Kamek sudah pulang semenanjung, susah maok terang direction sebab sudah lamak, kmk pun sudah lupa. Kitak cuba tanya orang tempatan jak, direction ke Kampung Buntal.Kampung tu sik jauh dari Kuching.