بسم الله الرحمن الرحيم
Ada customer lama ummiros yang nak memborong kain pasang untuk jualan hari raya. Jadi ummiross siarkan jugak gambar2 ni untuk memudahkan beliau memilih, tak sempat nak ambik gambar di patung lagi.
Kain pasang yang bercorak alamiah dan berunsur etnik ni, adalah padanan kain bercorak dibahagian kaki dengan kain corak bunga penuh dengan motif bunga yang sama. Corak berkaki ni, cantik dijadikan baju dan dipadankan dengan corak penuh. Jadi anda boleh membeli 2m corak berkaki dan 2m corak penuh. Atau anda boleh membeli 4m terus dari mana2 corak yang anda suka. Tapi kalau anda berbadan agak besar, bolehlah order mengikut ukuran yang biasa anda guna. Sesuai jugak untuk dibuat kemeja lelaki, terutamanya kain yang bercorak dibahagian kaki sahaja.
Jenis : Batik Sarawak-Kain pasang
Harga: RM79 sepasang-4m
KPH9 corak penuh corak berkaki
Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN
ALL OUT OF STOCK-updated 5.4.2012
22 comments:
cantik2 semuanya ummi.. tentu ramai yg berminat ni..
cantiknya yg kod KPH 7 tu ummi......nza ni skrg minat yg warna2 suram..itu agaknya tnda2 penuaan kot...hi.hi.hi....
Cantiknya!
Video menarik untuk dikongsi! The Joy of Books
@Hanis Azla;
Terima kasih Hanis, insyaAllah...doakan ye
@NzA;
Memang cantik warna kain2 ni NzA.
Hehe..bukan tanda penuaan tapi tanda masih menawan, hik!
@Qaseh gifts;
Terima kasih qaseh, hmm stok baru ni, memang cantik.
Cantiknya kain2 tu semuaaa...!
@azatiesayang;
Terima kasih atie, warna2nya cantik, kain pun ada kualiti.
Salam Yong Ummi,
Awalnya deme borong utk raya! Akak tak tau nak pilihlah...selalu rambang mata!
warna hitam tu bee suka sangat ..
Assalamualaikum Ummiross
dah mula persiapan untuk raya yer...
@MOH KEMBARA;
Akak kalau berkenan bolehlah pilih, yang nak swap dengan souvenir dari Turki tu akak masih belum pilih lagi, ummi nak pos takut akak tak berkenan.
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk;
Hmm ye Atuk, begitulah katanya, customer ummi yang ni dah biasa beli, dulu pun banyak dia borong.
@puanbee;
bee NzA pun suka warna hitam, memang cantik kaler tu bee..
Salam ummiross..
Saya follow. Saya berkenan kain corak traditional Sarawak n3 yang lepas2. Tak tau Ada Lagi ke tidak..
wow lawanya ummi. fresh colour & design utk 2012:)
@Deru ombak;
Wassalam...
Terima kasih folo, nanti ummi folo balik ye.Sila bagi kod kain tu, nanti ummi boleh check stoknya. Kalau stok ummi takde pun ummi dapat beli dari supplier lagi, insyaAllah.
@Sweet N Pretty;
Terima kasih Intan, ye lah warna2nya cantik dan meriah kan..
Assalam Ummi,
sibuk urus niaga kain ye Ummi, macam lama sangat Ummi tak makan di dapur Amie, rindu pulak, terasa ketiadaan Ummi, Ummi pergi mana ya...:)
Waalaikumussalam Amie..
Hehe betul tu Amie,hujung minggu ni memang sibuk sikit, sibuk dengan kain pun ada, sibuk berjalan pun ada. Samalah kita, saling rindu-rinduan, nanti ummi jengok dapur Amie ye, nak makan sedap2.
Kalau nk beli 1 codi boleh tak?
@Peter Salang;
Boleh beli sekodi, tapi kalau corak yang macam kat atas ni dah takde stok lagi.
Post a Comment