بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak minggu lepas ummiross sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir,hehe belakang skrin. Kerja apalagi, ambil gambar kain-kain Batik Sarong Sarawak le, tapi kali ni atas permintaan ramai ummiross matching atau padankan sekali batik sarung tu dengan kain polos. Hari ni ummiross siarkan dua pasang dahulu, sebab gambar-gambar lain nak kena edit dulu, kadang2 nak kena crop jugak sebab banyak benar gangguan kat background gambar tu, maklumlah, ambik gambar pakai gantung2 je kat dinding.
Oklah, jom tengok padanan batik sarong yang cantik menawan ni. Kalau berkenan cepat2 order sebab tahun baru Cina nanti ummiross bercuti lama.
Bagi peminat purple, bolehlah pilih yang ni. Purple gelap ni,warna sebenarnya tersangatlah cantik,kain pulak memang dari best quality.
Untuk kain polos tu, bagi yang berbadan besar, bolehlah request lebih dari 2m, ikut ukuran masing2.Harga sepasang RM65 (2m,2m).
Batik sarong ni ada 4 lagi warna menawan, kalau ada yang berminat dengan warna-warna ini, bolehlah request untuk ummiross padankan dengan kain polos yang bersesuaian. Cantik kalau dipadanka dengan kain polos mengikut warna designnya samada biru,biru lembut, coklat lembut dan maroon. Sila klik link untuk kod kain2 ni.
Yang ni pulak padanan kain polos krim dengan Batik Sarong Ratna Dewi.
Kain Ratna Dewi warna krim ni stoknya sangat terhad, siapa cepat dia dapat.Harga sepasang RM68 (2m,2m).
Sesuai jugak dipadankan dengan batik Ratna Dewi ni, warna sama tapi corak berbeza. Sila klik SINI untuk mengetahui kod kain2 ni.
Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960.
Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.
10 comments:
Salam Yong Ummi,
Hmmm dua-dua kaler cantik Yong. 2 kaler jer ke?
wah ..dah mula ligat Ummi 2012 ni yer
@MOH KEMBARA;
Wassalam Kak Halima..
Thank you kak. Ada lagi kak, tak sempat nak edit gambar2 tu lagi, publish je lah dua dulu,hikhik!
@Khairul;
Hehe khairul lagi ligat..!
wah! koleksi kain Ummi makin bertambah makin cantiklah pulak!
uiiii lawo la purple tu...
CANTIKNYA!!!!!...geram je tgk..rasa dgn ummi nk diborong.....boleh???? he.he.he.....
@Amie;
Hehe, tq Amie, jemputlah cuci2 mata..
@Khairin-Anies;
Anies, ummi pun suka sangat yang purple tu,real color dia lagi cantik!
@NzA;
haha..ari ni ummi gelak besar ni NzA, lucu pulak nak borong dengan ummi sekali.
Post a Comment