Monday, May 2, 2011

ROYAL WEDDING:ANTARA MIMPI CINDERELLA & DERITA LIBYA

Jumaat lepas tentu ramai yang menonton siaran langsung majlis perkahwinan Prince William dan Princess Kate. Mula-mula excited jugak, tapi akhirnya boring dengan ‘khutbah’ berjela. Tapi tak dinafikan pasangan ni memang sweet sangat. Kate Middleton menjadikan dongeng Cinderella sebuah realiti…

IMG_3339IMG_3344
IMG_3347IMG_3340IMG_3343IMG_3346
Gambar: Sekitar majlis perkahwinan di Westminster Abbey
(Sumber: Skrin TV Ku)

Itu cerita tentang kemeriahan di London…

Semalam berita menyakitkan, serangan NATO di Libya. Anak bongsu Muammar Gaddafi, Seif al-Arab Gaddafi,29, dan 3 orang cucu Muammar, dilaporkan berumur dibawah 12 tahun,  terbunuh dalam serangan udara tersebut. Sebelum ini pun, Libya telah beberapa kali dibom dan mengakibatkan kematian orang awam.

800_libya_gadhafi_home_damage_ap_110501_430241
Gambar: Mr Google..

Begitulah sewenang-wenangnya negara besar barat mencari peluang untuk campurtangan di negara Islam. Mungkin ada puak-puak tertentu di Libya bergembira dengan serangan ini, tapi perlu diingat Gajah sama Gajah berlawan, pelanduk mati ditengah, terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Jangan lupa, selain dongeng Cinderella, barat jugak ada dongeng Robinhood. Mimpi Cinderella telah menjadi nyata, mungkinkah Robinhood akan dinobatkan sebagai hero walaupun hakikatnya dia tetap seorang perompak…


12 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

kecoh juga katanya nak buat persiapan kawin. entahlah diaorg ni. yg libya pula bergolak.. sedih betul.

Eida elHakim said...

serius sy tak tgk pun.. rasa meluat..kerana pd masa yg sama negara islam ditindas habis-habisan..

ummiross said...

@Liza @ Adzriel;

Tu lah negara Islam asyik bergaduh sesama sendiri, orang luar akan ambik peluang untuk menyerang

ummiross said...

@Eida elHakim;

Ye lah klu difikirkan memang meluat dengan tindak tanduk mereka ni...

MumMe said...

mumme kepenatan hr tu...x dpt tengok...

ummiross said...

@MumMe;

Oh ye ke, takpe MumMe, tak rugi tak tengok, mula2 ok lah, lepas tu boring je..

Bee said...

kesian libya , kenapa mesti luar negara nak masuk campo , rakyat libya sendiri bermusuhan sesama sendiri , sudahnya kaum lemah banyak yang terbunuh ....

ummiross said...

@Puanbee2;

hmm betul tu bee, pantang ada negara Islam bergolak mulalah cari peluang nak masuk campur, gerammmm...

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong UmmiRoss, akak nyampah nengok deme ni, senang2 masuk Libya serang istana Gaddafi; senang2 masuk Pakistan bunuh Osama. Gomen negara Islam buat apa?

Hanis Azla said...

saya pun mula2 kusyuk depan tv.. tp lama2 tu jd muak pula dok dgr lagu2 mereka yg berjela tu.. tp kate dgn william tu mmg sepdan sgt..

Libya? harap2 keadaan di sana pulih dengan segera sebelum si robinhood naik takhta hero..

ummiross said...

@MOH KEMBARA;

Waalaikumusssalam Kak..

Yelah kak, polis dunia konon, tapi ada agenda tersirat...

ummiross said...

@Hanis Azla;

Betul tu Hanis, rasa macam duk dalam gereja pulak, tak kuasa...

InsyaAllah Hanis, sama2lah kita doakan terutamanya lepas solat untuk keamanan dan kesejahteraan umat Islam.