Friday, May 6, 2011

FROM TURKEY WITH LOVE

Tak rugi kalau berkawan kan, walau jauh dimata, walau tak pernah jumpa, tapi tetap dekat dihati. Beberapa minggu lepas ummiross dapat cenderamata istimewa nun jauh dari Turki. Dari rakan blogger jugak ni, murah hati sungguh kak Halima dari MOH KEMBARA. Ini antara beberapa blog yang memang ummiross akan buat kunjungan hampir setiap hari. Mr hubby pun suka lepak2 kat ‘Turki’ ni, seronok baca corat-coret kehidupan kak Halima di sana.

Sekarang ni kak Halima balik bercuti, so ini adalah antara buah tangan yang dihantar kepada ummiross sebaik tiba di Malaysia. Kebetulan hari kiriman ni sampai, ummiross berpuasa sunat, bila berbuka inilah juadah yang ummiross ‘ngap’ dulu, hmm lemak berkrim,memang fresh, tak macam yang kita selalu beli untuk buat kuih tu, dah hilang kesegarannya.  Terima kasih banyak2 MOH KEMBARA atas semua pemberian yang sangat2 ummiross hargai.

040420114632
Ni lah HAZELNUT dari Kg. Deredebi, terbaik dari ladang…

IMG_3493
Stokin wool warna pink, hasil tangan orang Turki yang sangat halus, comelkan..

,
Rupanya kaum wanita Turki sangat mahir dalam kraftangan. Tengoklah tuala-tuala kat bawah ni, hasil tangan yang sangat berseni, pemberian MOH KEMBARA yang sangat ummiross hargai…

IMG_3500IMG_3497

IMG_3495IMG_3530

 

Ummiross memang suka hasil kraftangan ni, jadi yang selebihnya ummiross order pulak. Yang ni baru sampai semalam, tuala sulam tangan dan bunga riben yang cute-mute..

IMG_3515IMG_3512

IMG_3505 IMG_3507

IMG_3509  IMG_3508

Ni pulak alas meja, ada yang dapat percuma hehe…, ada jugak yang ummiross order.

IMG_3503 IMG_3516

 

IMG_3549 IMG_3520
Kak Halima ada tanya ummiross buat apa dengan alas meja yang dikirim, jadi ummiross snaplah gambar ni. Dah takde keje ni, inilah antara hobi ummiross…

Jom kita pakat ramai2 nyongket ke Turki…MOH KEMBARA.

8 comments:

Maya Mayana said...

yana nanti nk try la buat stokin crochet macam kat atas tu...hehe..perasan comel mcm baby sesekali...

Rozali said...

Assalamualaikum Ummioross

untung ramai kawan

kalau berkunjung ke rumah ummiross misti terpesona dengan hiasan dalaman

Wassalam

ummiross said...

@Maya Mayana;

Ooh Yana pandai mengait ye, bestnya..
Memang perasan comei pakai stokin tu hehe..cute kan.

ummiross said...

@Rozali;

Waalaikumussalam Rozali;

Alhamdulillah, moga ukhwah terus terjalin.
Rumah ummiross biasa2 je Rozali, takde yang special,tapi sentiasa bersedia menerima tetamu..

Wassalam

amiey lee said...

kta penah mkn hazelnut tu..
jiran mil kta org sana..so bila dia balik mesti dia bawak buahtangan mc2

jemput join contest love u mom ye

SyidaGorjes said...

cantik towel tu.sayang nak pakai

ummiross said...

@amiey lee;

Oh ye ke, murah hati orang Turki ni kan amiey..

ummiross said...

@SyidaGorges;

hmm betul tu Syida, wat hiasan je lah nampaknya...