Salam bertemu kembali…
Sudah lama ummiross menyimpan impian ini. Ingin mendalami ilmu Al Quran, bukan setakat membaca tapi lebih jauh dari itu. Ini jugak antara doa ketika di Arafah satu ketika dulu. Alhamdulillah hari Sabtu baru ni ummiross mengikut suami mendaftar kelas ‘Science Of The Quran’. Kelas berbayar tapi dengan kadar yang sangat berpatutan. Pembelajaran dihari pertama pun sangat memberangsangkan.
Syukur yang amat sangat kerana Allah swt memberi kan kesihatan, masa dan peluang untuk berguru lagi, ustaznya bertauliah dalam bidang Al Quran dan Sunnah. Doakan agar ummiross dapat menghabiskan kursus ini hingga ke akhirnya, bulan Julai nanti tanpa sebarang musyaqqah. Kepada rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, ummiross doa kan agar satu masa, satu ketika anda jugak berpeluang mendalaminya.
Dikhabarkan, penghujung tahun ni ada kursus Diploma pulak, harap2 ummiross dapat meneruskannya. Ditanya seorang teman kenapa nak belajar lagi? Ummiross kata nak jadi ustazah sambil senyum sampai telinga…
Sebenarnya bukan begitu. Usaha ini adalah manifestasi kasih sayang dan kecintaan, kasih sayang dan kecintaan terhadap Allah dan rasulnya, kecintaan terhadap kalamullah, satu-satunya mukjizat yang masih kekal hingga ke hari ini. Moga usaha yang kecil ini, besar ganjarannya nanti. Apa lagi yang mampu kita bawa ‘pulang’ kelak, bekalnya terlalu sedikit…
16 comments:
bagusnya ada kelas mcm ni.teringin nak attend kelas2 agama,sbb ditakuti tak sempat nak mendalamai ilmu,tp kita dah pergi mengadap Dia.
emm alhamdulillah utk ummiross... moga yana pun berkesempatan nk pergi sebab kita dipanggil ni entahkan bila...semoga kita semua cukup bekalannya..Amin
seronoknya bertuah ummie dapat belajar balik teringin juga bee ni ummie ..moga ummie berjaya amin !!
bagusnya ummi.. seronok dgr cita2 ummi yg nak jd ustazah tu.. sbb teringat pesan ustazah saya.. klu kita belajar al-quran, bukan setakat utk diri kita saja, tp tanamkan niat biar dapat ajar org lain pula nnt..
@SyidaGorges;
InsyaAllah Syida, moga2 Syida berpeluang jugak satu hari nanti..
@Maya Mayana;
InsyaAllah Yana, moga2 amalan kita diterima, Amin
alhamdulillah bestnye ummi dpt peluang join kursus tu. terima kasih juga atas doanya..amin=D moga ummi tamat kursus dgn cemerlang:)
@Puanbee2;
Alhamdulillah bee, anak2 dah besar, dah free sikit, bolehlah belajar sikit2, ummi doakan bee jugak, amin!
@Hanis Azla;
Alhamdulillah Hanis, boleh jugak jadi ustazah kan hee..InsyaAllah, moga diberi peluang berkongsi ilmu,doa untuk Hanis jugak dr ummi.
@Sweet N Pretty;
Terima kasih Intan, sama2 mendoakan yang terbaik untuk kita, amin!
nak belajar utk tambah ilmu & repair mana yg kurang.
Assalamualaikum Yong UmmiRoss, Alhamdulillah, dapat Yong menuntut ilmu ni lagi. Ni rezki namanya. InsyaAllah ia akan manfaatkan diri Ross dan org lain!
Dari tajuknya "Science of the Quran" tu pun dah menarik sgt kan ummi...
@Liza;
Ye lah Liza, rasa banyak lagi yang kurang kan, kita cuba lah belajar sikit2...
@MOH KEMBARA;
Walaikumussalam kak Halima...
Alhamdulillah, harap2 begitulah, doakan sekali ye...
@MumMe;
Ye lah MumMe, minggu kedua ni makin seronok belajar,Alhamdulillah.
Post a Comment