Tuesday, May 31, 2011

KE SERIKIN ATAU KE KAMPUNG DUYOH?

Sejak dari sebelum cuti sekolah hari tu, ada je keyword berkenaan melancong ke Sarawak. Agaknya ada yang mencari info sebelum melancong ke sini. Selain Waterfront, Serikin menjadi pilihan utama. Ummiross sendiri jarang ke Serikin, tapi kalau kawan2 datang memang ke sanalah antara tempat dituju.

Sabtu baru ni ke Serikin lagi. Ummiross kalau ke Serikin, suka singgah kat gerai2 di Kampung Duyoh ni, tak jauh dari Serikin. Suka beli sayur-sayuran dan buah-buahan segar, hasil tanaman penduduk daerah ni, kebanyakannya Bidayuh.

IMG_4400 IMG_4401
Gerai2 tepi jalan yang menjual hasil tani penduduk tempatan,  peramah mereka ni..

 

IMG_4394IMG_4396
Nasi pulut dalam periuk kera, ummi tengok je lah, tak biasa makan. Pokok periuk kera pun ada dijual…

IMG_4402IMG_4389
Terung masam dan lada hitam muda, lada hitam muda ni kalau ditumbuk dengan pusu’(ikan bilis), makan dengan nasi panas n terubuk panggang…, pergh!!!

IMG_4399IMG_4403
Pokok2 hutan untuk hiasan…                Teringat talam ubi…

 

IMG_4392IMG_4391
Hasil kraf pun ada, harga kat sini lebih murah. Ni pulak penyapu taman, dibuat dari akar kayu…

So lain kali kalau ke Serikin, boleh singgah kat kampung ni sekali. Selamat melancong, jangan melencong…Winking smile

19 comments:

Liyana said...

last week masa pi sarawak pegi serikin..panas...pernah terbaca nasi pulut dlm pokok periuk kera waaa next time pegi sarawak kena try nih..

MumMe said...

ummiross:nak meleleh air liur lps baca pasal lada hitam muda tu...perasan mcm ada pulak bau2nya...

ummiross said...

@Liyana:

Betul tu Liyan, Serikin memang panas, ummi kalau nak pegi,awal2 pagi dah keluar,kira dalam pukul 10-11 dh boleh balik
hehe ummi pun tak pernah try pulut dlm periuk kera tu..

ummiross said...

@MumMe;

hehe penangan lada hitam muda, bau sampai Bangi ye MumMe..

NzA said...

uniknya nasi pulut dlm periuk kera tu...

sy suka makan lada hitam yg muda tu buat ulam..siap tanam blkang rumah lg tau....

ummiross said...

@NzA;
Hmm unikkan NzA..

Ooh terus buat ulam macam tu je ye, nanti ummi boleh cubalah...

Mohamadazhan.com said...

unik la yang nasi dalam periuk kera tu....camna masak tu..


Berkata Baik Atau Diam | Peringatan Buat Sahabat Blog

ummiross said...

@Mohamadazhan hjDesa;
hehe ummi pun tak tau camne nak masak, makan pun tak pernah, tapi memang unik kan Azhan..

Sharifah Aniza Ali said...

besnya....huhu..nk p lah nnt...yg pulut lm periuk kera tu penah mkn...sedapppp....

Unknown said...

teringin nk melawat sabah @ serawak

ummiross said...

@cpahniza;
Datanglah makan angin..., ooh sedap ye, lain kali bleh cuba jugak...


@khairul;
Datang jak Sarawak, you are welcome...

qellissa said...

Baru balik dr Kuching bulan lepas..Sarawak sgt best..next time pegi sarawak lg boleh sggah kat Seriken ni..

Hanis Azla said...

mcm best aje tmpt tu ummi.. saya tak pernah ke sarawak lagi.. rasa teringin juga..

Sweet N Pretty said...

nasi dlm periuk kera mcm best je ummi. ummi try la sekali pastu feedabck kat sini:)

ummiross said...

@qelissa;
Betul tu, next time kalau datang Sarawak singgah Serikin jugak, mesti best!

ummiross said...

@Hanis Azla;
Nanti datang ye Hanis, kita 'dating' kat Serikin hee...

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Tu lah Intan, nampak macam best, ummi je tak berani cuba...

Bee said...

nanti satu hari nk juga ke sana ummie

ummiross said...

@Puanbee2;
Datanglah bee,makan angin kat sini pulak..