Wednesday, June 19, 2013

LA VALLE VILLAGE DAN FRAGONARD PERFUME

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Pertukaran waktu menyebabkan tidur tak berapa lena. Dah masuk musim panas(tapi masih sejuk amat!) siangnya panjang, pukul 6 petang baru masuk asar, pukul 8 malam masih cerah dan meriah, maghrib dalam pukul 9.30 malam dan masuknya waktu isya hampir jam 12 malam, Tidur sekejap je dah nak bangun solat subuh, lebih kurang 3.30 pagi, hehe..macam bangun solat tahajjud pula. Sekejap sahaja hari sudah cerah, bila buka langsir, macam tak percaya hari sudah terang benderang.

Namun pagi kami tetap bermula dengan ceria, cuaca sejuk mencengkam, tapi badan terasa segar dan bersemangat, hehe kalau bab nak shopping memang bersemangat walaupun sebahagian besarnya dalam kategori window shopping. Pagi ni ummiross dan Mr Hubby nak nak ke La Vallee Village-factory outlet.

“La Vallee Village is a unique outlet shopping village where a hundred leading ready-to-wear, table ware and luxury labels offer their previous season's collections (33% to 60% reduction on original recommended price) in a charming open air environment.” -Mr Google.

Mulanya kami menaiki train tapi ada sedikit kesilapan teknik, kami tersilap stesen untuk pertukaran keretapi, hehe..maklumlah sesi redah dan terjah je ni. Kami kemudiannya  bertanya bahagian info dan mereka memberi dua alternatif untuk meneruskan perjalanan kami, samada menaiki train lagi atau menaiki bas.

Waa naik bas pun best juga, adventurous pula otai berdua ni hari ni, hehe. Tak lama menunggu, bas dah sampai.  Rasanya dalam bas tu kami berdua je pelancong, yang lain-lain tu rakyat tempatan tapi mereka tidak keberatan membantu.Seronok juga melihat pemandangan dan suasana disepanjang perjalanan, ala-ala Paris sightseeing pula.

20130525_084742IMG_7480

Thursday, June 13, 2013

BONJOUR PARIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam rindu-rinduan  semua, mmuah3x!!!. Semoga semuanya sihat wal’afiat.

Alhamdulillah…Ummiross selamat tiba di KLIA hari Rabu lepas, disambut oleh dua anak bujang trang tang-tang. Hari Sabtu tu kami sekeluarga pulang ke kampung, menjenguk MIL yang kurang sihat. Balik dari Terengganu, Mr Hubby dah mula demam-demam manja gitu. Walaupun teringin nak menulis dan menyapa kawan-kawan di blog, tapi badan yang kepenatan menuntut untuk berehat beberapa hari lagi. Dalam masa yang sama order borong dan runcit juga perlu diurus segera setelah hampir 2 minggu tidak berurusniaga.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kembara kami di bumi Eropah berjalan lancar, selamat pergi dan selamat kembali. Terima kasih juga atas doa rakan-rakan semua. Percutian kali ini agak berlainan sedikit. Kami memilih untuk mengikuti TRIP KEKAWAN kerana tertarik dengan konsep memandu sendiri sambil singgah ditempat-tempt menarik di sepanjang perjalanan di tujuh negara Eropah iaitu Perancis, Switzerland, German, Luxembourg, Amsterdam, Belgium dan United Kingdom. Terima kasih saudara Zikri dan isteri, orang kuat Trip Kekawan, ‘cool’ je orangnya, sangat senang berurusan.

Namun pemanduan di sebelah kiri ternyata menjadi cabaran besar bagi kami. Dikesempatan ini, kami suami isteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kembara kami saudara Jaz yang menerajui pemanduan beribu kilometer di bumi Eropah dengan jaya dan bergaya. Terima kasih juga buat isteri beliau, Ina yang sentiasa ceria.

DSC_0358A                                         Rakan kembara yang ceria sokmo, kami menumpang semangat orang muda. 

Untuk trip ni, tiket penerbangan kena beli sendiri, sebab pihak penganjur hanya menguruskan ground arrangement. Jadi bolehlah pergi awal sedikit jika mahu dan pilih tarikh yang harga tiketnya  agak murah. Mr Hubby booking tiket semasa MAS buat offer dan dapat tiket RM5956 untuk berdua, pergi dan balik. Kira ok juga harga tu kan, tapi ada kawan-kawan yang dapat harga tiket yang lagi menarik. Pandai-pandailah pilih syarikat penerbangan dan grab offer yang ditawarkan.

IMG_7466a

Kami tiba di Charles De Gaulles Airport, France  lebih kurang pukul 6.30 pagi. Pemandu dari syarikat  yang menyediakan “Airport transfer services” sudah siap menunggu. Perjalanan dari CDG Airport ke hotel penginapan mengambil masa lebihkurang setengah jam.  .

IMG_7470

Olehkerana masih awal dan tak dapat nak check-in lagi, kami memutuskan untuk ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan terlebih dahulu. Setelah menguruskan penyimpanan beg, kami bergerak ke train station, jalan kaki sikit je dari hotel. Gambar kat atas adalah laluan kami ke train station. Cuaca pun sejuk dan nyaman, kadang-kadang sampai tahap menggigil juga.

Olehkerana pernah ke Paris sebelum ni, adalah sikit pengalaman dan idea  nak bergerak ke mana. Boleh baca N3 kami di Paris kali pertama di SINI. Tapi bab nak naik train ni masih juga confuse, tambahan kalau kena tukar train. Jangan takut mencuba, jangan malu bertanya, itu je petuanya.

IMG_7749ab

Yeahhh!!, sebelum bergerak jauh, singgah di Eiffel Tower dulu, mercu tanda Kota Paris yang sentiasa menjadi tumpuan. Kegemaran ummiross, merakam suasana, tak kisahlah gambar tak professional, asal ada untuk tatapan bersama. Lelaki berkulit hitam di penjuru gambar dengan jualan replika Eiffel Tower adalah sebahagian fenomena biasa di sini. Bagusnya walaupun mereka mendekati kita, tapi bila kita menolak, mereka akan berlalu, tidak mendesak sampai kita naik rimas. Hehe..boleh cakap Melayu lagi sepatah dua, “Murah..murah.., 1 Euro, lima…. “.

Thursday, May 23, 2013

KEMBARA EROPAH 7 BUAH NEGARA

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

InsyaAllah malam nanti ummiross dan Mr hubby akan terbang ke Paris. Kami ronda-ronda kat Paris dulu 2 hari sebelum menyertai rakan-rakan lain dalam kembara bumi Eropah, bermula dari PERANCIS, SWITZERLAND, GERMAN, LUXEMBOURG, AMSTERDAM, BELGIUM dan UNITED KINGDOM. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ummiross pasti merindui rakan-rakan blogger semua, insyaAllah hingga kita berjumpa lagi, jaga diri, ceria-ceria selalu.

PS: Urusniaga bulan Mei ni terpaksa ditutup lebih awal. InsyaAllah, bisnes online di Salamborneo akan dibuka semula pada awal Jun nanti,  Jika ada sebarang pertanyaan dan order, email sahaja ye, dan ummiross akan semak email tu sebaik pulang dari bercuti 2 minggu lagi.

Kepada semua customer ummiross;
Terima kasih daun Keladi
Lain kali order lagi…

Imran
Kod : KPH
Pos :  23hb.5.2013
Treking : EM807623333MY

Athirah
Kod : BS
Pos : 23hb.5.2013
Treking : EM807623316MY

Farhana
Kod : BS
Pos : 19HB.5.2013
Treking : EM397052616MY

Nor
Kod : KPH
Pos : 11HB.5.2013
Treking : EM397052616MY

Ainie
Kod : BS
Pos : 6HB.5.2013
Treking : EM425177557MY

Rozita
Kod : BS
Pos : 6HB.5.2013
Treking : EM425177543MY

Is
Kod : KPH
Pos : 6HB.5.2013
Treking : EM434789359MY

Tuesday, May 21, 2013

CHAKRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Entri tertangguh. Pasal makan-makan lagi. Ummiross tayang makanan bukan sebab sakit jiwa, tapi ummiross kehabisan idea, hik!.

Dah dua kali kami makan kat Chakri, Alamanda. Makanan ala Thai gitu. Kali pertama anak-anak belanja, adik dan abang berkongsi belanja ummi dan ayahnya. Adik sempena dapat gaji pertama. Abang sempena dapat bronze award, dapat bonus kategori pekerja cemerlang , Alhamdulillah,walaupun baru setahun bekerja dah dapat penghargaan. Moga anak-anak dapat melaksanakan tanggungjwab sebaik mungkin, kerja adalah amanah, kerja kerana Allah SWT, itu selalu pesan ummiross kepada mereka berdua.

Kali kedua anak-anak dan Mr Hubby pulak belanja. Ummiross terima seadanya,..makan-makan ni kalau orang nak belanja, kecik mulut dengan perut kita tadahkan,hehe..

Hiasan dalaman Chakri, Alamanda. Rancangan Jalan-jalan Cari Makan’ pernah ke sini.

IMG_6575

 

Tomyam yang memang best. Udangnya udang galah, patutlah mahal harganya. Ada dua jenis tomyam, kuah merah dan putih. Yang kuah merah ni lagi best!.

IMG_6590 IMG_7320

 

Udang goreng butter ni memang sedap sangat. Tapi masa kali pertama makan rasanya lebih sedap, kali kedua tu masih sedap tapi ada kureng sikit, hehe…

IMG_6589

 

Asparagus, masak apa ye, dah lupalah pulak.  rangup dan sedap.

IMG_6585 

 

Tauhu Jepun, udang dengan petai dan ayam goreng pandan. Nama menu tu semua ummiross dah lupa, tapi memang sedap2 semua. Cuma petai tu besar2 sangat, kuat sikit rasanya, sudahnya makan udang jelah.

IMG_6583   IMG_7322IMG_6586

Kesimpulannya, makanan kat Chakri ni memang sedaplah tapi tak boleh selalu2 juga makan kat sini, Sekali-sekala bolehlah, masa poket tengah tebal.

Selamat menjamu selera mata..!

Thursday, May 16, 2013

GURU SEPANJANG ZAMAN

.بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang….

Semasa mengeluarkan barang-barang dari kotak ketika berpindah baru-baru ni, ummiross terjumpa frame ni masih berbalut kemas. Entah berapa lama ianya tersimpan dalam kotak sebab semasa di Sarawak pun ummiross tak pernah buka kotak tu.

IMG_7337IMG_7342

Bila buka, nostalgia betul rasanya. Rupanya ini adalah sijil penghargaan yang ummiross terima ketika sambutan hari guru di peringkat daerah satu ketika dulu. Penganugerahan ‘Guru Sepanjang Zaman’ oleh PPD. Sijil penghargaan untuk guru bersara, hehe..cukuplah sebagai kenang-kenangan. Ketika usia awal 40-an ummiross memilih untuk bersara awal dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan tidak sayang profesyen perguruan tapi kadang-kadang hidup kena juga membuat pilihan..perlu ada titik berhenti untuk bermula dengan yang baru. Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari Allah SWT. Namun hingga kini, bila tiba sambutan Hari Guru, ummiross masih merindui saat-saat itu.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU..KHUSUS BUAT SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR  UMMIROSS DAN SEMUA GURU DARI KALANGAN RAKAN-RAKAN LAMA, RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN PELANGGAN SALAM BORNEO. MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KALIAN SEMUA DAN MEMBALAS DENGAN GANJARAN YANG TERBAIK ATAS JASA DAN PENGORBANAN ANDA.

PS; 1.Untuk makluman kepada semua pelanggan, order akan ditutup mulai 20hb Mei hingga awal Jun kerana ummiross akan bercuti.Tempahan terakhir akan di pos selewat2nya pada 22hb.Mei 2013. Terima kasih.

2.Cikgu Nur Anitah, thank you awal2 pagi dah wish selamat Hari Guru. Selamat Hari Guru buat Cikgu Nur juga.

Wednesday, May 15, 2013

KU NANTIMU DI PINTU SYURGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hujung minggu baru ni dapatlah santai-santai kat rumah setelah 2-3 minggu asyik bermusafir..bermula dari Johor, Melaka dan Terengganu. Berjalan memang seronok, tapi kadang-kadang duduk santai-santai dirumah pun best juga. Rutinnya lebih tenang

Alhamdulillah kebetulan ada Forum Keluarga di  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi pada malam Sabtu baru ni, selepas solat maghrib. Penceramahnya Ustaz Zul Ramli Bin Mohd Razali dan  Ustazah Zawiyyah Bt Hassan, manakala moderatornya Ustaz Iszam Bin Hj Padi. Ummiross fikir ramai yang kenal ustaz dan ustazah ni, sebab mereka selalu juga muncul di kaca TV. Ustaz Zul Ramli ni ada blog juga rupanya, nanti bolehlah singgah di SINI untuk membaca perkongsian ilmu dari Ustaz Zul.

Tajuk ceramah malam tu, Ku Nantimu di Pintu Syurga. Nak cerita pun panjang juga ni. Cuma cukuplah sekadar kita renungkan, jika di dunia pun kita tak sanggup berpisah dengan ahli keluarga tersayang, apatah lagi untuk kehidupan kekal abadi ‘di sana’ nanti. Jika benar sayang, perlengkaplah diri, bimbinglah ahli keluarga sekali agar taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Dan berdoalah sentiasa agar  kita semua akan bertemu di syurga firdaus, kehidupan penuh nikmat dan berkasih sayang selamanya.

20130511_205631