Thursday, February 27, 2014

GEMENTAR

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Mrhubby beli naskhah terjemahan ni di surau. Dibukukan terjemahan sahaja, senang untuk dibawa dan dibaca. Al Quran kalau dah lancar, insyaAllah berkali-kali boleh khatam dalam setahun. Tapi terjemahan, secara keseluruhannya, belum habis dibaca..ummiross pun :). Dapat ‘khatam’ sekali pun jadilah kan, sekurang-kurangnya dapat gambaran apa yang dibaca.

IMG_8697

Ya Allah…semoga kami tidak terpesong dari jalanMu.

IMG_0156 

 

Ya Allah, basahkanlah lidah kami dengan zikrullah.

IMG_0158

 

Ya Allah terlalu banyak nikmat yang telah Engkau beri, moga kami menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur.

IMG_0157

 

Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati kami, setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.

IMG_0160

 

Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka. Jadikanlah kami dan anak cucu kami orang-orang yang rajin mengerjakan solat.

IMG_0167

 

Ya Allah..kami rindu syurgaMu, masukkan kami ke dalam syurgaMu..syurga Firdaus tanpa hisab.

IMG_0170

Subhanallah…moga kita semakin mengerti dengan apa yang kita baca.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..." ( Surah Al-Anfaal, ayat 2 ).

16 comments:

❤Kamsiah❤ said...

betul Ummi..saya pun membaca terjemahan mengambil masa utk habis...

nhhas said...

Salam,
Ummi,
kita dah share folder talk tu - cuba ummi download - kalau berjaya boleh dengar thru ur phone.

the cd will give u next week - boleh yer? Insya Allah...
kena outstation seminggu ;-)

Knor said...

Alhamdulillah, tq ummi..knor lbih suka bca terjemahan dr melagu2kn al-Quran ..biar org yg pakar saja yg pling pnting, betul tajwidnya.kmi berkumpul anak beranak mentafsir al-Quran gurunya en suami..skrg ni berempat sja, tk ckup korum..az dn adibh di berikn sorang satu terjemahan..
suatu hari az call, dia ckp, dia tk dpt nk ikut sgt apa yg dia biasa bt di rumah..sbb di asrama ada mcm2 aktiviti, so ktanya dia cuba bt mcm mcm mnaa ayah suruh, terharu kami berdua, bila dia ckp mcm tu...sbnrnya kami faham...
buatlh klu ada masa..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

alhamdulillah.. mudah ada terjemahan al-quran yang lengkap begitu.. aiza hanya membaca al-quran bersama terjemahan setakat ini..

Kakzakie said...

Allah... kenapa pulak mata kakak ada genangan airmata Ummiross. Membaca beberapa petikan pun terasa banyaknya ilmu yg perlu kakak cari...

Ada dijual di bookstore tak terjemahan ini Ummiross? Berapa ratus harganya?

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.ummiros..
bagusnya ada terjemahan alquran mcm ni..
cma sendiri dah khatam al quran..tp, terjemahan tak khatam lagi..

ssh nk mncari terjemahan yg betul2 ikut alquran..kebaykan dari bible..:(

aizamia3 said...

sama soalan saya dengan kakzakie ummiross.. ;)

MumMe said...

unique quran terjemahan ni...mungkin lebih feeling sbb mcm bc cerita...menarik utk next buy ni...

NzA said...

terkadang kesibukan dunia membuat kita alpha....sanggup melakukan perkara lain berjam2 tapi nak menatap dan membaca semua ini tertanguh2....TQSM ummi menyedarkan diri ini yg ering lalai......

ummiross said...

Kakzakie, aizamia..masa suami beli hari tu, naskhah terjemahan ni dijual secara set, satu set 10pcs-RM100, kira dlm RM10 je 1 buah. Ianya dipromosi oleh penerbit untuk tujuan amal,so klu beli 10 buah tu bolehlah di hadiahkan kepada kawan2 atau saudara mara, atau kepada saudara baru, macam tulah ideanya. Yang ni soft cover, katanya bila hard cover tak dapat lagi jual harga ni. Sekarang ni ummi tak pasti ada tak lagi jual yang macam ni.

makchaq said...

Terima kasih berkongsi..
Makchaq pun belum sekali khatam baca sekali terjemahan...
Nak cari jugak la...

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

Subhanallah.. Memang gementar hati ini.. saya juga sedang berjinak2 untuk mendisplinkan dengan selalu membaca terjemahan Al-quran agar mendapat lebih kefahaman tentang Al-quran.. perkongsian ummi membuatkan saya mahu lebih istiqamah.. terima kasih ummi..

MulutPayau said...

Terima kasih ummi atas perkongsian ni...

NzA said...

ummi...blog nza ada problem..xleh buka..nnti ibu jengah blog baru n follow ye...huk.huk.huk.....

http://naurahsweet.blogspot.com/

BUNDA said...

Terima kasih berkongsi ye ummi...Bunda pun rasa mcm nak miliki senashkah...

hainom OKje said...

Bilalah okje nak start baca terjemahan mcm tu UR huhu...memanjang kurang rajin......sedih!