بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Balik kampung dimusim perayaan berganda keseronokannya berbanding balik kampung dihari-hari biasa. Dapat berkumpul dengan adik-beradik dan anak-anak saudara di rumah mak ummiross (cucu-cucu memanggilnya ‘Tok’) membuatkan hati kami sekeluarga sangat-sangat ceria.
Musim raya, rumah Tok bertukar menjadi penginapan yang mengalahkan hotel 5 bintang, hehe..melimpah penghuni sampaikan tidur pun kenalah pandai ambik port masing-masing. Yang bujang-bujang, tidur kat ruang tamu je lah jawabnya, masa ni keluarlah segala macam tilam toto Tok yang selama ni berlipat kemas.. Tak cukup tidur kat bawah, ada yang ambik port tidur atas kerusi panjang atau sofa. Riuh rendah jadinya penginapan tidak mewah ini, namun sentiasa mewah dengan kasih-sayang.
Seronok anak-anak bujang ummiross melayan kerenah sepupu2 mereka yang masih kecil tu, jadi supervisor lah konon, sambil tumpang sekaki dua kaki bermain bunga api.
Percubaan menulis perkataan ‘RAYA’ yang gagal, mak saudara bereksperimen dengan anak-anak saudara, huruf R dan Y yang terbalik. Huruf ‘R’, tuanpunya blog yang buat, hehe.. kena crop tu.
Persiapan pagi raya, mau bergaya untuk pergi solat sunat Aidilfitri.
Anak-anak bujang ummiross memang seronok melayan The Twin ni.
Petang raya, persiapan membakar sate, acara tahunan yang sangat menyeronokkan, ia bukan kerana sate, ia kemeriahan berkumpul dan bergurau senda. Yang perempuan hanya jadi penonton, tolong makan juga, hari ni anak-anak lelaki yang berpeluh membakar.
Wajah-wajah ceria sepupu-sepapat, gambar kiri anak abang, gambar kanan anak bujang ummiross, hehe..ada serupa ke? Tersenyum ceria..senyum macam serupa je.
Anak-anak ummiross memang menjadi ‘pojaan’ sepupu-sepupu yang jauh lebih muda ni, sebabnya bila balik mereka angkut sekali play station, Wii dan bagai lagi. Baru budak-budak ni dapat duduk diam, kalau tidak bergegar lantai rumah Tok dek acara berkejar-kejaran.
Beraya rumah adik ummiross pula. Ketupat palas yang menjadi kegemaran ummiross, makan dengan rendang atau sambal daging, boleh habis sepinggan tu, tak dapat kuih raya pun takpe.
Anak-anak bujang yang hampir setiap tahun akan beraya dengan Tok mereka. Raya tetap TERBAIK selagi ada Tok.
Wassalam.
Sila klik untuk melihat koleksi terbaru kami RATNA DEWI SONGKET dan BATIK LEPAS.
28 comments:
selamat hari raya ummi, hensem anak bujang. eh.... hahahaha
Assalam ummi..acik yang baca dan tengok gambar ni pun ikut sama rasa meriahnya
meriah sungguh ye...anak2 lelaki ni yg paling gamat...mmg kena bawa alat mainan diorg..nanti gegar rumh..penat main bergegar juga rumah..kita tumpang bising suruh diorg diam..
meriah selagi ada tok..
betoiler hari raya tetap meriah kalau ada yang tuakan.. tetap perlukan merekakan... nampak meriah sambutan hari rayanyer...
meriahnya ummi...nza dpt rasakan kemeriah itu...mesti best sgt2...terasa kerinduan pd kampung menebal...rasa xpuas beraya 2 minggu di kg...
ensomnya bujang ummi...
waa..seronoknya beraya di kampung. tgok gmbar da taw. mesti meriahkann..
meriahnya beraya di desa bersama keluarga tercinta.. :D
Bestnya ummiross anak dah besar panjang. Tak lama dah boleh bermenantu dah kakak tengok. Patutlah boleh travel jejauh tinggalkan anak - dah bujang hihi...
Seronok sepupu mereka sebab ada abang sepupu yg dah berduit:)
meriahnya raya...bahagianya tok anak cucu berkumpul
Meriahnya..seronok dapat kumpul ramai2 macam tu...
bestnya balik kg...saya tahun ni beraya di kl je...berkumpul ramai2 mmg meriah,riuh rendah la macam2 cerita...:)
As-salam ummi..
Seronoknya membaca kisah dan melihat gambar kemeriahan keluarga ummi berhari raya.. di hari raya kemewahan kasih sayang dan kesatuan dalam keluarga yang lebih bernilai dari kemewahan harta... semoga 'tok' yang disayangi dipanjangkan umurnya..
Seronoklah Tok dikelilingi anak dan cucu yeh UR...
Sebab berkumpul reramai tu yg boleh buat aktiviti membakar sate tukan UR...
seronok & meriah nampak raya ni .. apalagi kalau dapat beraya seluruh keluarga kan !
Assalamualaikum kak, selamat hari raya. maaf zahir dan batin. bestnya berkampung beramai2. heeee satay tu buat sheila kecur liur...
seronok dapat beraya ngan tok..kami tok dah takde..:(
xterlucut ke ikat sampin gitu? biasanya pakai getah je kn utk budak2 hehehe
srius..shoot main bunga api tu sgt2 cantik
salam aidilfitri
maaf zahir n batin
Salam ummiRoss..mmg betul selg ada TOK kat kg..mmg meriah hari raya.Mcm umah kg atie gak...mmg penuh ngan anak cucu bila time raya...bila mlm penuh ruangtamu port tempat tido masing2...
selamat hari raya ummi
kat umah bapa mertua pun camtu gak..penuh dari depan hingga ke belakang..nasib baik akak bawak toto dan bantal sendiri
kerjanya masak, kemas, makan..borak
salam ummi...baru tengok gambar dah terasa riuhnya macamane lagi2 dapat main bunga api hihi
selamat hari raya :)
ummi,rumah org kelantan dan tganu lbh kurang sama,kan...ada beberapa anak tangga..saya suka..
mcm rumah ayah saya,berlantaikan papan...bila cucu cicit berlari..bergegar rumah..
tp part yg paling best...tido kat ruang tamu beramai2 hehe..
Assalam
selamat hari raya ummiros
Suasana sama kita umah ayah sy mcm tok jg penuh time raya he hee
Cuma kali ni 3 ank menantu kakak x blk kalu tidak tambah gamat 6 cicit lg. Kakak no 3 dan 4 anknya pun dtg lewat
Ikutkan pening nk layan
Mmg bestkan ummi. Raya mmg dinanti2kan sbb ni la peluang dpt jumpa sanak saudara di kg:)
Meriahnya raya...siap bakar sate lagi..best2.... :D
selamat hariraya makk.,ahHKs
slmt hari raya sis..best nye raya siap bakor satay tu...hehe
meriahnyer rayer
Post a Comment