Tuesday, August 6, 2013

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross sudah mula bercuti raya, lama juga, dalam 10 hari gitu. Jadi segala penghantaran pun turut terhenti buat seketika. Jika masih ada yang nak order kain-kain batik sarong Sarawak, kain pasang,etnik aka Batik Sarawak, Ratna Dewi dan lain-lain, bolehlah tinggalkan email atau sms  tetapi semua order ini akan diuruskan setelah ummiross pulang bercuti nanti, pada 12.8.2013.

Dikesempatan ini, ummiross sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada saudara-mara, sahabat handai, rakan-rakan blogger dan facebook, pelanggan-pelanggan dan semua muslmin dan muslimat. Maaf jua dipinta jika ada salah silap, terkasar bahasa dan terguris rasa.Semoga berbahagia bersama keluarga dihari mulia. Semoga semangat Ramadhan terus membara, moga terus istiqomah dalam beramal ibadah. Taqabbalallahu minna wa minkum.. taqabbal ya kareem.

  IMG_3006h

Bila dah balik kampung ni, nak mengadap lappy lama2 pun tentu dah tak sempat. Internet pun kejap ada kejap takda. Jadi kepada rakan2 blogger, maaflah jika tidak dapat meninggalkan jejak diblog rakan2 buat seketika. InsyaAllah nanti dah balik dari cuti, kita meriah2 berkongsi cerita raya pula ye. Salam sayang, salam Aidilfitri…minal aidin wal faidzin.

Bingkisan ingatan dari rakan-rakan blogger turut menceriakan lagi Syawal yang bakal tiba. Kad yang dikirim sebagai pengganti diri telah selamat ummiross terima. Terima kasih Anies, terima kasih NzA dan terima kasih JS. Ummiross sangat2 hargai, jauh dimata dekat dihati, saaayang semua mmuahhh..mmuahh!!!!.

Kad raya ana MUSLIM dari Anies, pink menawan, ala-ala 3D gitu,cantik sangat!, i LIKE!!!

IMG_7995IMG_7977

 

Dari NzA…suka tengok kad raya /bookmark  keluarga bahagia ni, sejuk hati.Turut terselit FM dari Bandung yang cun melecun ni, telah pun selamat melekat di peti sejuk ummiross.

IMG_7984IMG_7988

Yang ni pula dari Jemarisuri, gang Putrajaya ni, kad raya berbentuk bookmark, kreatif JS ni. Ada sampul duit raya lagi, duit raya takde ke JS?.hihihi.  InsyaAllah kalau berpeluang boleh kita bersua muka dan beraya bila dah balik dari bercuti nanti.

IMG_7992IMG_7993,

28 comments:

Khai♥Rin : anies said...

syukur da smpi..igt nk selit2 jg someting kad dlm tu tp tkt rosak plak sampul tu..dah la mengelembung semacam je...

SELAMAT HARI RAYA UTK UMMI SEKELUARGA

MulutPayau said...

Salam Aidilfitri utk Ummi dan fmly...
Maaf zahir dan batin..

Ratu Hatiku said...

Selamat hari raya Ummi... Maaf Zahir & Batin :D

mama_ka0ri said...

Selamat hari raya juga utk ummiross..
maaf zahir dan batin..:)

aizamia3 said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ummiross sekeluarga.. ;)

atuk said...

Salam Ramadhan Ummiross

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
moga Ummi sekeluarga lebih ceria diSyawal ini disamping dalam pemeliharaan Allah

Sidratul Muntaha said...

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Wa Ja’alanallahu Minal ‘Aidin Wal Faizin

Amie said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Ummi sekeluarga. Maaf dipinta andai selama kita bersahabat di alam maya ini ada keterlanjuran bicara dan terkasar bahasa. Jumpa lagi Ummi sayang.

NzA said...

Selamat hari raya ummi...maaf zahir batin...syg ummi jugak..muah!!!!

mujahidah maisarah said...

selamat hari raya aidilfitri jugak!!

Knor said...

maaf zahir batin, minal 'aideen wal-faezin, kullu 'Amin wa antum bi Khair..

Shaiful Zaidi said...

Salam Aidil Fitri. MAAF ZAHIR & BATIN

Sweet N Pretty said...

Salam aidilfitri maaf zahir batin buat ummi sekeluarga. Minna waminkum taqabbal ya kareem.

Aishah Jahirah said...

selamat hari raya aidilfitri kak..saya mohon maaf atas salah n silap sepanjang kenal di dunia maya ni...:)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

selamat hari raya aidilfitri.. :D

khairul hassan said...

salam aidil fitri dr saya Ummi.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

assalamualaikum.. selamat hari raya aiza ucapkan.. mohon kemaafan seandainya tersalah kata/komen sepanjang perkenalan kita..

Tuan Juhaida said...

Salam lebaran buat ummi

LYAfrina said...

salam aidilfitri dari lya sekeluarga
maaf zahir n batin

Hanis Azla said...

Salam Aidilfitri Ummi..

wah.. lama ummi bercuti ya.. semoga segalanya berjalan lancar buat ummi dan keluarga.. jika berjalan ke bangi jemputlah singgah ke rumah..

izan mama mia said...

selamat hari raya..
wah banyak dapat hadiah raya n kad raya

JunAina said...

Selamat Hari raya Aidilfitri Ummi...

Bila dapat kad raya mesti senyum2 dari pagi sampai petang, hepiii...

❤Kamsiah❤ said...

raya kedua ummi masih kat tganu kan...saya ke kuala besut...tempat ummi kat mana?

Kakzakie said...

Selamat Hari Raya juga dari kakak ummiross. Kakak baru bertugas semula. Moga Hari Raya kali ini lebih bermakna:)

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya Umi....
Mesti Raya sakan tu kalau lama bercuti! hee

Elly Emmy said...

Selamat Hari raya Aidilfitri utk Ummi sekeluarga.. maaf zahir dan batin

Kesuma Angsana said...

hehehe masih berayA lagi ker !

RedRose said...

selamat hari raya...serta maaf zahir dan batin utk Ummi sekeluarga