بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Akhirnya berjaya juga menguatkan semangat membuat Puding Lapis Milo Oreo yang ‘meletop’ ni, hehe..mengambil semangat Siti Nurhaliza, berjaya juga den melapisnya.
Sebenarnya anak bujang sulung minta ummiross buatkan puding, potluck untuk jamuan raya di pejabatnya. Ramai yang dah berkongsi resepi, tapi ummiross ambil resepi Puding Lapis Milo Oreo ni kat Myresepi, kebetulan ada yang share link ni kat fb. Ummiross buat 3 adunan, dapatlah dalam dua bekas macam saiz dalam gambar ni.
Lapisan pertama yang dicampur dengan milo dan lapisan kedua ditabur dengan biskut oreo, Akhir sekali dilapis dengan adunan yang dicampur milo lagi sekali.
Abaikan potongan yang tak sama besar tu, ni yang ditinggalkan kat rumah selepas dipotong, harus juga diambil gambar, lain kali entah ada semangat nak melapis lagi ke tidak. Kepada yang nak cuba buat puding yang sedap ni, bolehlah ke link Myresipi yang ummiross bagi kat atas tadi atau google je, macam-macam ada..
Jamuan raya kat ofis Mr hubby pulak. Masa pusing2 kat meja nak ambil kuih-muih, terpandang daun kaduk dan kuncu-kuncunya, udang kering, kacang tumbuk, cili padi, hirisan bawang, limau nipis dan sedikit gula melaka/perang. Macam pernah tengok je sebelum ni, terus teringat n3 rakan blogger NzA pasal ‘Mean Kham’ ni, akhirnya dapat juga ummiross merasanya, boleh tahan juga rasanya. Hadir sama dalam gambar ni, hehe.. jeruk kegemaran, jeruk salak dan kedondong, takde kena mengena dengan Mean Kham ye, cuma tumpang sepinggan.
Malam ni ummiross balik kampung, menjenguk MIL yang sakit (doakan kesembuhan buat MIL ummiross juga ye).Ummiross cuti beberapa hari. Kepada yang ingin order kain sila tinggalkan email atau sms, insyaAllah hujung minggu depan ada penghantaran. Yang order minggu ni, insyaAllah kain akan di pos hari ni atau esok.
Wassalam.
25 comments:
sodap nyerrrr...ada belen lg x ummi?
syafakallah utk MIL ummi..
semoga cepat sembuh ye untuk mil ummiros.. :)
sedapnya agar2 oreo tu.. cantek lak tu..
Salam Syawal Ummiross
milo kesukaan saya tu...
saya doakan agar MIL Ummi cepat sembuh supaya dapat beramal dengan sempurna
huhu..nampak cam sedap jerk..nanti nak try buat la..:)
moga mak mertua ummie cepat sembuh..:)
AS SALAM UMMI....
selamat hari raya untuk ummi sekerluarga....
mmmm....dua2 sedap...dulu yan suka buat mean kham nie...sebagai pencuci mulut...
As-salam ummi..
tergoda betul tengok puding umi tu.. bila dah potong jadi cantik betul rupanya.. lagilah telan2 liur he..he.. semoga ummi selamat dalam perjalanan pergi dan balik.. semoga mil ummi diberikan kesembuhan hendaknya..
sedapnya puding tu...blk sk nnti nk cuba buatlah jugak.....
akhirnya ummi dpt juga merasa mean kham tu ye...hehehe..
Moga MIL ummi cpt sembuh...InsyaAllah.
mengoda puding tu..
semoga sehat hendaknya..
tengok pon nmpk sodapp.,eHHee
salam umiross..nampak sedap tuh!
sedap tu.. makan sejuk2 lagi best.. :D
2, 2 KA suka, sedap sgt tu !
salam ziarah..follow sini..
Saya pun dah pernah buat puding milo oreo tu..mmng sedapkan..
Semoga MIL ummi cepat sembuh...
mg MIL ummi kembali pulih
wah sedapnya tgk puding tuu..pandainya ummi masak...manis tak ???..ehe..
daun kaduk ??..yg ni xpernah try...
Semoga mak ummiros cepat sembuh...
Kat rumah makchaq puding memang x jalan, klu buat memang tak berbaloi... Jenuh nak perabih sorang..
Mean kham tu memang teringin nak rasa, pakchaq pun pernah cerita, tapi tak pernah jumpa pulak kat sini
baru minum milo brekfes org sakit...sedapnya puding milo...semoga MIL ummiross cepat sembuh...
Melapis ni kena gigih ummiross. Kakak ni kurang rajin tapi kalau makan memang rajinlah hihi..
Moga MIL ummiross segera sembuh dan kepada ahli keluarga semua sabarlah kerana ada kala kita semua diuji.
best gaktu kalau dapat makan sejuk3.. nak buat gakler mingguni...
Wah menarik ni ummi. Boleh terai. Anak2 mmg suka klu ada oreo. Hr tu anak dara buat creamy choc oreo, lapis cream, choc, oreo n buah2an. Simple n sedap:)
salam ummi
semuga mil beransur sembuh
nak buat tapi tak terbuat lagilah
cer ummi try guna oreo aiskrim (color purple) rasa berangin bila makan puding oreo tu macam kat sini:
http://aizamia3.blogspot.com/2013/07/puding-milo-lapis-oreo-double-layer.html
psstt: Moga MIL ummi cepat sembuh hendakNYA.
wow menarik ni. 1st time tgk puding lapis milo orea ni. boleh try ni.tq umi.
Baru terbayang bayang puding tu UR sebab sebelum ni dah pernah terbaca...kira rezekilah ni dapat tengok resepi.... Macam sedap tu UR.....
sedapnyer ummi pos sikit kt sy hehe
Post a Comment