بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Ummiross suka juga menonton Asian Food Channel (AFC), bila berkelapangan. Yang paling ummiross suka tengok rancangan SUGAR, chefnya Anna Olson atau Paula’s Home cooking dan Barefoot Contessa. Kek, pastry atau apa saja dessert yang mereka masak memang nampak sedap sangat. Kalau rajin ummiross google resepi dan buat, kalau tak rajin mulalah berfikir kat mana boleh dapat, hihi..senang cerita, order je.
Dah lama teringin nak makan pavlova gara-gara tengok Anna Olson buat rolled pavlova kat Astro channel 703. Tengok resepi taklah payah sangat nak membuatnya, insyaAllah satu hari nanti nak cuba juga . Sementara tu layan dulu mini pavlova dari kedai bergerak Cikmin, rakan fb ummi. Ummi order pavlova dan durian crepe lagi, pick-up point kat Al ikhsan Bangi, hari Jumaat baru ni.
Dalam hujan yang memang tak renyai, ummiross sambut pavlova dengan riang ria. Sampai rumah terus je squeeze dia punya cream yang cikmin dah siap kan, buah pun ada sekali, pandai-pandailah hias sendiri (bab2 menghias ni memang ummiross suka, hehe). Waa anak-anak bujang tu suka sangat, katanya manis tapi best jugak sebab krim yang lemak dan buah-buahan yang masam-masam manis tu memang sesuai sangat digandingkan dengan pavlova. Ummiross pun suka, tapi dah tua-tua ni makan kenalah berpada-pada. Terima kasih Cikmin, untuk mini pavlova yang memang ummph!! tu, lain kali bolehlah ummiross order lagi, insyaAllah.
42 comments:
alhamdulillah...tq ummiros sudi oder via kedai bergerak cikmin..maaf ya terpaksa deco sendiri sbb takmau susahkan pakteh cikmin yg bwk oder2 tu.. :)
Hadoiii... kecur liur tengok pavlova tu Ummi!!!!
@min kamal;
Sama-sama Cikmin, tq juga untuk pavlova yang best tu ye Cikmin.
Hehe..takpe, hias sendirilah baru best Cikmin, boleh letak buah n krim suka2 hati & ikut kreativiti..hik!
sedapnye....sy tak merase lg pavlove nih lg
wahhh ummi tergoda tgk pavlova tu eheeee
sedapnya ummi.. dah lama tak order pavlova.. tengok gambar mini pavlova ummi tu terus teringin pulak.. he..he..
Saya pun suka 703 juga, tapi nak membuatnya tu..aduhaii...ada besarrr punya M. Hehehehehe
@Amie;
Amie..ummi kecur air liur tengok RV Amie tu, nanti ummi singgah Lahad Datu, nak ambik RV..,hik!
@Mimie;
Mimie..sedap ni Mimie, insyaAllah nanti boleh cuba, jom datang Bangi, kita makan sama2, hik!
salam umi....nampak sedap pavlova ni..
Assalamualaikum Ummiross
nyam nyam
kalau nak mkn buah2an ja boleh tak hehe
kalau liza tak cukup sepinggan ni kak ros.
@Wanieys a.k.a IbuQalief;
hehe..best gak Wani, budak2 mesti suka ni.
@Hanis Azla;
Ummi baru 1st time order ni, insyaAllah lepas ni boleh order lagi. Hehe..mai rumah, kita makan sama2.
Hehhe..si M ni memang, ummi pun ada penyakit M.... ni Aziela.
@shaiful zaidi;
hehe..dapat tengok jelah kan, jauh beno nak bagi orang Laguna merbok rasa.
@atuk;
Hehe..memang nyam-nyam ni atuk, sodap!!
@❤Kamsiah❤;
Hehe..silalah Kam, mana satu pilihan hati, anggur ke Strawberry?
@Liza @ Adzriel AB;
Hehhe..cayalah Liza, tapi tetap maintain slim kan.
sedapnye sis...mmg terbaekkk lah..
nyum nyum...terasa lapa walau br lps lunch... :)
@Jemarisuri;
Hehhe..sekejap habis ni JS, sodap!
@MumMe;
Lepas lunch boleh makan lagi ni MumMe, pencuci mulut, jom rasa..
kita mcm ada chemistry lak...hr tu ummi buat n3 pasal crepe durian n nza pn dpt mkn...bbrapa hr lepas beby pn buatkan pavlova n ummi pn wat n3 ttgnya......
@NzA;
Ye ke NzA,klu macam tu bukan setakat chemistry tapi telepati juga ni NzA.
Waa beby dah buat pavlova sendiri, dah boleh diharap anak ibu...
mini pavlova?
1st time tgk ni.
teruja!
sedapnya ummi kecor lior dibuatnya, nasib baik tk ngidam hehe.
Kalau kakak dapat ni kakak kutip satu-satu hirisan buah tu. Menggoda betul:)
@Syida;
Syida, nanti boleh cuba buat sendiri, durian crepe dah dapat buat dengan jayanya kan, hehe.Ummi ni tau order je, produk cikminlah jadi pilihan hati.
@Sweet N Pretty;
Hehe kalau Intan mengidam, ummi sanggup hantarkan.
@Kakzakie;
Hehhe..boleh2 Kakzakie, buah2 tu pun best n fresh,makan buah saja pun sodap!!
wak pon sukak strawberi merah giur tuuu jugakkk.., ahhKs
Kecur air liur tengok pavlova tu.. Dah lama tak makan tapi tak rajin nak buat. Kena tunggu tukang masak balik.
Wah..sedapnya pavlova tu umi...memang betul2 terliur tengok....
@Wak Gelas™;
Wak strawberry rupanya cantik, merah menyala, dan sedap pula dimakan kan Wak.
@Nor Salmi;
Hehe..ummi pun sama Mie, rajin makan tak rajin buat. Bestnya ada tukang masak Mie..
@MulutPayau;
Yelah Mp, ummi pun rasa nak order lagi ni..
tu dia ummi, sedapnya..terliur ni..
Assalam,
Sedap nengok pavlova tu. sedap dan cantik, cantik dan menarik
menarik dan tertarik
@Kasih Salina;
Hehhe..jemput makan sekali, hik!
@mamawana;
Hehe..cantik, tertarik, memang the best!
Post a Comment