بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Dah lama sangat tak ke water park. Masa anak-anak kecik dulu pernah juga bawa anak-anak ke Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, juga Bukit Merah. Seronok sangat ingat zaman2 tu, riang ria anak-anak bermain air.
Baru-baru ni adik datang bercuti. Anak-anaknya ada yang masih kecil, jadi memang nak sangat pergi ke water park. Kami pergi yang paling dekat dengan rumah, Desa Water Park, Taman Danau Desa, KL.
Ummiross tak pernah lagi ke sini. Kira oklah juga. Kalau anak-anak kecil memang sesuai sangat, tempat taklah besar dan masih terkawal. Yang mandi manda pun ramai yang masih menutup aurat, yang over2 sampai sakit mata tu takdelah. Tiket untuk masuk pun masih berpatutan.
Anak-anak ummiross tumpang sekaki. Bergilir-gilir anak beranak naik papan gelonggsor thunderbolt dan supertube ni. Ummiross jadi pemerhati je, takde keberanian.
Tak banyak ambil gambar sebab sibuk bermandi-manda. Boleh tengok kat video ni untuk lihat kemudahan yang ada di Desa Water Park.
Musim berenang dan berendam-seminggu kemudian kami sekeluarga ke Gambang Water Park pulak. Ada Family Day ofis Mr Hubby kat sana.
Ni apartmen penginapan kami- Carribean.
Family Raft, boleh naik ramai2 satu famili. Gelongsor dari bukit yang tinggi ni, tak pernah termimpi ummiross nak naik. Tapi dipujuk oleh anak-anak, jomlah ummi naik, kita sekeluarga. Aduyai!!, kecut perut. Tapi bila tengok family orang lain, bila landing dalam air tu, splash!!!, wajah semua riang ria.
Dalam hati terfikir, budak kecik naik, orang tua naik, apa kelas ummiross tak naik, hehhe..ok sahut cabaran. Mula-mula start melungsur tu boleh senyum lagi, lepas tu punyalah gelongsor tu berpusing-pusing, sampai satu ketika rasa macam nak terpelantingpun ada, hehe perasaan ummiross je tu. Splash!!!, lega!, senyum riang ria anak beranak, best juga rupanya, tapi cukuplah hanya sekali, hanya sekali ni sahaja..
Ummiross rasa agak crowded juga kat Gambang Water Park ni, tapi tak kisahlah, yang penting kita enjoy dengan famili. Enjoy…enjoy juga, tapi jangan sampai tak hengat dunia, malang tidak berbau…
Selamat berhujung minggu, see you next week...
20 comments:
bestnyer main air..
bestnye ummi dpt splash gitu...hihi..
js pun dh lama tak bersplash...kihkih
anak2 mumme suka juga main air,ummiross...tp kasihan belum berpeluang pg mn2 waterpark...
salam ummi..
wah seronoknya.. back to back ke water park ye.. ini yang jeles ni.. he..he.. lebih2 lagi bila baca cerita ummi berjaya splash satu keluarga.. bestnya..
nampak seronok kat sini ye
mmg kanak2 pantang jumpa air...seronok sesangat la mereka...
@izan mama mia;
Best juga izan, tapi bila balik baru terasa penat sangat.
@Jemarisuri;
hehe..kecut perut ummi tu JS, dah menggelongsor tu, tawakkal jelah.
@MumMe;
MumMe, mesti Danish & Nuha suka sangat kalau dapat ke water park ni.Desa water park tu dekat je MumMe,nanti weekend boleh berenang2 dan berendam di sana, hik!
@Hanis Azla;
Wassalam Hanis..
Punyalah lama tak pergi Hanis, tiba-tiba 2 minggu berturut-turut pulak pergi, sakit urat den banyak sangat main air hehe..
Tang splash tu,memang best, tapi masa duk berpusing berputar atas slide tu Hanis, kecut gila gak,seronok yang mendebarkan, hehe..
@Kesuma Angsana;
Seronok bila ikut budak2 ni KA, kalau ummi dengan hubby je, rasanya macam boring je, hehe.
@ ❤Kamsiah❤;
Betul tu Kamsiah, kalau yang kecik2 tu boleh menangis tak nak keluar dari air/kolam, hehe..
saya teringin nak ke gambang waterpark ni tp jauh la ummi dr utara ni..budak2 memang suka sangat tmpt camni..
ummi xikut berendam ke...farouk n naurah pntang jumpa air...mesti berendam smpai kecut...
@Kasih salina;
Ye lah kan, jauh jugak tu. InsyaAllah satu hari nanti sampai juga tu, mesti anak2 suka sangat.
@NzA;
Hehhe..ummi berendam je NzA, berenang tak pandai, orang lain berenang dalam air, ummi berjalan dalam air, hik!.
Cayalah farouk n Naurah, nanti boleh naik gelongsor air tu, ajak ibu sekali ye..
Bestnya Ummi. Saya yg dekat ni belum berkesempatan bawa anak2..
wah ummi bestnyer main air...wani pun suka waterpark mcm yu...tapi gambang xpenah smpai lg
@Nor Salmi;
Ha'ah yelah Mie, dekat je kan. Takpe, orang dekat bila2 masa je boleh pegi.
@Wanieys a.k.a IbuQalief;
Nanti bolehlah bawa Qalief ye Wanie..tentu dia suka.
Post a Comment