Monday, September 12, 2011

RAIKAN KASIH SAYANG

Raya menjadi sangat bermakna bila kedua orang tua atau salah seorang darinya masih ada. Rumah ibubapa menjadi tempat berkumpul. Suasana menjadi lebih meriah bila anak2 yang merantau jauh dapat kembali beraya. Dapat bertemu adik beradik, anak buah dan saudara mara merupakan satu kepuasan tak terhingga. Bersyukur dan raikanlah pertemuan, raikan kasih sayang, kerana raya pasti jauh berbeza bila ibu bapa telah tiada…

DSC_0781
Anak ayah-mohon kemaafan, moga amal ibadat diterima…

 

DSC_0871
Sesudah solat raya, wazzup-wazzup…!!!

 

DSC_0903
Jom bakar satay…

 

DSC_0901
The cousins- satay memang enak, tapi keseronokan
sebenar dapat meraikan aidil fitri bersama, ia pasti
jadi kenangan…

 

DSC_0887
Gelagat si kecil…

 

DSC_0852 
Si kembar ‘putih gebus’ dari Penang…

 

DSC_0771
Jurang generasi-abang ummiross masih ada anak
kecil, anak bongsu ummiross dah besar panjang,
tapi si kembar masih mahu berdiri sama tinggi…

 

DSC_0880
Anak adik-satay? ada aku kisah.., hitung
duit raya dulu, cukup tak nak beli helikopter ni, hik!

 

DSC_0924 
Petang raya- si kembar sangat seronok tengok ubi kayu,
Hanya ada 2 pokok ubi kayu ditepi pagar nenek mereka, cucu2
hanya seronok mencabut, tapi bila di masak mereka tak
makan, yang selebihnya ummiross buat talam ubi…

ps : Balik dari bercuti raya, excited nak buat beberapa n3, tapi laptop ummiross buat hal sikit, tak dapat nak buka. Sekarang ni tengah baiki lagi. Akhirnya ummiross guna lappy anak, tentu tak sama kerana dah biasa dengan lappy sendiri, tapi ok lah untuk sementara. Sorrylah komen2 sebelum ni tidak berbalas.

25 comments:

Hanis Azla said...

meriahnya raya bila dapat berkumpul bersama kaum keluarga.. kecil besar semuanya sama seronok dapat meraikannya bersama.. seronok tgk gambar2 raya ummi.. tgk satay tu nmpk sedap sgt..

Unknown said...

Alhamdulillah kedua org tua sy masih ada dan sempat bermaaf2 an

MumMe said...

kira duit raya...nuha mumme belum pandai kira duit,tapi mmg pandai jaga duit2nya...ada tempat persembunyian...kelakar sbb x ajar pun pandai sendiri...

NzA said...

seronokkan brkumpul beramai2 dgn keluarga camni terutama gelagat si kecil yg riang ria tu....suka tgk anak2 kecil sibuk dok kira duit raya dan kita lak dok kira2 bila la nk gaji nie.......masih tringat2kan kg...hu...

ummiross said...

@Hanis Azla;

Setahun sekali kan Hanis, tentu seronok terutama budak2. Satay tu memang sedap, tambah makan panas2 dan santai macam tu...

ummiross said...

@khairul

Alhamdulillah, moga Allah panjangkan umur mereka dan diberi kesihatan yang baik.

ummiross said...

@MumMe;
Tersenyum ummi dengar nuha ada tempat sembunyikan duitnya, pandaikan budak2 ni MumMe. Jangan sampai nuha lupa tempat dia sembunyikan duitnya, hik!

ummiross said...

@NzA;
Memang seronok tengok gelagat budak2 ni, terhibur. Haha! betul tu NzA, kita kira hari gaji...

Kehidupan Makkah said...

Assalamualaikum...memang seronok dpt kumpul keluarga di hari raya...Alhamdulillah...saya dah 5 kali raya di mekah.

ummiross said...

Waalaikumussalam Tuan Haji;
Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan nikmat beraya bersama bersama ibu dan ahli keluarga..
Beruntungnya tuan haji, ummi pun teringin nak merasa suasana beraya di Mekah, doakan ummi dan suami dapat ke sana lagi ye...

Sweet N Pretty said...

Salam aidilfitri ummi:) mmg seronok bila dpt berkumpul beramai2 di Hari Raya. mmg Raya sentiasa dinantikan tiap thn sbb masa ni je berpeluang jumpa sanak-saudara.

Sweet N Pretty said...

Salam aidilfitri ummi:) mmg seronok bila dpt berkumpul beramai2 di Hari Raya. mmg Raya sentiasa dinantikan tiap thn sbb masa ni je berpeluang jumpa sanak-saudara.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Salam aidilfitri jugak Intan. Yelah Intan , bila berkumpul beramai2 tu, baru jadi meriah. Kalau balik kampung masa raya peluang nak berjumpa saudara mara tu lebih, ramai yang bercuti

puanbee said...

buat sate sendiri ? memenag best nih ..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong,

Meriah sungguh tu berkumpul beramai kat rumah mak Yong. Alhamdulillah akak pun masih ada mak dan dpt beraya dgn dia. Dia jer Mak sedara yg masih ada dalam kalangan sepupu2, jadi sedara dan kerabat dtng beraya rumah kami, bergambar sbb diorang dah takde mak-bapak. Ha ha bebudak tu tak makan ubi kayu?

Elly Emmy said...

selamat hari raya Ummiross..

seronoknya pagi raya berkumpul ramai2.. sambil bakar sate..:)

Norgadis Labuan said...

Meriahnya raya...

ummiross said...

@puanbee;
Hehe bukan buat sendiri bee, tapi satay homemade jugak tu, kenalan kepada adik ipar yang buat jual, sate dia ni memang best, kuah kacangnya pun sedap.

ummiross said...

@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam kak Halima;
Setahun sekali kan kak, bukan selalu dapat berkumpul macam tu. Alhamdulillah masih ada ibu, di situ tempat berkumpul, tentu ibu kak Halima sangat seronok akak beraya di sini kan.
Hehe tu lah, masa cabut ubi tu, bukan main lagi budak2 kecik tu kata nampak 'syedap' tapi bila rebus, tak nak dia..

ummiross said...

@Elly &Emmy:
Selamat hari raya the twin n family..
Hmm lagi seronok sebab ada anak2 teruna yang rajin membakar, hik!Tak menang tangan dia orang...

ummiross said...

@Norgadis Labuan;
Orang Sabah pun meriah jugak beraya,ummi tengok kat blog, seronok bertandang dan beraya dengan anak2 dan suami tu Norgadis...

-atiQah- said...

datang jln2 sini.. :)
wahhh..sedapnya sate..seronok kan bila berkumpul ramai2.. :)

ummiross said...

@atiQah;
jemputlah, makan sate sekali ye atiQah, hik!

Liza @ Adzriel AB said...

i miss u

Ummiross said...

@Liza @ Adzriel,
Hik! miss u too...