Friday, September 23, 2011

SOLEHAH DI TV ALHIJRAH

IMG_6223IMG_6221

 

Solehah, program realiti pertama terbitan TV Al Hijrah telah bermula siarannya pada jam 8.30 malam ini, 23.9.2011.  Semuanya sebanyak 13 episod dan akan disiarkan setipa hari Jumaat, jam 8.30 malam.Episod pertama lebih kepada pengenalan peserta., dari pelbagai latarbelakang, semuanya comel-comel dan sejuk mata memandang. Objektif program Solehah ni untuk mencari pendakwah wanita yang memenuhi ciri-ciri wanita Solehah. Apakah Solehah mampu mencapai populariti sebagaimana program Imam Muda. Nampaknya ada dua program realiti yamg melibatkan pencarian pendakwah wanita, satu lagi ialah program Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis.

Pelakon Irma Hasmie yang semakin manis semenjak bertudung digandingkan dengan Nurul Iman sebagai pengacara. Jom kita layan gambar-gambar peserta Solehah TV Al Hijrah. Ummiross snap dari kaca TV je ye, cukuplah untuk mengenali setiap peserta dari dekat. Gambar kurang jelas disebabkan kesan lighting atas stage. Gambar-gambar juri dan tenaga pengajar ok je, jelas sangat.

 

IMG_6233                    IMG_6238

Sarah Azizul                                                                    Mariyam Sa’ari

 

IMG_6248                    IMG_6252

Siti Adibah Zulkifli                                    Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim

 

   IMG_6276                 IMG_6265

    Amie Sofea Ahmad                                                 Rosmarieza Rafiee

 

   IMG_6285                  IMG_6298

   Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar                  Tuan Nor Shazni Tuan Muda

 

   IMG_6310                   IMG_6323

   Renny Johnuinn                                                 Wan suhaili Wan Mohd Yusof

 

  Tenaga Pengajar

   IMG_6346 IMG_6354

                                           IMG_6349

Para Juri

IMG_6360IMG_6355

                                         IMG_6358

Kita nantikan episod Solehah seterusnya, tercapaikah matlamatnya untuk melahirkan pendakwah wanita yang boleh menjadi ikon bagi remaja.

17 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

tak dpt tengok le..tak de channel. ada yg biasa2 je. suka juga tengok alhijjrah ni bila ke rumah kakak.

khairul said...

siapa yg bakal menjadi ustazah erk ?

ummiross said...

@Liza @ Adzriel AB;
Oh ye ke... Ummi pun suka tengok TV AlHijrah ni, terutama dibawah kategori Madrasah, macam madrasah akidah dll, macam dengar ceramah agama dari rumah hampir setiap hari.

ummiross said...

@khairul;
Hmm nampak semuanya berbakat semalam..

MumMe said...

mumme terlepas solehah ni...tp tv alhijrah ni yg ada slot tentang nabi muhammad tu kan...tghr smlm sempat ikuti...

Amie said...

Salam Ummi,
Amie terlepas menonton...asyik berebut channel dengan anak-anak... he hehehh

ummiross said...

@MumMe;
Rancangan 'Law ka na bainana' tu ke MumMe, ummi pun suka tengok rancangan tu,terharu...

ummiross said...

@Amie;
Wassalam Amie, hehe biasalah kan, ummi masa anak2 kecil dulu pun macam tu...

Sweet N Pretty said...

salam ummi. wah best ye ada rancangan mcm ni. tapi kan ummi mcmn nk dpt TV Alhijarh, blh syer tk?

ummiross said...

Wassalam Intan..
TV alhijrah ni memang best Intan, banyak rancangan keagamaan. Kalau ada astro, automatik ada TV al Hijrah ni, saluran 114. Kalau takde astro, ummi tak tau pulak macamana, mungkin boleh cuba tuning sendiri kot..

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Akak tak langgan Astro sbb jarang tengok TV, jd kalau curious nanti akak usyar Youtube jer. Rajin Ummi uploadkan gambar, tima kasih!

ummiross said...

@MOH KEMBARA;
Hmm kat Youtube pun macam2 ada kan kak, boleh tengok bila2 masa kita free. Hehe orang takde keje kak, cari keje, program macam ni selalunya banyak carian google, macam Imam Muda hari tu, dapatlah tarik visitor sikit.

puanbee said...

comel2 semunya dah mula ye ummie .. nanti nak update di blog saya jugak lah ..

ummiross said...

@puanbee;
Hmm semuanya comel2 kan bee, cantik bertudung. Update lah bee, dapat jugak orang baca nanti..

Sweet N Pretty said...

terima kasih ummi. saya mmg dh berpisah dgn astro hehe. skrg pakai unifi jd tk dpt kot

NzA said...

skrg nk tgk TV pn xsmpt ummi...hu.hu.hu...

ummiross said...

@Sweet N Pretty:
Hehe dah say bye-bye to Astro ye...

@NzA;
Bagus jugak sibuk memanjang NzA, exercise tu....