Solehah, program realiti pertama terbitan TV Al Hijrah telah bermula siarannya pada jam 8.30 malam ini, 23.9.2011. Semuanya sebanyak 13 episod dan akan disiarkan setipa hari Jumaat, jam 8.30 malam.Episod pertama lebih kepada pengenalan peserta., dari pelbagai latarbelakang, semuanya comel-comel dan sejuk mata memandang. Objektif program Solehah ni untuk mencari pendakwah wanita yang memenuhi ciri-ciri wanita Solehah. Apakah Solehah mampu mencapai populariti sebagaimana program Imam Muda. Nampaknya ada dua program realiti yamg melibatkan pencarian pendakwah wanita, satu lagi ialah program Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis.
Pelakon Irma Hasmie yang semakin manis semenjak bertudung digandingkan dengan Nurul Iman sebagai pengacara. Jom kita layan gambar-gambar peserta Solehah TV Al Hijrah. Ummiross snap dari kaca TV je ye, cukuplah untuk mengenali setiap peserta dari dekat. Gambar kurang jelas disebabkan kesan lighting atas stage. Gambar-gambar juri dan tenaga pengajar ok je, jelas sangat.
Sarah Azizul Mariyam Sa’ari
Siti Adibah Zulkifli Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim
Amie Sofea Ahmad Rosmarieza Rafiee
Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar Tuan Nor Shazni Tuan Muda
Renny Johnuinn Wan suhaili Wan Mohd Yusof
Tenaga Pengajar
Para Juri
Kita nantikan episod Solehah seterusnya, tercapaikah matlamatnya untuk melahirkan pendakwah wanita yang boleh menjadi ikon bagi remaja.
17 comments:
tak dpt tengok le..tak de channel. ada yg biasa2 je. suka juga tengok alhijjrah ni bila ke rumah kakak.
siapa yg bakal menjadi ustazah erk ?
@Liza @ Adzriel AB;
Oh ye ke... Ummi pun suka tengok TV AlHijrah ni, terutama dibawah kategori Madrasah, macam madrasah akidah dll, macam dengar ceramah agama dari rumah hampir setiap hari.
@khairul;
Hmm nampak semuanya berbakat semalam..
mumme terlepas solehah ni...tp tv alhijrah ni yg ada slot tentang nabi muhammad tu kan...tghr smlm sempat ikuti...
Salam Ummi,
Amie terlepas menonton...asyik berebut channel dengan anak-anak... he hehehh
@MumMe;
Rancangan 'Law ka na bainana' tu ke MumMe, ummi pun suka tengok rancangan tu,terharu...
@Amie;
Wassalam Amie, hehe biasalah kan, ummi masa anak2 kecil dulu pun macam tu...
salam ummi. wah best ye ada rancangan mcm ni. tapi kan ummi mcmn nk dpt TV Alhijarh, blh syer tk?
Wassalam Intan..
TV alhijrah ni memang best Intan, banyak rancangan keagamaan. Kalau ada astro, automatik ada TV al Hijrah ni, saluran 114. Kalau takde astro, ummi tak tau pulak macamana, mungkin boleh cuba tuning sendiri kot..
Salam Yong,
Akak tak langgan Astro sbb jarang tengok TV, jd kalau curious nanti akak usyar Youtube jer. Rajin Ummi uploadkan gambar, tima kasih!
@MOH KEMBARA;
Hmm kat Youtube pun macam2 ada kan kak, boleh tengok bila2 masa kita free. Hehe orang takde keje kak, cari keje, program macam ni selalunya banyak carian google, macam Imam Muda hari tu, dapatlah tarik visitor sikit.
comel2 semunya dah mula ye ummie .. nanti nak update di blog saya jugak lah ..
@puanbee;
Hmm semuanya comel2 kan bee, cantik bertudung. Update lah bee, dapat jugak orang baca nanti..
terima kasih ummi. saya mmg dh berpisah dgn astro hehe. skrg pakai unifi jd tk dpt kot
skrg nk tgk TV pn xsmpt ummi...hu.hu.hu...
@Sweet N Pretty:
Hehe dah say bye-bye to Astro ye...
@NzA;
Bagus jugak sibuk memanjang NzA, exercise tu....
Post a Comment