Monday, May 30, 2011

ANAK ANGKAT YANG COMEL

Sebut pasal anak angkat teringat pada seorang sahabat lama, sahabat guru. Di takdirkan tidak mempunyai zuriat tapi beliau tidak pernah berputus asa. Banyak usaha dilakukan, banyak wang dihabiskan semata-mata ingin menimang cahaya mata sendiri. Tapi apakan daya, kita hanya merancang dan berusaha . Sehingga pada satu ketika mereka suami isteri redha dengan ketentuan Allah SWT, mungkin itulah yang terbaik buat mereka.

Tapi ujian yang paling besar datangnya dari mulut orang yang tidak berhenti bertanya, sedangkan soalan2 tentang bila nak dapat anak itu menjadi sangat fobia untuk didengar oleh mereka. Kadang2 ada pendapat atau perbualan yang begitu menghiris hati, semuanya ditelan dengan penuh kelat. Dengan kami rakan2 baik tempat beliau meluahkan perasaan, sekurang-kurangnya tenang sedikit gelodak dihati, kadang2 airmata diseka menahan sebak didada…

Begitulah serba tidak kenanya kita pada pandangan mata sesetengah orang. Takde anak dikata mandul, anak ramai dikata tak jaga kesihatan, anak sikit dikata nak buat apa duit banyak2, anak lelaki sahaja dikata takde orang nak menjaga kita dihari tua, anak perempuan sahaja dikata takde pewaris, ada2 saja  ulasan yang dikira kurang membantu.

Bagi yang emosinya kuat, perkara begini tak menjadi beban atau masalah, ada aku kesah!. Bagi yang emosinya rapuh, perkara2 macam ni kalau diulang2, boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kemurungan. Kalaulah kita semua boleh berlapang dada, bahawa apa yang terjadi adalah ketentuan Tuhan,ada atau tiada, sedikit atau banyak semuanya diluar kawalan kita. Terimalah kekurangan rakan2 kita kerana kita sendiripun tidak sempurna.

Oklah kita santai2 dengan anak angkat ummiross pulak, si comel yang di hantar oleh rakan sepejabat Mr Hubby pada malam Jumaat lepas. Dia yang sangat comel, nakal dan cergas, dah menjadi kesayangan kami sekeluarga.

                   IMG_4251

                   IMG_4253    

                   IMG_4379

“Comel tak saya…? Saya anak angkat ummiross, saya suka tinggal di Kuching sebab saya Kucing..hik!”

20 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

comelnya ummi:) nak pinjam...

ummiross said...

hehe ambiklah Amiiza2001, kucing tu memang cute sangat..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong UmmiRoss,
ngape org kita kalau takde anak dia rasa hiba dan terasa? Akak kalau org tanya berapa org anak, dgn jelas dan tegas akak kata, "Tak de anak!" Apa nak malukan dan hiba. Tak perlu diorang nak kesian, kesian sebab akak tak heran pun tak de anak. Alhamdulillah ada 3 orang anak tiri yg panggil akak ni "Mother" , ok jer tu!

ummiross said...

Waalaikumussalam Kak Halima

Yelah kak lain orang lain dia punya penerimaan, macam ummi pun orang selalu tanya bila nak anak perempuan, ummi tak kisah pun, apa yang Allah beri tu terbaik untuk kita, takde sedikit pun ummi nak berkeluh kesah.
Pasal takde anak ni,kadang2 yang empunya diri redha je tapi tak tahan desakan orang lain.Alhamdulillah kak, anak tiri akak semua dah besar2 dan sayang kat akak, hensem2 pulak tu kak, hee..

Hanis Azla said...

sesetengah org tak sensitif dgn perasaan org lain.. main cakap ikut suka.. ada org tak kisah.. tp ada juga yg kisah.. lain org lain penerimaannya kan ummmi..

comel betul anak angkat ummi tu.. saya yg takut kucing ni pun jd geram tgk..

Liza @ Adzriel AB said...

ada anak tau tidak itukan takdir Tuhan. Siapalah kita nak melawan takdirnya. Kita hanya mampu berusaha..

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/kenapa-tak-ada-anak.html

si comel ni kalau dapat dek anak2 liza memang kena picitlah...

Sweet N Pretty said...

mmg comey anak angkat ummi tu..meoww:) bestnya dpt kucing spesis tu.

tkde siapa yg sempurna di dunia ni, sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segala yang dirancang utk hambanya, maka itu yg sebaik2nya bg mereka.

ummiross said...

@Hanis Azla;
Hmm betul Hanis tu, lain orang lain perimaannnya...

Ooh ye ari tu ada ummi baca Hanis takut kucing, mai peluk sicomel ni, biar hilang takut, hee...


@Liza@Adzriel AB;
Betul tu Liza,nanti ummi nak baca lah kt link Liza bagi tu...
Hehe budak2 memang suka kucing kan...


@Sweet N Pretty;
Tu lah geram tengok kucing tu Intan, cerdik pulak tu..

Betul Intan, Allah maha mengetahui mana yg terbaik untuk kita

NzA said...

mulut org mmg mcm tu ummi...trkdg brckp xfikir perasaan org....sy pn pernah trkena cz branak every year n k.long lak xde anak...hu

comelnya 'anak angkat' ummi tu.....

ummiross said...

@NzA;
Ye lah NzA, hidup lebih tenang kalau orang tak mengata...

hehe memang comel sangat anak kucing tu NzA.

Zura said...

comeynya anak angkat tu... matanya bulat...bulu pun gebu jer...

hidup ni kalau xada anak org mengata...ada anak ramai pun org mengata.. hairan kan kak

ummiross said...

Cik Puan Zura;
Hehe comei kan,manja pulak tu Zura..

Ye lah Zura, kalau yang tak kuat semangat memang tension jugak jadinya...

Bee said...

comel nya kucing tu ummie ..suka tengok pict dia yg last tu , bee pun selalu juga di tanya dan di beri usul ntah apa2 sbb ank bee 3perempuan tk de waris katanya ..hehe sabar je lah yg nk naggung beranak , makan pakai kita ..depa senang2 arahkan kita "buatlah sorang lagi" adeiiii

ummiross said...

@comel dan manja bee...
Hmm betul tu bee, bukannya kita yang tentukan, tapi semuanya Allah tentukan, diluar keupayaan kita. Sabau je lah kan bee...

erleena said...

agy comel kucing nieeeeeeee waa nak pcit pp die!

MumMe said...

ternampak wajah kucing kiut ni terus mumme arcieve....comelnyaaaa..

ummiross said...

@erleena;

hehe, baby lagi ni, memang comel, silalah picit2 pipi dia, hehe..

ummiross said...

@MumMe..

hehe..MumMe peminat kucing juga ni, masa ni cicie baby lagi, sekarang dah besar,berat nak dukung.

NEKCIK said...

Salam kenal Umiross..lahai geramnya tengok anak angkat awak tu..mau Nekcik cubit cubit gitu...nekcik pun bz ni membela anak bulu dalam pantang...letih jugak!!
Ntah lah Nekcik pun kekadang tu geram jugak bila orang tanya mereka yang masih belum punya anak..macam lah boleh picit picit butang jer..itu kan rezeki dari Allah!!

ummiross said...

@Nekcik;

Wassalam Nekcik, salam kenal dari ummi juga, terima kasih sudi singgah blog ummi, singgah2lah selalu lepas ni ye.

hehe ada anak kucing dalam pantang ye, mesti comel2 tu, dah pandai kejar2 nanti lagilah comel kan Nekcik.

Yelah kan, semua tu ketentuan Allah, terimalah seadanya...