Rasanya mood hari guru masih berbaki. Tak sempat nak buat N3 semalam disebabkan beberapa urusan. Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan satu proffesion, terutama kepada semua guru-guru yang pernah mengajar sebumbung dengan ummiross, di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu. Hari-hari semalam yang telah lama ditinggalkan tapi masih manis dalam kenangan.
Memilih untuk bersara awal,sebelum mencecah umur 45, mengundang pelbagai pendapat pro & kontra. Ada rakan-rakan yang menyokong malah kata mereka, kalau berpeluang mereka ingin membuat keputusan yang sama. Ada yang berpendapat sebaliknya kerana sayangkan pengalaman yang masih boleh dicurah. Dua-dua pendapat yang sangat-sangat dihargai. Rakan-rakan seperjuangan yang sangat memahami.
Gambar: Aktiviti sempena Festival Sambutan Hari Guru 2011 di Tebingan Sungai Sarawak yang sempat ummiross singgah petang tadi.
Namun kalau dah beberapa tahun bersara, masih ada yang bersuara, “ Rugikan bersara awal…!”, keluar pulak dari mulut orang yang kurang mengenali, perit jugak mendengarnya. Rajuk hati diadukan pada Mr Hubby yang sentiasa memahami, katanya “Apa nak rugi, duduk rumah goyang-goyang kaki, hujung bulan duit pencen masyuuuk!” Ye lah mungkin tak banyak, tapi hidup ini adalah pilihan. Kadang-kadang duit banyak, masa kurang. Kadang-kadang masa banyak, duit pulak kurang. Tapi masa terluangpun boleh menjadi satu peluang, rezeki ada dimana-mana. Tepuk dada tanya selera…
Lagipun ummiross bukan bersara suka-suka. Dapat bersarapun kerana ummiross berjaya menyertai “Kursus Persediaan Untuk Kakitangan Awam Yang Ingin Bersara Awal”, yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Mendapat latihan keusahawanan dari A to Z selama hampir 3 bulan, merupakan pengalaman berharga yang tak dapat dijual beli. Selepas mengikuti kursus ini, kakitangan awam diizinkan bersara dengan mendapat gratuiti dan jugak pencen, disamping dibimbing dalam bidang perniagaan. Sekarang rasanya kursus sebegini tiada lagi.
Sekarang setelah beberapa tahun, ummiross tak pernah sekali pun merasa menyesal dengan keputusan ini. Dan tidak pernah pulak menyesal kerana pernah menjadi guru kerana kecintaan ummiross terhadap pengajaran dan pendidikan tidak pernah padam.
Setelah sekian lama, ummiross masih menerima ucapan selamat hari guru dari anak murid yang masih mengingati. Masih disapa mesra oleh bekas pelajar kiranya bersua dimana-mana. Masih ada yang bertanya khabar walau jauh dimata. Masih ada yang menghulur tangan dengan penuh kasih sayang. Masih dipanggil cikgu walau sudah bersara, manisnya jika ia terus kekal begitu, kerana jauh disudut hati, “Aku masih seorang guru…”
21 comments:
Kiranya ummi bersara awallh ye utk buat biz...apapn ummi tetap cikgu krn gelaran itu xakan trpisah dr jasad kita w.pn nyawa kita telah pergi..itulh kelebihan seorg guru......
Selamat Hari Guru Ummi....
sy trpaksa melangkah jauh lg utk pencen ummi..byk lg cabaran yg perlu dilalui ttp hati puas krn minat yg mendalam dlm bidang pdidikan....
ooo begitu ceritanya...kat sini saya ada juga seorang kawan macam ummi...dia buka kedai makan dan pencen awal...apa2 pun sekali guru selamanya guru...selamat hari guru untuk ummi gak...
kebahagiaan itu subjektif..kita yg menetukan. bukan org lain.
@NzA:
Hmm begitulah kiranya NzA. Alhamdulillah seronok bila dikenangkan kembali...
Selamat Hari Guru jugak buat NzA.
Takpe NzA, teruskan perjuangan, semoga Allah sentiasa memberkati...
@Sham;
Ooh ye ke Sham, moga beliau berjaya dengan kerjaya baru.
Untuk Sham, teruskan perjuangan,masih banyak yang boleh disumbangkan
@Liza@Adzriel;
Hmm betul tu Liza, lain padang lain belalang, alangkah baiknya kalau saling dapat memahami dan menghormati...
lah ummirose seorang guru rupanya , selamat hari guru yer...itu lah masa jugak penting kan utk family lelaki lain perempuan lain situasinya!
@Puanbee2;
Hehe guru pencen bee, terima kasih kerana memahami..
selamat hari guru jugak buat ummiross...
alhamdulillah...ummi dah buat keputusan yg terbaik buat ummi n keluarga. moga bisnes ummi terus sukses ye~
Assalamualaikum Cikgu Yong UmmiRoss, Happy Belated Teachers' Day! Selain doktor, title guru dan ustaz kekal sampai mati. Tak gitu?
Selamat Hari Guru buat Ummi. Mmg semua org ada pendapat & saya sokong pilihan yg Ummi buat. saya akan buat pilihan yg sama kalau ada peluang=D. Tajuk entri tu saya setuju, w/pun bkn guru di sekolah, kita ttp guru pd anak2 & utk org lain juga sekiranya ilmu yg ada dikongsikan pd mrk. Kita semua adalah khalifah di bumi Allah ini. Moga Ummi diberkati Allah slalu:)
Ummi...pendapat kita sama...mumme pun memilih utk bahagia dlm konteks pemahaman dan kehendak mumme...namun dlm masa yg sama berlawan dgn perasaan yg bercampur2 juga sekali sekala tu...kerjaya sekarang boleh dikatakan bersara awal juga...meninggalkan dunia kerjaya utk mengutamakan keluarga...
@Izan Ishak;
Terima kasih Izan..
Alhamdulillah Izan, itulah jugak harapan ummi, amin...
@Moh Kembara;
Waalaikumussalam kak Halima
Thank you, happy belated Teachers'Day jugak buat akak. Akak pun tentu seronok dapat murid2 baru 'somewhere' di Pahang.
Hmm memang betul tu kak, gelaran yang terus kekal...
@Sweet N Pretty;
Terima kasih Intan..
Betul tu Intan, guru yang tidak formal untuk anak-anak, moga2 dapat jugak berkongsi ilmu dengan orang lain.
@MumMe;
Alhamdulillah pemikiran kita tak jauh berbeza.
Setiap orang ada pendapat sendiri kan MumMe, tapi kita jugak mengharapkan orang memahami keputusan yang telah kita ambil. Thanks MumMe, semoga MumMe pun berbahagia dengan keputusan MumMe..
Slm. Saya juga seorang guru. Blm mencecah 40thn tahun ttp sudah terfikir utk bersara awal. 2-3 thn kblkngn hati saya mkn kuat memikirkan hal ini. Saya sygkan kerjaya ini ttp sejak mengalami depression kerana tekanan kerja (atas sst sbb yg tak dpt saya kongsikan), keupayaan saya semakin terbatas. Saya hilang keyakinan dan sentiasa bimbang tidak mampu memikul tggjwb khususnya utk tugas2 selain mengajar. Kdgkala saya spt bingung dan tidak tahu apa yg patut dibuat. Ada masanya saya menggigil ketakutan dan tidak dpt tidur berhari-hari kerana bimbang. Wpun saya ada mndptkan rwtan pakar, ttp ia x byk membantu. Keadaan ini jauh berbeza ketika tahun2 awal saya berkhidmat. Keadaan ini menjejaskan kualiti hidup saya mmandngkan saya juga seorang ibu. Suami bimbangkan keadaan saya. Wpun sentiasa mendorong dan memotivasikan saya, kebimbangan saya ttp tidak berkurangan. Setiap hari saya lalui dgn keresahan kerana saya fikir saya tak mampu menyempurnakan tggjwb diberi. Semmgnya hasil kerja saya tidaklah seberapa wpun sudah mencuba yg terbaik. Saya selalu rasa blur dan bingung. Dia cdgkan saya spya berhenti. Saya juga terfikir jika itu jln terbaik utk kembali ceria dan hidup normal spt org lain. Doktor yg merawat juga pernah memberi cdgn yg sama. Saya fikir kesihatan dan ketenangan jiwa adalah perkara yg paling utama. Wang tidak mampu membeli kebahagiaan dan ketenangan. Saya mahu tenang beribadat dan menjalankan tugas sbg isteri dan ibu yg baik. Mendidik anak2 saya dgn lebih sempurna. Namun hingga kini, saya perlu terus bertahan kerana keadaan kewangan yg tidak stabil. Saya masih punya hutang2 yg perlu dilangsaikan utk sekurang2nya 7 tahun lagi. Mmg menyeksakan tetapi apa pilihan yg saya ada? Pentadbir tahu masalah saya ttp itu bukan alasan utk saya mengelak tugas. Selagi termampu saya akan terus harungi hidup ini. Setiap hari saya berdoa agar diberi ketabahan dan kekuatan..
@Anonymous;
Terima kasih kerana membaca entry ummi dan meninggalkan komen. Allahuakbar, rasanya ummiross amat memahami apa yang cikgu rasakan. Semoga cikgu terus mendapat sokongan dari suami dan orang2 sekeliling.Tabahkan hati dan banyakkan solat malam, mohon padaNya agar diberi kekuatan jiwa dan dipermudahkan untuk mencapai situasi yang terbaik untuk cikgu sekeluarga.Salam dan doa dari ummiross buat cikgu sekeluarga.
Aslmkm....saya juga seorang guru berumur 40th...saya bercadang untuk bersara pilihan pada umur 45 tahun....atau lebih awal jika berkemampuan....setiap hari saya berdoa agar Allah permudahkan saya.....saya perlukan kualiti masa utk famili....namun banyak kekangan yg perlu ditimbang tara kerana sekarang bersara pilihan pencen tetap dpt bila umur bersara wajib....
salam....saya pencen lgi 4 thun tpi dh cdng nk pencen krja dh 31 thun tpi gji sngt rendh dbndingkn dgn guru2 bru..saya rsa kdng2 bingung n pening sehingga tk mmpu nk berfikir ktika sotuasu begitu, saya blum isi borng lgi tpi brcdng nk pencen
Sy juga seorang guru telah ditukarkan kpd jwtan yg paling sy tak minat. Sudah bertugas selama 25 tahun. Tahun depan cukup umur 50 tahun. Rasa dah tak sabar nak pencen awal. Buat apa kerja kalau sentiasa stress. Bertugas jauh dari keluarga. Kalau dah layak pencen awal pencen aje lah. Biar kerajaan tanggung kita dok goyang kaki. Hujung bulan dapat pencen. Nikmati hidup seadanya.
Post a Comment