بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Hari ketiga di Istanbul, kami memilih untuk berkunjung ke beberapa tempat bersejarah yang menjadi tarikan utama pelancong. Semuanya ‘walking distance’ sahaja dari hotel penginapan kami. Selepas sarapan, kami mengatur langkah dengan penuh bersemangat..setiap hari di Turki adalah hari bersemangat bagi kami.
Setiba di pekarangan Blue Mosque, dah ada seorang jejaka tampan Turki menghulurkan salam dan bersedia memberi pertolongan dan menunjukkan jalan ke Basillica Cistern. Sedetik kami dah tau, kalau yang beria-ia nak membantu ni, selalunya mereka ni adalah peniaga yang kemudian akan menjemput kita ke kedai mereka. Tapi tak kisahlah kan, kalau yang jenis tidak mendesak tidak mengapa. Itulah salah satu cara nak mendekati pelanggan kan, kalau menunggu je belum tentu pelanggan datang, persaingan pun banyak.
BASILICCA CISTERN
Basillica Cistern atau dalam bahasa Turki dipanggil Yerebatan Sarayi atau Yerebatan Sarnici merupakan tempat simpanan air,yang dibina pada kurun ke-6 semasa zaman pemerintahan Maharaja Justinian, zaman kegemilangan Empayar Rom Timur. Air yang disimpan di sini dipindahkan dari hutan Belgrad, 19km dari pusat bandar.
Pada 1985 ianya telah dibaikpulih dan pada 9hb September 1987, telah dibuka kepada pelawat sebagai salah satu tempat tarikan pelancong
Tiket masuk ke Basilicca Cistern, 10TL seorang.
Mula-mula masuk ke sini terasa gerun juga, gelap dan sejuk di bawah tanah.
Tetapi ianya sangat menarik untuk dikunjungi, betapa hebatnya kemahiran orang-orang Rom dahulu ye, tengoklah tiang-tiang bawah tanah ni pun binaannya sangat cantik dan berseni. Idea tempat simpanan air ni pun boleh dikira idea yang sangat canggih kan pada zaman itu.
Salamborneo.blogspot.com
Cantik tengok ikan-ikan ni di bawah sinaran cahaya lampu yang kelam tu.
Tiang berkepala Medusa..
HAGIA SOPHIA (AYA SOFYA)
Dari Cistern kami bergerak ke Hagia Sophia pula.
Hagia Sophia (Aya Sofya) satu ketika berfungsi sebagai sebuah gereja selama 900 tahun pada zaman Empayar Byzantine(537). Ia kemudian dijadikan masjid semasa Empayar Ottoman (1453).
Setelah jatuhnya pemerintahan Ottoman Turki, kalah pada Perang Dunia pertama, pasukan sekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M. Bangunan Hagia Sophia yang hampir lima abad dijadikan masjid, telah diubah menjadi muzium oleh penguasa baru Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Bermulalah Republik Sekular Turki. Beliau juga memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.
Semenjak itu, Hagia Sophia dijadikan salah satu tarikan pelancongan. Namun nilai sejarahnya masih tetap mempesona.
Tiket masuk ke Hagia Sophia, 25TL seorang.
Semasa ditukar fungsinya kepada masjid, mozek-mozek berunsur kristian telah ditutup/ditampal dengan simen. Tetapi ketika pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk, beliau telah mengarahkan simen tersebut dikikis dan mozek-mozek berunsur kristian kembali jelas kelihatan. Kesan kikisan itu juga dapat dilihat dengan jelas.
Pada sudut ini misalnya, meskipun kalimah Allah dan Muhammad mendominasi sebahagian dinding, tetapi jelas kelihatan juga mozek Virgin Mary dan Jesus ditengah-tengahnya, tinggalan gereja sebelumnya.
Mimbar Marble Jars(4-3 centuries BC).
Tempat mengambil wuduk.
Di Hagia Sophia inilah solat Jumaat pertama didirikan, diimamkan sendiri oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Bila memikirkan segala kesukaran dan pengorbanan Sultan dan tenteranya menakluki Constantinople ini satu ketika dulu, rasa sangat terkilan bila ianya ditukarkan menjadi muzium. Begitu mudah kejayaan orang Islam yang hebat seolah dipadamkan dari sejarah.
Di sekitar hagia Sophia ini juga terdapat beberapa makam diraja, antaranya Makam Sultan Mehmed III.
Hagia Sophia ni kedudukannya bertentangan dengan Blue Mosque. Oleh kerana pada hari pertama kami telah mengunjungi Blue Mosque, jadi kami terus sahaja ke Topkapi Palace.
Pemandangan Blue Mosque dari Hagia Sophia.
Topkapi Palace terletak tidak jauh dari Hagia Sophia. Berjalan ke arah belakang Hagia Sophia, dalam 10 minit dah sampai. Sambil jalan-jalan tu boleh juga cuci-cuci mata kat kedai souvenir.
TOPKAPI PALACE
Topkapi Palace(Topkapi Sarayi) merupakan istana yang pernah menjadi kediaman utama bagi sultan-sultan empayar Uthmaniyah(Ottoman) selama lebih kurang 400 tahun(1465-1856), sebelum berpindah ke istana baru Dolmabahce.Ia kemudian telah dijadikan muzium pada tahun 1924.
Tiket masuk, untuk Topkapi Palace Museum Harem Apartment 15TL,
manakala untuk Topkapi Palace Museum 25TL.
Kompleks istana ini mengandungi beratus-ratus bilik dan ruang tetapi hanya yang penting sahaja dibuka untuk orang ramai. Disamping gah dengan senibina Ottoman, ianya mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti porselin, jubah,senjata, manuskrip kaligrafi dan mural serta khazanah berharga dan perhiasan diraja.
Di Istana ini juga menempatkan janggut Nabi Muhammad SAW serta pedang baginda, selain itu juga terdapat pedang, anak panah yang digunakan oleh para sahabat.
i)Topkapi Palace Museum.
Jika ada air mata tumpah sepanjang kembara ini, maka di sinilah tempatnya.
Ketika memasuki ruang muzium ini, terdengar alunan bacaan Al Quran yang sungguh lembut dan lunak didengar. Ingatkan bacaan dari CD, tapi dari info yang kami perolehi, ianya bacaan secara live. Sambil melihat barangan yang dipamerkan, hati sangat tersentuh dengan bacaan Al Quran. Hati yang excited dan mula bertukar menjadi sayu.
Terpegun melihat khazanah berharga dan bersejarah dari zaman kesultanan Ottoman yang dipamerkan. Akhirnya sampai juga kami ke ruang pameran yang memang kami nanti-nantikan. Inilah yang ingin sangat kami lihat di muzium ini.
Terkedu seketika ketika mata mula tertumpu kepada barangan tinggalan Rasulullah SAW. Ada janggut Rasulullah yang tersimpan rapi, juga ada pedang baginda. Tiba-tiba hati terasa sangat sayu..airmata mula bergenang, perasaan yang sukar digambarkan. Ya Allah..kami tidak pernah bertemu Rasulullah SAW, tapi ketika berpeluang melihat semua ini, hati kami tiba-tiba menjadi tersangat rindu. Selawat dan salam buat baginda, Rasulullah kesayangan kami semua, kami rindu walau tak pernah bertemu.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sayangnya dalam muzium ini, tidak dibenarkan mengambil gambar. Maka apa yang dilihat, hanya terpahat kemas dalam ingatan.
ii)Topkapi Palace Museum Harem Apartment.
Merupakan istana kediaman kesultanan Ottoman sebelum berpindah ke istana baru, Dolmabahce berhampiran Bosphorus.
Suasana dalam ‘istana’ yang sempat dirakam. Asyik sangat melihat susunan mozek yang sangat cantik!. Bagai terasa aura kehidupan dalam istana.
Setelah penat menjelajah, bolehlah berehat sekejap ditaman yang penuh dengan bunga-bungaan ni, sangat cantik dan nyaman. Ummiross guling-guling ambil gambar,haha..untuk simpanan peribadi sahaja.
Atau boleh sahaja pekena secawan cay sambil menghadap Selat Bosphorus yang indah
Esok hari keempat kami di Istanbul, sebelum kami bertolak ke Cappadocia yang amat mempesona. Teruskan kembara bersama kami..
18 comments:
best nyerr... mmg la da tingin nk tgk aya sophia tu...
err... ummi ada sggh tak pusara ahmad ammar?
@Anies; Ada lalu Anies, tapi tak sempat singgah sebab suami nak solat Jumaat kat Masjid Eyub hr tu. InsyaAllah ada rezeki nanti, bolehlah Anies ke sana.
teringin nak melawat.. tapi orang cakap europe kalau nak gi melawat belanja kasar jugak kan? Btw, teringat macam mana Kamal Attartuk bersubahat dengan tentera bersekutu jatuhkan sistem khilafah,..sistem Islam. Sedih..
indahnya pemandangan...
banyak sungguh tempat bersejarah di Turki.
banyak sungguh tempat bersejarah di Turki.
Salam K.ummiRos
subhanallah..cantiknya... :))))
bawah tanah tu nmpk seram jgk..tp cantik!
tgk bunge2 tu.. tgk ukiran masjid tu..
indah...^^^
Cantiknya reka bentuk bangunan kat sana ummi...bila la dpt jejak kaki ke sana.
subhanallah.... best nya...
kenapa umi tak curi2 ambik guna iphone... hehehe (tak senonoh huda ne ajar bukan2....haipppp)....
okay jeles sekali lagi... (*_*)...
teruskan update ummi.... tak sabar saya menanti....
sambil update sambil doakan saya dapat sampai yer (dgn Mr FH versi huda)...hehehehe...
Apa yg pasti kagum dgn architecture bangunan mereka di sana Ummiross. Cantik sangat. Kalau jalan pun kakak rasa bukan pandang bawah dan tepi aje tapi atas bangunan pun cantik sama..
Menarik!! untunglah umi dah jejak sana.
subhanallah..cantiknyeeeee.... terpegun lieya tgk...
kalo kat sane, bangunan2 nye mmg cantik2 kan...jadi daya penarik para pengunjung....
tempat simpanan air tu first time mumme dgr, ni...good sharing,ummiross...penulisan ummi tntg tempat tertumpahnya air mata tu pun meresap ke dlm jiwa mumme...rinduuuuu
wah cantik2 picnyer ni. tq share yer
assalam,
ummi..cantik2 nya tempat2 di turki ye
paling best masjid tempat soalt jummat pertama di dirikan oleh sultan muhammdah al-fateh yg terkenal tu...wow..teringin nak pergi situ.
beliau sultan sgt hebat!
kebanyakan banguanan2nya besar2 dan megah... dengan marble dan mozeknyer nampak mewah sekali...
Setakat membaca catatan sejarah dalam buku memang tak cukup ye Ummi. Bila tengok sendiri kesan sejarah & tinggalannya barulah dapat memahaminya. Untungnya Ummi dapat mengembara dan mengumpul ilmu di dada.
Beruntung Ummi dapat jalan2 meluaskan pandangan. Bila la agaknya dapat saya menjejakkan kaki ke sana.
bestnya...turki memang menarik...sejarah islam dan sahabat nabi tu yang menarik perhatian selain dari kecantikan negara tu
Entri Terbaru: Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City)
Post a Comment