Tuesday, May 13, 2014

KEMBARA TURKI- ISTANBUL DAY 3

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hari ketiga di Istanbul, kami memilih untuk berkunjung ke beberapa tempat bersejarah yang menjadi tarikan utama pelancong. Semuanya ‘walking distance’ sahaja dari hotel penginapan kami. Selepas sarapan, kami mengatur langkah dengan penuh bersemangat..setiap hari di Turki adalah hari bersemangat bagi kami.

Setiba di pekarangan Blue Mosque, dah ada seorang jejaka tampan Turki menghulurkan salam dan bersedia memberi pertolongan dan menunjukkan jalan ke Basillica Cistern. Sedetik kami dah tau, kalau yang beria-ia nak membantu ni, selalunya mereka ni adalah peniaga yang kemudian akan menjemput kita ke kedai mereka. Tapi tak kisahlah kan, kalau yang jenis tidak mendesak tidak mengapa. Itulah salah satu cara nak mendekati pelanggan kan, kalau menunggu je belum tentu pelanggan datang, persaingan pun banyak. 

BASILICCA CISTERN

Basillica Cistern atau dalam bahasa Turki dipanggil Yerebatan Sarayi atau Yerebatan Sarnici merupakan tempat simpanan air,yang dibina pada kurun ke-6 semasa zaman pemerintahan Maharaja Justinian, zaman kegemilangan Empayar Rom Timur. Air yang disimpan di sini dipindahkan dari hutan Belgrad, 19km dari pusat bandar.

Pada 1985 ianya telah dibaikpulih dan pada 9hb September 1987, telah dibuka kepada pelawat sebagai salah satu tempat tarikan pelancong

IMG_1154
Tiket masuk ke Basilicca Cistern, 10TL seorang.

Mula-mula masuk ke sini terasa gerun juga, gelap dan sejuk di bawah tanah.

DSC_0014_Fotor

Tetapi ianya sangat menarik untuk dikunjungi, betapa hebatnya kemahiran orang-orang Rom dahulu ye, tengoklah tiang-tiang bawah tanah ni pun binaannya sangat cantik dan berseni. Idea tempat simpanan air ni pun boleh dikira idea yang sangat canggih kan pada zaman itu.

Salamborneo.blogspot.com

DSC_0021_FotorA

 DSC_0024_Fotor 

 

Cantik tengok ikan-ikan ni di bawah sinaran cahaya lampu yang kelam tu.

DSC_0029

 

Tiang berkepala Medusa..

DSC_0038DSC_0036_Fotor

 

HAGIA SOPHIA (AYA SOFYA)

Dari Cistern kami bergerak ke Hagia Sophia pula.

Hagia Sophia (Aya Sofya) satu ketika berfungsi sebagai sebuah gereja selama 900 tahun pada zaman Empayar Byzantine(537). Ia kemudian dijadikan masjid semasa Empayar Ottoman (1453).

Setelah jatuhnya pemerintahan Ottoman Turki, kalah pada Perang Dunia pertama, pasukan sekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M. Bangunan  Hagia Sophia yang hampir lima abad dijadikan masjid, telah diubah menjadi muzium oleh penguasa baru Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Bermulalah Republik Sekular Turki. Beliau juga memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.

Semenjak itu, Hagia Sophia dijadikan salah satu tarikan pelancongan. Namun nilai sejarahnya masih tetap mempesona.

DSC_0227_Fotor 

DSC_0858_Fotor

DSC_0308_Fotor

DSC_0311_Fotor

 

IMG_1155
Tiket masuk ke Hagia Sophia, 25TL seorang.

 

DSC_0199

DSC_0187 

DSC_0051_Fotor

 DSC_0071_Fotor

DSC_0075_Fotor 

Semasa ditukar fungsinya kepada masjid, mozek-mozek berunsur kristian telah ditutup/ditampal dengan simen.  Tetapi ketika pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk, beliau telah mengarahkan simen tersebut dikikis dan mozek-mozek berunsur kristian kembali jelas kelihatan. Kesan kikisan itu juga dapat dilihat dengan jelas.

Pada sudut ini misalnya, meskipun kalimah Allah dan Muhammad mendominasi  sebahagian dinding, tetapi jelas kelihatan juga mozek Virgin Mary dan Jesus ditengah-tengahnya, tinggalan gereja sebelumnya.

DSC_0142_Fotor

DSC_0089_Fotor

DSC_0083_Fotor

DSC_0094_Fotor

 DSC_0119_Fotor_Fotor

DSC_0091_FotorDSC_0136_Fotor
                       Mimbar                                                 Marble Jars(4-3 centuries BC).
  
DSC_0189 
Tempat mengambil wuduk.

Di Hagia Sophia inilah solat Jumaat pertama didirikan, diimamkan sendiri oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Bila memikirkan segala kesukaran dan pengorbanan Sultan dan tenteranya menakluki Constantinople ini satu ketika dulu, rasa sangat terkilan bila ianya ditukarkan menjadi muzium. Begitu mudah kejayaan orang Islam yang hebat seolah dipadamkan dari sejarah.

Di sekitar hagia Sophia ini juga terdapat beberapa makam diraja, antaranya Makam Sultan Mehmed III.

 DSC_0202 20140402_113725

20140402_113716 

 

Hagia Sophia ni kedudukannya bertentangan dengan Blue Mosque. Oleh kerana pada hari pertama kami telah mengunjungi Blue Mosque, jadi kami terus sahaja ke Topkapi Palace.DSC_0210
Pemandangan Blue Mosque dari Hagia Sophia.

Topkapi Palace terletak tidak jauh dari Hagia Sophia. Berjalan ke arah belakang Hagia Sophia, dalam 10 minit dah sampai. Sambil jalan-jalan tu boleh juga cuci-cuci mata kat kedai souvenir.

DSC_0204

DSC_0299_Fotor 

 

TOPKAPI PALACE

Topkapi Palace(Topkapi Sarayi) merupakan istana yang pernah menjadi kediaman utama bagi sultan-sultan empayar Uthmaniyah(Ottoman) selama lebih kurang 400 tahun(1465-1856), sebelum berpindah ke istana baru Dolmabahce.Ia kemudian telah dijadikan muzium pada tahun 1924.

 

IMG_1153
Tiket masuk, untuk Topkapi Palace Museum Harem Apartment 15TL,
manakala untuk Topkapi Palace Museum 25TL.

 

DSC_0304_Fotor

Kompleks istana ini mengandungi beratus-ratus bilik dan ruang tetapi hanya yang penting sahaja dibuka untuk orang ramai. Disamping gah dengan senibina Ottoman, ianya mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti porselin, jubah,senjata, manuskrip kaligrafi dan mural serta khazanah berharga dan perhiasan diraja.

Di Istana ini juga menempatkan janggut Nabi Muhammad SAW serta pedang baginda, selain itu juga terdapat pedang, anak panah yang digunakan oleh para sahabat.

i)Topkapi Palace Museum.

 DSC_0356_Fotor

Jika ada air mata tumpah sepanjang kembara ini, maka di sinilah tempatnya.

Ketika memasuki ruang muzium ini, terdengar alunan bacaan Al Quran yang sungguh lembut dan lunak didengar. Ingatkan bacaan dari CD, tapi dari info yang kami perolehi, ianya bacaan secara live. Sambil melihat barangan yang dipamerkan, hati sangat tersentuh dengan bacaan Al Quran. Hati yang excited dan mula bertukar menjadi sayu.

Terpegun melihat khazanah berharga dan bersejarah dari zaman kesultanan Ottoman yang dipamerkan. Akhirnya sampai juga kami ke ruang pameran yang memang kami nanti-nantikan. Inilah yang ingin sangat kami lihat di muzium ini.

Terkedu seketika ketika mata mula tertumpu kepada barangan tinggalan Rasulullah SAW. Ada janggut Rasulullah yang tersimpan rapi, juga ada pedang baginda. Tiba-tiba hati terasa sangat sayu..airmata mula bergenang, perasaan yang sukar digambarkan.  Ya Allah..kami tidak pernah bertemu Rasulullah SAW, tapi ketika berpeluang melihat semua ini, hati kami tiba-tiba menjadi tersangat rindu. Selawat dan salam buat baginda, Rasulullah kesayangan kami semua, kami rindu walau tak pernah bertemu.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 

 DSC_0387_Fotor

Sayangnya dalam muzium ini, tidak dibenarkan mengambil gambar. Maka apa yang dilihat, hanya terpahat kemas dalam ingatan.   

 

ii)Topkapi Palace Museum Harem Apartment.

Merupakan istana kediaman kesultanan Ottoman sebelum berpindah ke istana baru, Dolmabahce berhampiran Bosphorus.

Suasana dalam ‘istana’ yang sempat dirakam. Asyik sangat melihat susunan mozek yang sangat cantik!. Bagai terasa aura kehidupan dalam istana.

DSC_0308 

20140402_140619

20140402_140749  

DSC_0317_Fotor

20140402_140956

DSC_0318_Fotor

DSC_0326_Fotor

DSC_0332_Fotor

DSC_0339

DSC_0340

 

20140402_140849
Tempat mengambil wudhu’


DSC_0316DSC_0331_Fotor     

 

Setelah penat menjelajah, bolehlah berehat sekejap ditaman yang penuh dengan bunga-bungaan ni, sangat cantik dan nyaman. Ummiross guling-guling ambil gambar,haha..untuk simpanan peribadi sahaja.

DSC_0352

20140402_145157

DSC_0375 

DSC_0369 

 

Atau boleh sahaja pekena secawan cay sambil menghadap Selat Bosphorus yang indah

DSC_0396 

Esok hari keempat kami di Istanbul, sebelum kami bertolak ke Cappadocia yang amat mempesona. Teruskan kembara bersama kami..

KEMBARA TURKI-ISTANBUL DAY 1

KEMBARA TURKI-ISTANBUL DAY 2

18 comments:

dear anies said...

best nyerr... mmg la da tingin nk tgk aya sophia tu...

err... ummi ada sggh tak pusara ahmad ammar?

ummiross said...

@Anies; Ada lalu Anies, tapi tak sempat singgah sebab suami nak solat Jumaat kat Masjid Eyub hr tu. InsyaAllah ada rezeki nanti, bolehlah Anies ke sana.

K.A. said...

teringin nak melawat.. tapi orang cakap europe kalau nak gi melawat belanja kasar jugak kan? Btw, teringat macam mana Kamal Attartuk bersubahat dengan tentera bersekutu jatuhkan sistem khilafah,..sistem Islam. Sedih..

Kayu Manis said...

indahnya pemandangan...

Nieda Ramly said...

banyak sungguh tempat bersejarah di Turki.

Nieda Ramly said...

banyak sungguh tempat bersejarah di Turki.

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.ummiRos

subhanallah..cantiknya... :))))
bawah tanah tu nmpk seram jgk..tp cantik!
tgk bunge2 tu.. tgk ukiran masjid tu..
indah...^^^

NzA said...

Cantiknya reka bentuk bangunan kat sana ummi...bila la dpt jejak kaki ke sana.

nhhas said...

subhanallah.... best nya...

kenapa umi tak curi2 ambik guna iphone... hehehe (tak senonoh huda ne ajar bukan2....haipppp)....

okay jeles sekali lagi... (*_*)...

teruskan update ummi.... tak sabar saya menanti....

sambil update sambil doakan saya dapat sampai yer (dgn Mr FH versi huda)...hehehehe...


Kakzakie Purvit said...

Apa yg pasti kagum dgn architecture bangunan mereka di sana Ummiross. Cantik sangat. Kalau jalan pun kakak rasa bukan pandang bawah dan tepi aje tapi atas bangunan pun cantik sama..

Menarik!! untunglah umi dah jejak sana.

lieyalatif said...

subhanallah..cantiknyeeeee.... terpegun lieya tgk...

kalo kat sane, bangunan2 nye mmg cantik2 kan...jadi daya penarik para pengunjung....

MumMe said...

tempat simpanan air tu first time mumme dgr, ni...good sharing,ummiross...penulisan ummi tntg tempat tertumpahnya air mata tu pun meresap ke dlm jiwa mumme...rinduuuuu

Anonymous said...

wah cantik2 picnyer ni. tq share yer

Ati Masrif said...

assalam,

ummi..cantik2 nya tempat2 di turki ye

paling best masjid tempat soalt jummat pertama di dirikan oleh sultan muhammdah al-fateh yg terkenal tu...wow..teringin nak pergi situ.
beliau sultan sgt hebat!


Bunda_nora said...

kebanyakan banguanan2nya besar2 dan megah... dengan marble dan mozeknyer nampak mewah sekali...

Amie said...

Setakat membaca catatan sejarah dalam buku memang tak cukup ye Ummi. Bila tengok sendiri kesan sejarah & tinggalannya barulah dapat memahaminya. Untungnya Ummi dapat mengembara dan mengumpul ilmu di dada.

Salmi said...

Beruntung Ummi dapat jalan2 meluaskan pandangan. Bila la agaknya dapat saya menjejakkan kaki ke sana.

Shin Chan Comel said...

bestnya...turki memang menarik...sejarah islam dan sahabat nabi tu yang menarik perhatian selain dari kecantikan negara tu


Entri Terbaru: Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City)