بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera dan salam kasih sayang…
Sambil menyiapkan entry ini, mata tidak putus menjeling kaca TV. Jarang sekali ummiross menonton TV disiang hari, tapi insiden kehilangan MH370 betul-betul terkesan dihati membuatkan perasaan ingin tahu perkembangan terkini begitu menebal. Antara sedih dan harapan, hanya doa yang mampu ummiross titipkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, semoga semua ahli keluarga kepada penumpang-penumpang MH370 terus tabah, tabah dan tabah..insyaAllah sama-sama kita teruskan berdoa. Moga usaha-usaha mencari dipermudahkan oleh Allah SWT.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Koleksi terkini kami batik sarong Sarawak yang sangat-sangat cantik, kebanyakannya bermotif etnik Pua Kumbu. Semua warna-warna catik menawan. Kain dihasilkan dari cotton spun, kain cotton berkualiti tinggi dan sangat lembut dan sejuk. Tampil menawan dan unik dengan motif etnik.
Jenis : Cotton spun (lembut)
Ukuran : 2m (belum berjahit)
Harga runcit : RM28
Harga borong : Sila hubungi ummiross.
Saranan : Bukan sahaja sesuai untuk sarong tetapi boleh dijadikan kain dipadankan dengan baju, dijadikan baju kurung atau blouse dan sangat sesuia dibuat pants, pallazo atau skirt labuh.
Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960.
BS084-COKLAT BS084-MERAH BS084-PURPLE
5 comments:
salam K.ummiross..
cantik coraknya.. :)
btl tu..cma jg mendoakan semoga semuanya selamat..
Cantiknya ummi...berkenan yg first tu...nti js wshap ye nti...busy plak skrg ni...hehe
Eeemmm cntik2 semuanya...
berkenan semuanya..
Yelah Ummiross kakak rasa sekarang ni ramai yg menonton tv semata-mata nak tengok lanjutan misi mencari MH370 itu.. Bersama kita berdoa.
Ummiross sambil belek kain yg cantik ini pun boleh jeling tv. Kakak siap alih sekejap monitor cctv buka channel tv..
menunggu ketibaan kain sy ;-)
Post a Comment