بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Tragedi MH370. Mendaratnya tanpa landasan. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sungguh tiap dari kita turut bersedih. Namun kesedihan, keperitan, kehilangan, kerinduan ahli keluarga penumpang dan crew sudah tentu tak terjangkau oleh rasa kita. Moga Allah SWT memberi kekuatan kepada mereka dalam menghadapi ujian yang sangat hebat ini. Moga Allah menggantikan dengan kebaikan dan pahala berganda atas kesabaran menghadapi ujian.
Salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan crew MH370. Untuk mangsa yang beragama Islam, sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah, moga mereka ditempatkan disisi orang-orang yang soleh dan beriman. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mereka…
Firman Allah SWT:
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (22) لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آَتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (23)
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Al Hadid: 22-23)
10 comments:
Sebak dada bila tgok tv dgn fatihah n ucapan takziah kpd family n crew MH370, I feel the pain!really feel the pain!
Walaupun semuanya masih misteri, tetapi kesedihan itu tetap ada...
Kerana semua kita tak punya apa. Apa juga yg ada adalah milikNya yg Khaliq. Hanya DIA yg maha mengetahui hakikat sebenarnya ummiross...
sedih..
PM sendiri sebak ketika mengumumkannya semalam...
bkn tak pernah baca/dengar berita ttg nahas pesawat...tp bila ia melibatkan MAS,walaupun crew serta penumpangnya tak dikenali..tp membaca dan mengikuti kes ni lbh 2 minggu..ia terasa amat dekat dihati...sukar dipercayai...
salam k.ummiros..
jawapan yg buat hati seluruh manusia tersentap..allahu..
hasbunallah wani'mal wakil :'(
semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yg dikasihiNya...sebak mengenangkan nasib keluarga,anak2 yg menanti kepulangan mereka...
Al fatehah dan salam tkziah semoga ahli keluarga diberi keuatan menghadapi ujian hebat ini..
Sedih dan sebak...jauh di sudut hati masih mengharapkan mereka kembali...
Hanya Allah yg Maha Mngetahui segalanya....
Takziah kpda keluarga mangsa..semoga mereka tabah hadapi segalanya ...
Firman Allah itu menyeru kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa bersederhana dalam segala hal.... iyaaaa... memang sedih, itu normal, tapi selalu kena ingat, di sebalik kesedihan itu ada khabar gembira juga daripada-Nya.
Post a Comment