بسم الله الرحمن الرحيم.
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Hujung minggu baru ni, kami berada di AVILLION Admiral Cove, Port Dickson. Mrhubby berkursus, seperti biasa ummiross tumpang ‘dua kaki’. Ketika tiba, PD berjerebu teruk, seperti juga di Putrajaya pada hari yang sama. Jadi banyak masa dihabiskan di bilik, merehatkan badan dan minda.
Ketika nak pulang, sempat juga snap sekeping dua gambar. Tempatnya cantik, mengadap laut membiru..oppps!! bukan membiru, air lautnya nampak kehijauan, sejuk mata memandang.
InsyaAllah jika berpeluang akan datang lagi. Masih belum puas menjelajah kerana ‘takutkan’ jerebu..hihi. Apapun semuanya ikhtiar sahaja, kuasa Allah mengatasi segalanya.
ps: Alhamdulillah hujan dah mula turun dibanyak tempat, terima kasih Allah kerana mendengar doa-doa kami semua. Kita sama-sama teruskan berdoa untuk MH370, semoga semuanya selamat pulang.
18 comments:
Assalamualaikum wbt...
yeay... ummi dah balik...
hm, best kan admiral cove ne... hehehe...
dapat bilik dalam bilik mengadap laut tak? hehehee....
macam dalam entri kte hari tu... hehehehe
Yeay, Ummi dah sampai PD. PD Avillion Admiral Cove ni memang cantik. Bilik2nya pun selesa kan. Saya suka. Makanan pun sedap juga. Kalau bulan Ramadhan, kami sekeluarga iftar di sini. Dekat dengan rumah dan makanan sedap. Suraunya besar dan selesa.
memang cantik gambar ummiross ambik ni..sejuk mata memandang
lamanya tak bercuti... rindu laut!
langit membiru..laut menghijau...pasti jiwa jd tennag menghayati keindahan alam..Subhanallah..
cantik pemandangan..kehijauan
kalu g pd just lalu je dpn avillion ni...
Lagi untung yg tumpang dua kaki org pergi meeting ummiross boleh sight-seeing. Cantik dan nyaman kelihatannya walau jerebu. Kakak rasa sekarang dah tak jerebu sebab hujan dah turun kan..
Ye... teruskan doa kita mohon diberikan petunjuk kemana perginya MH370 tu..
Salam Ummi Ross..cantiknya permandangan,klu g sana rasa takmo blk dah.hehe
Assalam.
Cantik tmptnya ummi
Baru lg kot kan
Salam Ummiros...
Cantik kan tempat tu, boleh rehat2 sambil tenangkan minda...
syukur cuaca dah dingin kembali...pokok2 yg dh kekuningan tempohari pun dah nampak segar bugar kembali...thank you Allah...
Subhanallah, cantiknya. Brtmbah cntik bila ummi yg snap pic tu. Syukur alhamdulillah, Allah maha pemurah lg penyayang....
tenang & damai je....bila tengok gambar2 tu....Ummi....
salam k.ummiros..
maha suci allah yg menciptakan sebaik2 kejadian..
cantiknye... rindu nk pegi tepi pantai n tgk langit cerah kaler biru..
alhamdulillah..kat tmn medan ni pun hujan mencurah2 dari petang sampai ke mlm..
tp jerebu masih degil nk hilangkan diri..
semoga allah memelihara kita
mmg menariklah kat sini !
cantik pemandangan kat avillion tu.. pernah buat tempahan untuk panel office saya.. tapi saya sendiri tak pernah lagi sampai ke situ.. ;)
cantik pemandangan kat avillion tu.. pernah buat tempahan untuk panel office saya.. tapi saya sendiri tak pernah lagi sampai ke situ.. ;)
Post a Comment