بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Bed and Breakfast di London. Penginapan dengan kadar sewa yang sangat berpatutan, kedudukan yang strategik dan suasana yang tenang. Hehe..ari ni nak tolong promote homestay sahabat ummiross di London, moga ada manafaatnya kepada yang memerlukan. Bed and breakfast ni diusahakan oleh kawan ummiross yang telah menetap di UK kerana bertemu jodoh dengan anak jati London.
Dua bilik di rumah mereka telah dijadikan bilik penginapan. Salah satu daripada bilik tu disediakan satu double bed dan boleh ditambah satu lagi single bed jika perlu. Tambahan single bed ni untuk kanak-kanak percuma je, tapi jika dewasa ada extra caj ye.
Bilik yang satu lagi pula mempunyai satu single bed. Jika mahu boleh juga ditambah satu lagi single bed. Jadi jika anda bercadang nak ke London samada untuk bercuti, berkursus, berkonvo dan lain-lain urusan dan dalam grup yang kecil bolehlah cuba menginap di sini.
Apa yang best menyewa di sini? Jom ummiross cerita part yang bestnya tu.
Rumah kawan ummiross ni terletak di New Malden dalam borough Kingston Upon Thames, kira salah satu bandar di raja juga ni. Macamana nak pergi ke New Malden dari airport?. Boleh naik bas dari Heathrow Airport, bus stop berdekatan dengan rumah kawan ummiross ni. Tambang dalam 2.40£. Jika nak pick up kat airport pun boleh tapi tu kira caj lain pulak lah kan..
Jarak dari rumah ke town di Kingston Upon Thames dalam 5 km je, dalam 10 minit jika berkereta, bas dalam 20 minit. Jadi selain dari menjelajah kota London, anda juga dapat menikmati keindahan Kingston Upon Thames, menyusuri Sungai Thames yang tenang dan cantik pemandangannya, dapat juga membeli belah sakan sebab kat sini pun ada shopping complex yang gah juga dan banyak tourist attraction disekitarnya. Jom tengok gambar-gambar masa ummiross pergi dulu, kasi teruja sikit, hikhik!!
Pagi-pagi sebelum naik train ke London, bolehlah jalan-jalan di Quarter Quay ni, menyusuri Sungai Thames, melihat sendiri suasana di bumi Ratu, sambil menghirup udara nyaman dan segar. Waktu ni, orang tempatan pun dah mula keluar, rushing nak ke tempat kerja ni, berjalan semua laju-laju, kita je santai-santai sambil memerhati.
Banyak shopping complex ternama kat sini, kira ni macam mini London, nak shopping apa boleh. Kat John Lewis ni pun macam-macam ada, kalau tak sempat shopping kat London, kat sini pun bolehlah habiskan duit, hehe.
Kat area ni pun ada pasar pagi, boleh beli buah-buahan segar terbaik dari ladang. Nak masak pun boleh, sayur-sayur pun fresh tu. Rakan kembara ummiross ni, rindu pulak rasanya.
Selain daripada tu, banyak sangat tourist attractions di Kingston Upon Thames ni. Gambar kat bawah ni adalah sekitar Hampton Court, kawan ummiross bawa kami jalan-jalan country sightseeing sebaik pulang dari London, masa ni musim sejuk, sebelah petang , tapi hari dah gelap. Gambar pun guna hp ciput je..
Jarak dari rumah kawan ummiross ni ke London dalam 22km, dekat je ni. Boleh naik train ke Waterloo station, London..ambil masa dalam 20 minit gitu. Dari Waterloo ni bolehlah menjelajah Kota London ‘sesedap rasa hati’. Beli je travel card, kos dalam £7.50, boleh gerak untuk semua zon. Ni yang best bila jalan sendiri, tak terikat sangat dengan masa. Boleh ikuti pengalaman kami dalam sesi redah dan terjah Kota London kat SINI atau pengalaman kedua kami di SINI.
Tayang gambar ‘makcik’ sendiri dan Mrhubby hari ni, nak promote Bed and Breakfast kawan punya pasal, kongsilah gambar kami sekali-sekala. Dah cari gambar kat Waterloo yang takde muka ‘makcik dan pakcik’…takde nok, redha je le.Ni masa makcik dan pakcik kat Waterloo station. Hehe…seronok abih dapat menjejak kan kaki ke London buat pertama kali, maklumlah den ni bukanlah kayo sangat, pecah tabung bagai nak melancong, hihihi…tak taulah tabung haji ke tabung ayam penyet ke... moral of the story, rajin-rajinlah menabung!!! :)
Mrhubby and me..’makcik dan pakcik’ yang riang ria nak mulakan kembara.
Bagi peminat pinggan mangkuk Royal Albert, jangan lepaskan peluang cuci poket, paling kurang pun cuci mata kat sini.
Bagi yang tak minat membeli-belah, bolehlah habiskan masa melawat tempat-tempat menarik di London dan sekitarnya sambil posing sakan. Ummiross kalau berjalan suka tengok tempat orang, membeli-belah agenda kedua, kadang-kadang tak masuk agenda pun, cukuplah sekadar membeli sikit-sikit sebagai tanda ingatan.
Last but not least, ada breakfast, halalan toyyiban, halal lagi baik. Perut dah kenyang baru seronok memulakan perjalanan kan.
Best kan kalau dapat menginap di sini, pakej penginanapan 2 in 1. Dapat melancong ke London dengan kos penginapan berpatutan dan dapat juga melihat suasana pinggiran Kota London dan sekitar bandar Kingston Upon Thames yang cantik dan tenang.
Untuk maklumat dan kos penginapan sila whatsapp sahaja kepada:
Puan Rosilah +44 7788 553649
27 comments:
Salam ummi,
mana tau..kan satu hari nanti nak jejak kaki jUga kat sana..bolehlah intai kat blog ummi ni.
kat london ada saudara belh suami menetap disana kwin dgn org sana..imam, salah satu masjid kat sana..enth le pa nama tmpatnya.rumah dialah jadi sasaran, bila nak ke sana..
terima mkasih ummi..insya allah ada rezeki sy ke london nnt, sy refer kt blog ummi je la ye ;-)
Baca n3 ummi ni tetiba brkobar2 nk p london ...kena menabung ni...insyaallah kalu duit dh ckup nza calling2 ummi...
Entah bilalah kakak boleh sampai Ummiross. Buat masa ini tak ada langsung dlm planning. Tengok gambar ummiross ajelah:)
waa bestnyer kalo dapat kesini...simpan angan2 dulu la ni...
Assalamualaikum Ummiross
saya minat dgn negeri orang putih tu...masaalahnya mereka tak reti cakap saya...he he
singgah jgk kejap cuti2 ni !
Ummiiiiii....
nak ikot...
jom pergi lagi ummi...
jom lah jom lah....
pls pls pls...
((sambil buat muka kesian))...
hehehehe...
p/s: Ummi dah sihat?
Insyaallah js ke sna next week...kebetulan ank saudara ada kt sna....maybe next time blhlah stay kt kwn ummi tu...hihi
Saya nak pecahkan tabung ayam penyetlah Ummi.... ha hahah nak kira syiling nak gi London ...nak cuci mata tengok koleksi Royal Albert tu huhuhuuuuu.
sangat menarik percutian ummi di sana.. bila la agaknya aiza boleh sampai sana.. hehe..
salam kak,
syoknya cuti2 London?
psst....apa rahsia akak menten cantekkkk?
Assalam ummiros
Dlm angan2 je nk g London ni he hee
Entah bila dpt jejak
salam ummi..wahh! bestnya ummi ke London yer..tipsadvisor yg bagus ni..
saya suka tengok view sg Themes tu..
LONDON!!!! aaaaaaaaa...nak pi sgt2. entah sapelah yang nak bawak kita? sob sob
Salam ummiross..jauh 'makan angin' yer..Alhamdulilahhh,rezeki.
Doakn atie sampai gak yer... :)
Assalamualaikum ummi ross
mg entry ini membantu rakan rakan kita yg akakn ke landon
pertama kali tgk gambar ummi..selama ni mcm dok malu2 kucing ja hehe...
pinggan mangkuk tu...geramnya tgk...cantik sesangat,tentu harganya pun cantik..
InsyaAllah akan sampai 1 hari nanti sbb mmg impian nak ke sana. Dulu turned down offer further studies sbb nak kahwin hehe
Intan ada kawan yg buat bed & breakfast gak di liverpool:)
Teringin sangat nak pergi sana...
Memang kena menabung ni.....p
Nampak meriah dan cantik sekali gambar2 tu...ntah bila lah bunda bolih sampai kesana....belum termimpi lagi...Malaysia pun tak abis jelajah lagi... hehe :)
Nak jln London entah bila Ummiross. Jalan sini jadilah...
salam k.ummiross..
alahai..cuci2 mata cma tgk pic2 yg cantik ni..
bilalah agaknya dapat jejak ke london?.. huhu..
thanks for sharing tau kak.
Salam..saya mencari penginapan di liverpool..bole bantu?email ezira17@gmail.com.
T kasih.
Salam..saya mencari penginapan di liverpool.bole bantu?email ke ezira17@gmail.com
@mommykaseh;
Wassalam mommykaseh, maaf lambat reply, ummi bercuti lama, tak buka blog. Kalau kat liverpool akak tak tau,kawan akak kat London. Nanti akak email ye..
Post a Comment