Saturday, November 9, 2013

PIIACuF 2013 MERIAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ini cerita Selasa lepas, cuti Maal Hijrah. Semasa menonton rancangan Assalamualaikum TV AlHijrah, baru tau ada event di Precint 3 iaitu ‘The Putrajaya International Islamic Arts and Cultural Festival (PIIACuF 2013)’, bermula dari 1-10hb November. Temanya pula “From Andalusia to Putrajaya”. Excited juga bila sebut Andalusia ni. Spain antara tempat yang ummiross menyimpan impian nak pergi sebab nak tengok kesan peninggalan sejarah kegemilangan Islam yang sangat hebat di benua Eropah..

Jadi sebelum menggapai impian yang entah kesampaian ke tidak, baiklah ummiross ke PIIACuF 2013 dulu. kat dalam ni lah pameran diadakan. Sorry takde gambar-gambar pameran kat sini, agak sesak dengan orang ramai.

IMG_8972

 

Pengacara Amie Sofea bersama adik-adik di Pentas 3, Dataran Perbandaran Putrajaya, Presint 3. Adik-adik mesti suka ni, ada maskot Ara dan Aris lagi, macam comel je, macam comel je..

IMG_8966 

 

Pertunjukan kebudayaan, dari mana? tak tau pula, sebab tengok sambil lalu je. 

 IMG_8980

 

Jualan jubah dan tudung pun meriah. Yang kat bawah ni booth Al Munawwarah, cantik-cantik jubah, t-shirt labuh dan tudungnya. Tergoda juga dibuatnya. Akhirnya suruh anak dan suami balik dulu, umminya ni nak cari jubah dan tudung, hehe..shopping sorang-sorang baru best, kalau ada yang menunggu, tentu tak boleh berlama-lama.

 IMG_9078 IMG_8965

 

Negara yang mengambil bahagian di tapak pameran. Sorrylah gambar tak banyak, rasa segan pula asyik nak ambil gambar.

IMG_8982

 

Dah penat berjalan, kalau lapar, boleh singgah menjamu selera.

 IMG_8969

IMG_8970

Esok ada sehari lagi PIIACuF 2013 ni, kalau berminat bolehlah jenguk ye, ummiross sekadar berkongsi info. Baru balik bercuti semalam, hari minggu pula, mood menulis merudum, jadi tulis ringkas-ringkas je ye, janji dapat berkongsi info.

Wassalam.

12 comments:

MulutPayau said...

Seronokkan ummi dapat ke pameran mcm ni..boleh tambah pengetahuan dan dapat juga menjamu mata..
Dapat soping jugak tu..hihihi

Kayu Manis said...

jauh berjln luas pandangan dn pengetahuan ummi.

boleh juga bwa anak2 jln2 nti..kalau ada masa heehe..

dear anies said...

Kalu tau / dkt pasti sy sggh...

NzA said...

Nmpk mcm best je ummi.

Amie said...

Ummi,
saya pun rasa tak selesa kalau tengah shopping ada yang menunggu... bila Ummi nak ke Spain tu

nhhas said...

assalamualaikum wbt...
waaahhh ummi pun pergi ea? hehehe...
kita balik kampung, tak sempat pergi. dok tengok banner & bunting sepanjang perjalanan dari opis ke rumah... tergoda betul nak pergi. yerlah, nak sampai spain tak sampai2 lagi.
Ummi, jom pergi spain n turki...heheheeee

Kakzakie Purvit said...

Untung mereka yg tinggal berdekatan Ummiross. Dapat pergi sambil membeli mana yg berkenan. Ummiross mesti beli jubah dan tudung yg cantik-cantik tu kan:)

yan's cottage said...

As salam Ummi....

meriah je nampaknya....rugi tak pegi nie.....

RedRose said...

boleh tahan meriah kan Ummi. macam2 ada nampaknya. siap ada persembahan tarian youuuuuu. tapi tgk pameran mcm ni tak sama dgn pegi to da real country. Spain is also in one of my vacation wishlist. Tapi entah bila boleh jejak kaki kesana pun xtau lah Ummi....huhuhu

Anonymous said...

menarik tu, KA x sempat nak g jgklah !

OKje said...

Tak pergi pun UR...nampak mcm byk baju je tu....macam best je...macam best je hehe...
Betul UR...shopping ni tak boleh gi dengan org yg suka menunggu...kena pergi org yg suka shopping gak hehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam Ummiross..

huhu..cma tak pegi pun event ni.. tahu pun dari akak..
seronok bila dpt g event2 mcm ni kan :)