بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
Ummiross ni kalau Teluk Bidara atau Tanjung Jara, memang dah biasa sangat. Pagi minggu kami suka berjogging sepanjang pantai, menghirup udara segar dan nyaman sambil melihat matahari terbit. Itu cerita dulu-dulu, semasa kami di Dungun, Terengganu.
Baru-baru ni bila Mrhubby ajak ke Tanjung Bidara, ummiross memang excited sebab memang tak pernah lagi ke sana. Boleh tanya pula kat mana tu, bunyinya macam Teluk Bidara je.
Kami menginap dua malam di Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka. Haa..kat Melaka rupanya ye, taklah jauh dari KL kan. Memang sesuai untuk percutian hujung minggu. Terdapat banyak chalet sepanjang pantai Tanjung Bidara ni, pilihlah yang mana suka.
Waa..seronoknya berdiri mengadap Selat Melaka, selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Tumpang bangga walaupun ummiross bukan orang Melaka. Teringat si cantik Anies, orang Melaka, bilalah dapat lepak sama-sama ye.
Dari kejauhan, nampak berbalam berpuluh-puluh kapal, amazing, baru first time tengok selat yang sibuk macam ni kan, selama ni asyik baca dari buku je.
Ombak tak besar, insyaAllah sesuai untuk bermandi-manda.
Subhanallah, memang cantik pantai Tanjung Bidara ni. Kalau macam ni, bolehlah datang lagi jika nak bersantai dihujung minggu, kalau tak nak tidur, boleh pergi berkelah je, bawa makanan siap-siap.
Hari ke-2, kami keluar jalan-jalan cari makan. Cantik pula view bot-bot nelayan di terusan ni.
Apalagi yang dicari, kalau bukan seafood. Check kat foursquare, kami end up kat sini, Restoran Terapung, Kuala Sungai Baru.
Pilih-pilih..semuanya fresh dari lautan, cakap je nak masak apa. Ketam tu yang paling best, Ketam Masak Tiga Rasa, yang sedap..ketam tu sendiri, manis dan sangat fresh!, jadi masak apa pun tak kisah.
Hari menjelang petang, jom beredar pulang. Diperjalanan, sempat juga merakam gambar matahari terbenam, sayang gambar tak berapa cantik, guna kamera telefon je, tertinggal pula kamera di chalet masa nak keluar tadi.
Jalan-jalan bukan sebarang jalan-jalan, jalan melihat bukti kebesaran dan indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Subhanallah..walhamdulillah.
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)
Wassalam…
24 comments:
assalamualaikum wbt.
okay ummi, gambar last tu boleh bagi kita jeles.
hehehe...
Wah bestnya jln2...tak tahu nak cuti kt mana cuti2 sekolah ni...nak mcm best je..tanjung bidara ni..
suka sgt gambar second last tu ummiross...mcm pro shot ummi...
kat melaka mmg best lah Ummi !
tak pernah sampai lg ke Melaka..walaupun anak bujang,suami dah kesana...
Cantinya gambar2 Umi...memandang benda2 cantik pun dapat pahala ye Umi.
Boleh rancang percutian sempena cuti sekolah ni ke sana. Idea bagus jugak tu.
subhanallah.. cantiknya pemandangan matahari terbenam tu.. dah lama aiza tak ke pantai begitu..
amboi Ummi...i is jeles okeyh! kita nak keluar entry pasal vacation setahun pun blom tentu sekali tau. dapat hadam agmbo aje la...huhuhuhu
saya yang orang melaka pun dah lame tak pg tanjung bidara..heheh
Subhannallah...cantiknya gambr2 yg ummi amk nie..
SubhanAllah cantiknya gambar2 yang ummi rakam.
Dulu kak Zai selalu ke sini.
salam Ummi....
wow...bestnya Ummi....cantik laut dia kan....ada ketenangan di situ....
td mula2 igtkan Tg Jara kat dungun...
wow..sungguh mempersonakan permandangan tp pantai.. dgn cahaya matahari terbenam.. indahnyer ciptaan Ilahi
cantik sungguh pemandangannyer.... sejuk mata memandang...
subhanallah.. cantiknya ummi... bila la agaknya dpt deqla ke tmpt mcm ni.. dah lama x merasa dok kat pantai.. syoklah..
ummi.. apa2 perkembangan Momon nanti deqla bgtau yer.. ummi ada fb x?
Assalamualaikum ummi. Subhanallah suka sunset tu:) Cantik tg bidara skrg. Pernah sekali je ke sana 20 thn yg dulu huhu
cantik2 hasil tangkapan Ummi.. sy pula nak ke Pengkalan Balak cuti sekolah nanti, tak jauh dari situ rasanya... mengikut pilihan Azim yang hendak ke sana
UR ni asyik berjalan jer tau... kita nak ikut boleh? Hehe...
Okje pun boleh dikatakan tak pernah gi Tg Bidara....dah cantik sekarang tempat diakan UR
Subhanallah ummiross cantiknya gambar-gambar yg dicaptured dan yg melelehkan kakak tu makanannya hihi..
Kakak tak pernah sampai Tg Bidara ni tau.. cantik betullah..
Wow, tangkap gmbar guna h.phone pn dh tramat cntik...
Lama dh xsinggah sini sejak ank2 dara dh besar asyik menghala ke shopping jelh...aduyai.
indah sungguh kak. sy suka tengok laut (^^) mgkn sebab sy duduk tgh2 sbh. if turun kk baru nampak laut. tertarik dengan hadis tu..
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)
subhanallah, benar belaka :')
salam Ummiros..
cma yg dekat ngan melaka ni pun tak jejak2 lagi.. eheh*malu*
maha suci allah..cantik s ungguh pemandangan.. mcm dah terbau2 bau laut..dah la cma teringin nk kelaut.. cuci mata tgk pic akak je dulu :)
da berkurun rs nyer x ke sini..pd hal rumah mak cik dkt je kt tnjg bidara ni
melaka boleh la pergi ..bestnya bgn pagi dan jogging
Post a Comment