بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Salam rindu-rinduan semua, mmuah3x!!!. Semoga semuanya sihat wal’afiat.
Alhamdulillah…Ummiross selamat tiba di KLIA hari Rabu lepas, disambut oleh dua anak bujang trang tang-tang. Hari Sabtu tu kami sekeluarga pulang ke kampung, menjenguk MIL yang kurang sihat. Balik dari Terengganu, Mr Hubby dah mula demam-demam manja gitu. Walaupun teringin nak menulis dan menyapa kawan-kawan di blog, tapi badan yang kepenatan menuntut untuk berehat beberapa hari lagi. Dalam masa yang sama order borong dan runcit juga perlu diurus segera setelah hampir 2 minggu tidak berurusniaga.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kembara kami di bumi Eropah berjalan lancar, selamat pergi dan selamat kembali. Terima kasih juga atas doa rakan-rakan semua. Percutian kali ini agak berlainan sedikit. Kami memilih untuk mengikuti TRIP KEKAWAN kerana tertarik dengan konsep memandu sendiri sambil singgah ditempat-tempt menarik di sepanjang perjalanan di tujuh negara Eropah iaitu Perancis, Switzerland, German, Luxembourg, Amsterdam, Belgium dan United Kingdom. Terima kasih saudara Zikri dan isteri, orang kuat Trip Kekawan, ‘cool’ je orangnya, sangat senang berurusan.
Namun pemanduan di sebelah kiri ternyata menjadi cabaran besar bagi kami. Dikesempatan ini, kami suami isteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kembara kami saudara Jaz yang menerajui pemanduan beribu kilometer di bumi Eropah dengan jaya dan bergaya. Terima kasih juga buat isteri beliau, Ina yang sentiasa ceria.
Rakan kembara yang ceria sokmo, kami menumpang semangat orang muda.
Untuk trip ni, tiket penerbangan kena beli sendiri, sebab pihak penganjur hanya menguruskan ground arrangement. Jadi bolehlah pergi awal sedikit jika mahu dan pilih tarikh yang harga tiketnya agak murah. Mr Hubby booking tiket semasa MAS buat offer dan dapat tiket RM5956 untuk berdua, pergi dan balik. Kira ok juga harga tu kan, tapi ada kawan-kawan yang dapat harga tiket yang lagi menarik. Pandai-pandailah pilih syarikat penerbangan dan grab offer yang ditawarkan.
Kami tiba di Charles De Gaulles Airport, France lebih kurang pukul 6.30 pagi. Pemandu dari syarikat yang menyediakan “Airport transfer services” sudah siap menunggu. Perjalanan dari CDG Airport ke hotel penginapan mengambil masa lebihkurang setengah jam. .
Olehkerana masih awal dan tak dapat nak check-in lagi, kami memutuskan untuk ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan terlebih dahulu. Setelah menguruskan penyimpanan beg, kami bergerak ke train station, jalan kaki sikit je dari hotel. Gambar kat atas adalah laluan kami ke train station. Cuaca pun sejuk dan nyaman, kadang-kadang sampai tahap menggigil juga.
Olehkerana pernah ke Paris sebelum ni, adalah sikit pengalaman dan idea nak bergerak ke mana. Boleh baca N3 kami di Paris kali pertama di SINI. Tapi bab nak naik train ni masih juga confuse, tambahan kalau kena tukar train. Jangan takut mencuba, jangan malu bertanya, itu je petuanya.
Yeahhh!!, sebelum bergerak jauh, singgah di Eiffel Tower dulu, mercu tanda Kota Paris yang sentiasa menjadi tumpuan. Kegemaran ummiross, merakam suasana, tak kisahlah gambar tak professional, asal ada untuk tatapan bersama. Lelaki berkulit hitam di penjuru gambar dengan jualan replika Eiffel Tower adalah sebahagian fenomena biasa di sini. Bagusnya walaupun mereka mendekati kita, tapi bila kita menolak, mereka akan berlalu, tidak mendesak sampai kita naik rimas. Hehe..boleh cakap Melayu lagi sepatah dua, “Murah..murah.., 1 Euro, lima…. “.
Taman-taman disekitar Eiffel Tower, sejuk mata memandang.
Jika mahu, boleh join River Cruise, menyusuri Sungai Seine sambil menikmati pemandangan indah dan bangunan-bangunan bersejarah di sepangang tebing sungai. Tiket boleh dibeli secara online atau boleh juga dibeli di kaunter tiket.
Jika masih larat, bolehlah menapak di lorong-lorong/jalan sekitar Eiffel Tower, banyak kedai cenderahati di kawasan ni. Ummiross ada beli cenderahati untuk rakan-rakan yang kerap singgah di sini, kira-kira untuk top 10 commenter di blog Salamborneo ni. InsyaAllah nanti ummiross akan bagitau ye.
Gambar-gambar di atas, ummiross ambil pada hari yang berlainan sebenarnya. Hari pertama, tidak banyak gambar yang dapat diambil, hujan turun setelah beberapa ketika kami tiba.
Badan penat, perut pun dah lapar. Kami menaiki train ke La Grande Mosquée de Paris. Jika nak bersolat tentu lebih selesa solat di masjid. Jika tiada pilihan, solatlah di mana-mana yang sesuai, berjalan-jalan juga, solat kena jaga.
Akhirnya, makan time!!. Kami singgah di Café de la Mosquée de Paris yang terletak dalam persekitaran masjid Paris ni, makan couscous, bersama daging ayam dan kambing. Cafe ni menyediakan makanan halal, jika nak makan yang ringan-ringan, boleh je pilih pelbagai pastries Arab. Untuk hidangan yang lebih berat ada menu North Africa seperti couscous, tagine dan lain-lain. Kalau convert duit kita memang agak mahal, tapi sekali-sekala bila berjalan, tak boleh nak berkira sangat pasal makan, lapaaar kita jadinya! Cumanya agak tidak selesa makan di sini ni, suasananya agak sesak. Tak dibenar mengambil gambar. Gambaran couscous dan daging kambing besar ‘gedabak’ hanya kekal terakam dikotak minda.
Selesai makan, kami pulang untuk check-in di hotel penginapan, Ibis Budget Hotel, Pantin. Masa untuk berehat dan beradu. Esok kaki akan melangkah lagi..
35 comments:
Seronok dapat melihat negara orang... bilalah kami dapat peluang kesana...
salam..
wahhh...selamat kembali ke tanah air hehe...
banyaknya gambar cantik utk ditatapi...
saya ni bila la ada rezeki ke tempat org hehe
alamat saya masih sama..:)
belum berpindah rumah lagi hehe
alhamdulillah dah selamat kembali.. !
Ummi.cantik2nya gambar..alhamdulillah dapat ummi melalui pengalaman kembara menaiki kereta.oh ye betul ummi alamat acik masih sama
tq berkongsi cerita dan gambar ummi....seronok sangat
Bestnya Ummi...ntah bila dpt ke sana... Cantik2 gambar dlm nie... :)
waduhhh patut la org kata paris ni kota romantik...tgk2 pic pon da terasa nk beromantika kat sn..tp bla ya ummi? ;-)
Salam rindu Ummiross:)
Kakak belum baca habis tapi sebab ada tel. call (kat office ni)pulak kakak berhenti dulu, malam ini anak pergi tuisyen kakak baca lagi
Welcome back!!
RINDU ummi....huhuhu...
Wah bestnya...xsabar nk tunggu kisah seterusnya...bilalh agaknya nza dpt ke sana.....
salam kak.....seronoknya dapat pergi negara org....jauh perjalanan luas pemandangan.tumpang pengalaman akak..:)
Anak dara kecik kakak dah tidur, kakak boleh teringat ummiross dan dah habis baca barulah syok nak komen:)
Hari pertama mestilah penat, hujan rahmat pun bagaikan merai kunjungan. Seronoknya kakak membaca bagaikan kakak ikut sama.
Gambar-gambar pun macam boleh buat kalendar cantik sungguh. Kira tak sia-sia walau pergi bukan dgn tour agent. Kakak tunggu next N3:)
bestnyaaa...teringin gak la nk ke Paris
waaa kak bestnya pi parisss...
gambo Eiffel Tower tu kemain lawo teringin gak nak kesini...tapi entah biler la kan...
Assalam Ummi....
wah bestnya percutian Ummi kali nie...mengembara di bumi Eropah yg sangat cantik lagi tu....
p/s Ummi...Yan dah Email alamatnya tq Ummi...
Assalamualaikum Ummiross
Alhamdulillah
dah selamat sampai ke tanah air
moga semuanya sihat sediakala
alhamdulillah ummiross dah selamat kembali.tentulah memandu sendiri pengalaman lebih menarik,adventurous ...kena tune balik drive sebelah kanan ni,ummi.
rindunye nk baca entry sis..
dh balik rupanya..
nti citer lagi ye maybe suatu hari nti js plak nk tour cam sis..hahaa
thanks ye sis for souvenior..tak sangka ada gak buah tangan utk js..
saya tak tahu pun ummi pi melancong..hehe..selamat kembali ya.. :) cuci mata tengok kejap..heehe
bestnya ummie , jalan jauh ...
Alhamdulillah... Ummi dah sampai dengan selamatnya. Sepi rasanya dapur bila Ummie tak bertandang he he ehhh.
Amie ingat lagi ada beberapa kali Amie baca entri Ummi ke Paris (masa tu Ummi masih di Kuching - mungkin 2 tahun lepas), kalau tak silap ada Amie tulis komen tentang keinginan Amie nak ikut Ummi ke Paris ...
Salam ummi..
seronoknya membaca ttg pengembaraan ummi.. terasa segar melihat keindahan dalam setiap gambar yg ummi kongsikan.. Alhamdulillah.. ada rezeki utk kami sekeluarga mendapat ole2 dari sana.. terima kasih banyak ummi atas ingatan..
Kakak dtg menjenguk mana tahu ada sambungan... busy dgn business ye Ummiross yelah dah nak puasa ni settle sebelum puasa senang:)
Seronoknya ummi....
Dapat menatap gambar pun jadilah....
P/s..alamat saya mcm dulu jugak ummi...
bila la ina dpt jln2 benua eropah ni ye...angan2 je la kot heheh.syok tgk gmbar2 di sana
SELAMAT KEMBALI..
@ Kazman/Sue;
InsyaAllah satu hari nanti sampai tu.
@❤Kamsiah❤;
Wassalam Kam.
InsyaAllah, sampai juga nanti tu Kam. Kam..ummi dah pos ye.
@Kesuma Angsana;
Terima kasih KA.
@Acik Erna;
Hehe..Acik, gambar tak pro, pakai snap je Acik. Acik..ummi dah pos ye.
@izan mama mia;
Sama2 izan. Tq juga sudi baca.
@Khai♥Rin : anies;
Anies..orang muda harus berhoneymoon di sana,romantika de amor.
@Kakzakie;
Salam rindu juga Kakzakie
Hehe..terima kasih kak sudi singgah dulu.Kakzakie..ummi dah pos ye.
@NzA;
Rinduuuu NzA juga.
InsyaAllah, nanti ajak abang honeymoon ye.
@Aishah Jahirah;
Alhamdulillah, ummi doakan Aishah pun dapat ke sana juga nanti.
@Kakzakie;
Terima kasih Kakzakie sudi baca perkongsian ummi ni. Gambar tu,ummi hentam snap je kak, agaknya memang view dah cantik, jadilah gambar tu sesedap mata memandang, hehe.Yelah Kak..ok juga pergi macam ni, kita bebas bergerak ikut perancangan kita sendiri.
@khairul hassan;
Hari tu dah pergi German kan. InsyaAllah lepas ni Paris pula ye Khairul.
@lizz;
InsyaAllah lizz, satu hari nanti sampai tu.
@yan's cottage;
Wassalam Yan.Alhamdulillah, kembara sambil melihat kebesaran Allah Yan. Ok Yan, ummi dah pos ye.
@atuk;
Wassalam Atuk.
Alhamdulillah, dah hilang penat dah ni atuk.Terima kasih.
@MumMe;
Alhamdulillah, rindu MumMe.
Seronok MumMe, memang adventurous.
Hehe..kawan yang banyak memandu tu MumMe, kami penumpang je.
@Jemarisuri;
Selamat bertemu kembali JS. Boleh JS, ajak abang honeymoon tahun depan.Sama2 JS, ummi dah pos ye.
@Nana Liena;
minggu je nana, terima kasih ye.
@puanbee;
Alhamdulillah, sekali-sekala Bee.
@Amie;
Hehe..Amie,ummi pun rindu nak singgah dapur Amie yang selalu berasap tu, sedap2 pula tu.
Yelah Amie..masa tu ummi di sarawak lagi kan,nanti ajak Firdaus ikut sekali ye.
@Hanis Azla;
Wassalam Hanis. Alhamdulillah,nanti ajak darling honeymoon sana ye, mana tau ada idea buat novel ni Hanis. Sama2 Hanis, Hanis pun selalu jemput ummi bila ada kenduri, tqvm dear.
@Kakzakie;
hehe ye Kakzakie,balik ni ada order borong yang nak diurus, ambik masa sikit.Tak sempat nak buat n3 lagi.
@MulutPayau;
Alhamdulillah, tq MP sudi baca. MP pun boleh sangat kalau nak pergi ni, ajak abang ye.
@inazamri;
hehe..ummi pun berangan juga dulu ina, insyaAllah ina, sampai nanti tu.
@BUNDA a.k.a KN;
Terima kasih Bunda.
bole cakap melayu? bagus jugk yer.. hopefully sy akan smpai ke sana jugak suatu hari nnti.
@nea lopah;
hehe sepatah dua tu je nea, agaknya sebab ramai sangat pelancong Malaysia atau Indonesia ke Paris.
InsyaAllah Nea, ummi pun anak2 dah besar baru dapat berjalan jauh.
Wah bestnya dapat Jejalan kat Paris... Bila la agaknya M dapat jejalan kat sana...
Tumpang gembira mendengar cerita teman-teman....dapat baca jadiklahkan...huhu
salam kenal... dari blog kak zakie :)
assalamualaikum ummi.. hihi.. singgah sini dari blog kak izan & kak zakie.. wahh bestnye ke paris.. ;)
salam ummiross...
huhuhu..cantiknya kota paris..
teringin nk jejaj ke sana :)
Assalamualaikum Yong, kuat Yong berjalan.jalan ni, bagus-bagus! Cantik Paris dgn taman-tamannya! Terima kasih kongsi gambor2!
Seronoknya Ummi. Cantik-cantik pemandangan yang Ummi kongsikan..
Post a Comment