Tuesday, March 5, 2013

PAYUNG RINDU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Dapat tengok payung di Masjid Nabawi pun jadilah kan..cukup untuk membangkitkan nostalgia, seribu rasa seribu cerita. Kenangan dan pengalaman kita mungkin serupa tapi tak sama, yang penting tiap dari kita mencari redhaNya, mengimpikan syurgaNya. Moga redup payung ini turut menjadi saksi bagi setiap langkahan kaki menuju ruang solat di dalam Masjid Nabi atau saat menuju Raudhah dan menziarahi baginda Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ).

Biarlah kita terus merindu, kerana bagi ummiross rindu bumi Mekah dan Madinah adalah satu anugerah. Manifestasikan rindu itu dengan segala amal kebaikan, berpandukan Al Quran dan juga sunnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!”    [Muhammad 47:33].

 

IMG_3168

 

IMG_3149

 

IMG_3165

 

IMG_3171

 

IMG_3178

 

IMG_3193

 

IMG_3201

 

Salawat dan salam buat baginda Rasululluh (صلى الله عليه وسلم )…

images

 

PS: Al Fatihah buat perwira negara yang gugur di Lahad Datu Sabah. Moga kemelut di sana dapat diselesaikan dengan segera.

17 comments:

Kamsiah yusoff said...

Subhanallah...sesungguhnya diri terasa kerdil,terasa daif...

Anonymous said...

subhanallah......... tq share with us yer

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ambil gambar payung Masjid Nabawi ini. Suka sebab mengimbau nostalgia kita ketika di sana kan ummiross. Terasa nyamannya Allah saya yg tahu.

yan's cottage said...

masa yan pergi dulu...payung2 nie..belum ada....nampak cantik sangat kan...?

MulutPayau said...

Subhanallah...cantiknya!!! tempat ni mmng mnggamit memori...sama macam Yan, masa Mp pergi dulu, payung ni belum ada lagi....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Masa kami pergi, payung2 ni belum ada lagi. Sayu hati tiap kali nampak gambar2 Tanah Suci.. menggamit memory bersama bapa mertua yg baru meninggal bulan lepas.

Shaiful Zaidi said...

cantik payung tu..ummiros baru balik umrah ke ? saya belum pernah sampai ke sana.

ummiross said...

@Kamsiah;

Sayu dan syahdu je rasa kan Kam bila dapat tengok gambar2 suasana di sana.

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Sama2 KA..

ummiross said...

@Kakzakie;

Ye kan Kakzakie, dapat tengok gambar pun terubat rindu.

ummiross said...

@ yan's cottage;

Ye Yan, cantik bila dibuka semua, redup untuk berteduh juga.

ummiross said...

@MulutPayau;

Ummi masa kali pertama pergi, payung ni pun takde lagi MP. InsyaAllah, moga MP dijemput menjadi tetamuNya lagi.

ummiross said...

@Miss Mirror a.k.a Sam;

Setiap dari kita mempunyai memori tersendiri, memang menggamit kenangan dan syahdu setiap kali menatap gambar2 disana.
Moga arwah bapa mertua Miss Mirror a.k.a Sam ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Al Fatihah.

ummiross said...

@Shaiful Zaidi;

Umrah bulan Ramadhan tahun lepas Shaiful, banyak2 gambar2, bila terasa rindu, terus buat entry, hehe..

NzA said...

rindu sgt2 nak kesana......

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Subhanallah ummi...cantiknya tempat ni

ummiross said...

@NzA & Waniey's;

Memang rindu kan, dapatbtengok gambar suasana di sana pun dah rasa seronok sangat.