بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Semenjak dari kecil dah biasa dengar nama Bukit Malawati ni, sinonim dengan tempat melihat anak bulan. Selalu teruja bila diumum tarikh melihat anak bulan, maknanya dah nak puasa dan kemudian seronok pula untuk beraya. Dah tua-tua baru berkesempatan menjejak kaki ke sini. Haish!!, nostalgia betul, bila dah jejak kaki ke sini, tak sabar-sabar pula rasanya nak tunggu Ramadhan datang lagi (ps; tentu sekali nak berpuasa tak perlu tunggu Ramadhan, puasa sunat elok diamalkan, tapi keseronokan dan keistimewaan puasa Ramadhan pasti lebih terasa).
Memang cantik view atas bukit ni, dah ramai yang tulis.
Jadi kita layan jelah aksi-aksi kera yang mesra di sana, dari lensa kamera ummiross yang tak seberapa…
Hehe..kebetulan, sidia ni menyambut kedatangan kami.
Heroin: “Majuk ni, cepatlah pujuk.” Hero: “Ada aku kesah!”.
KASIH SAYANG.
Kasih ibu kera, kasih bapa kera, kasih anak kera, touching kan…
SENJA KERA
Hohooo…takmo, takmo..takmo jadi macam senja kera, melangup dan berlalu lagi satu hari dengan sia-sia. Kami tinggalkan Bukit Malawati ketika senja mula bertandang. Alhamdulillah sempat solat maghrib di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor yang tersergam indah. Melancong..melancong jugak, jangan sampai melencong.
InsyaAllah, nama Bukit Malawati akan kedengaran lagi menjelang Ramadhan nanti. Moga panjang umur kita semua….aamiin!.
46 comments:
salam ummi..
wah ke kuala selangor ya.. tak tgk kelip2 sekali ke?
baby monkey tu comel..bulu kaler oren...tp saya mmg tak berani nak dekat dgn makhluk mcm ni hehe
Saya pun suka naik ke situ. Nampak laut...cantik.
Byknya kera.... kelakar pulak tgk telatah kera2 nie.. hihhihi
Assalamualaikum Ummiross
lama dah tak naik bukit melawati tu... asyik kat taman melawati ajer..
membiak betul depa nie........
Semoga masih diberi peluang utk menyambut Ramadhan.
pernah naik sekali je dulu, masa tu anak sekolah kt sana.
sakan cik kera berposing ya ummi:)
wak pon dh lama x dtg bukit melawati ni makk.., ahhks
banyaknya Ummie... pandai pulak bersantai2 kat muncung meriam tu
Assalamualaikum Ummi,
terakhir kami ke Bukit Malawati pada Aidil Fitri tahun lepas, ambil kesempatan masuk galeri sejarah & cerita dengan anak-anak tentang sejarah negeri Selangor...memang tiap kali balik kampung suka lepak di situ, sambil menikmati cendol dekat2 kera & meriam tu!
pernah gi sini sekali jek dan munyit2 itu memang peramah hehe
gambar cantik2 ummie , bee gak tk smpai ke sini haha
@Hanis Azla;
Wassalam Hanis..
Ye Hanis,n3 tertangguh ni, pergi jalan2 cari makan, tak sempat tengok kelip2 lagi Hanis, insyaAllah satu hari nanti.
@ ❤Kamsiah❤;
Yelah kan, ketara benar beza warna dengan maknya. Ummi pun zoom dari jauh tu, takut juga, hehe..
@ Aziela;
Santai2 dengan family sekali-sekala, ok juga kan kat atas tu.
@ Ratu Hatiku;
Hehe..teringat pula lagu Alleycats, kita tengok kera atau kera tengok kita ni, hihi.
@ atuk;
Waalaikumusssalam atuk..
Taman Melawati ummi tak pernah sampai atuk,biasa dengar je.
@NzA;
Yelah NzA, beranak pinak, banyak yang baby lagi tu..
InsyaAllah.. moga2 dipanjangkan umur, berjumpa Ramadhan lagi kita ye NzA.
@ Sweet N Pretty;
Jadilah sekali kan Intan, sekurang-kurangnya dah pernah sampai.
hehhe..macam2 gaya posingnya, yang tak tercapai dek akal pun ada.
@Wak Gelas™;
Hehe..ummi pun baru first time ke sana, seronok hati mak nak!
@ ibuintan;
Kalau kita sah2 gayat kan ibuintan..
@ Amie;
Waalaikumusssalam Amie..
Amie orang Selangor kan, tentu dah biasa di sana,ummi baru nak berkenalan dengan kera2 tu hehe..
@Norizan J;
Hehe..peramah kan, jadi daya penarik juga ni, seronok tengok gelagat si munyit ni.
@puanbee;
gambar hentam keromo je bee, monyet2 tu yang pandai posing, hik!.
Takpe, dekat je bee, nanti boleh jenguk siMon yang manja2 dan peramah tu..hehe.
hahaha lawak jer baca....rumah cikgu yg pertama kat brunei pun banyak kera. masa awal2 duduk tu, lepas subuh jer dengan bunyi dentam dentum kat atas bumbung. Semua orang terdiam sebab ingatkan makhluk yg tak diundang. Rupanya2 adik beradik kera datang main2....huh
saya belum pernah sampai kat sana..cantik viewnyer yer..alamak bykk kera..takut arr
errrr...kera? huhuhuhu. kalau we all lah, anak beranak tak berani nak kuar keta. hak hak hak
tak pernah smpi lg cni...
best tak ummi jln2 cni..kalau idak nk try jugaklah...hehe
suka tgk yg kecik2 tu cute hehehe
as-salam Umi..
macam2 aksi kera2 tu..suka tengok pic anak kera dgn family dia..
@CeqGu;
Hehe CeqGu, sekali-sekala bermesra dengan depa ni, seronok juga. Tapi kalau sampai kat atas bumbung rumah risau juga kan, tambahan kalauada anak kecik..
@ izan mama mia;
Ummi pun kali pertama ke sana izan, jalan2 cari makan sekali.
@RedRose;
Hehe..betul tu, kalau ada anak kecil risau juga. Ummi pun berhati2 juga, ambil gambar tu zoom je dari jauh, hik!
@Jemarisuri;
JS..kalau nak pergi, kena 2in1, selain naik bukit tu, jangan lupa cari seafood di Kuala Selangor, boleh singgah Bagan Lalang, best!!
@Kesuma Angsana;
Betul tu KA, cute pula si baby munyittt ni, hik!
@MaMa Rey;
Wassalam Mama Rey..
Ibu mithali kan depa tu, nampak caring sangat.
Tak pernah lagi pergi ke B.Melawati tu....
kelas betul kera2 tu membarikan posing terbaik...agaknya dah jinakkan ummiross...wah...seronok ronda2 kuala selangor...
banyaknya monkey..kalau wani xberani la dgn monkey2 ni ummi hehe
Pantas ummiross captured ye. Betapa komuniti binatang bagaikan penuh dgn kasih dan sayang - manusia pulak yg tunggang-langgang. Moga tidaklah kita.
Cantiklah pemandangannya. Kakak pernah duduk di Taman Melawati (masa tunggu result SPM masa tu - lama dah) tapi tak pernah ke sini..
ummi!!!!!!! nasib baik masa saya pegi dua minggu lepa depa2 ni takde.. kalu tidak mau menjerit terjut bukit kot saya masa tu. hahaha
@MulutPayau;
MP..ummi pun baru first time tu, saja2 nak kenal kan.
@MumMe;
Hehehe..terbaik kan MumMe, posing bagai sikera tu, nak tergelak pun ada tengok macam2 gelagat.
Hujung minggu MumMe, selalu je anak2 ajak2 jalan2 cari makan.
@ Wanieys a.k.a IbuQalief;
Memang banyak Wanie, jinak2 semuanya tapi ummi pun tak berani pergi dekat sangat, kamera zoom je tu wanie,hehe..
@Kakzakie;
Betul Kakzakie, nampak sangat depa ni sayangkan anak2, ada yang memeluk, ada yang menyusu, ada yang menjaga baby dengan penuh kasih sayang.Dari haiwan pun ada pengajaran kan Kakzakie.
@NM02;
hehehe..takut dengan sikera ye NMO2, masa ummi pergi tu banyak betul, ummi ingatkan setiap masa ada je kera tu, rupanya ada juga masa takde ye.
Post a Comment