Tuesday, February 26, 2013

KUARTERS KERAJAAN PUTRAJAYA AKHIRNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sejak dari hujung minggu lepas ummiross menyepi diri, tanpa entry. Dalam diam banyak urusan yang terpaksa diselesaikan, urusan bisnes dan juga urusan keluarga. Kepala ni pun dah dua hari berdenyut,nyut..nyut,,nyut, makan ubat, tahanlah sekejap. Takpelah kan sakit sikit-sikit, baru terasa nikmatnya sihat. Lagipun dah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, lalu jika diuji dengan sedikit kesakitan atau kerumitan atau kesusahan, pasti terasa malu untuk  berkeluh kesah. Moga Allah memberi kesembuhan yang cepat, kesihatan yang baik bukan sahaja untuk kelangsungan aktiviti harian, tapi juga untuk terus istiqomah dalam beramal ibadat.

Dalam sakit kepala, sempat juga ronda-ronda ke Putrajaya petang semalam. Bukan apa, bersemangat nak survey kuarters kerajaan yang ditawarkan kepada Mr Hubby. Nilah rumah yang ditawarkan untuk diduduki, lot tepi, luas kawasannya. Memang semasa baru berpindah kami ada memohon kuarters tapi semuanya dah penuh. Mungkin pada awal tahun begini, ada kakitangan yang berpindah dan sebagainya, jadi adalah kekosongan.

 

IMG_6439

Persekitaran yang hijau dan damai. Lokasi yang sangat dekat dengan tempat kerja Mr Hubby dan anak bujang sulung juga, anak bujang bongsu pun boleh je menggunakan kemudahan ERL transit di Putrajaya Sentral untuk ke pejabat. Tak jauh dari Masjid Putra yang indah. Sewa pun lebih murah dari rumah yang diduduki sekarang. Hmmm banyak yang positif….kami sedang mempertimbangkannya.

IMG_6441

 

Ni pula FM dari rakan blogger yang selalu dekat dihati. Terima kasih banyak-banyak NzA, atas ingatan, cantik FM dari Vietnam ni, sape2 yang berminat nak ke melancong ke Vietnam, bolehlah ‘godeh2’ blog NzA ye, banyak info tentang percutian di Vietnam, berdasarkan pengalaman percutiannya sendiri. To NzA, salam sayang sokmo dari ummi..!

IMG_6445

Ok..nanti kita sembang-sembang lagi ye. Wassalam.

32 comments:

Kamsiah yusoff said...

cantik...bersih dan hijau persekitarannya ummi...

Amie said...

Tenang dan mendamaikan sekitar kuaters tu Ummi... hijau je sekelelingnya! Tentu seronok dapat duduk di situ...

Anonymous said...

ummi slmt menjadi warga putrajaya...nti blhlah js p jenjalan umah ummi nti...hehe..

samalah plak souvenior yg sis nza kasi ngan ummi..lum smpt lg js nk story mory pasal tu...^^

inazamri said...

nampak sejuk persekitarannya dgn pokok2 besar hijau camtu best.byk kemudahan dok putrajaya tu kak.nanti leh la ina jln2 sana singgah umah kak hehehhe

Kakzakie Purvit said...

Kalau ikut mata kakak dah cantik benarlah tu Ummi. Selesa dan lagi en hubby Ummi pun mudah nak ke tempat kerja. anak-anak dekat dgn ummi mereka mudah nak makan masakan airtangan ummi sendiri..

Syida said...

sejuk je mata memandang.best la persekitaran hijau!

NzA said...

Cantiknya kuarters tu ummi...nmpk dlm pic pn dh tau aman damai...Moga segalanya dipermudahkan....

Sama2, itu je yg mampu diberi sbgai kenangan utk rakan2 yg disygi..Syg ummi!!!muah!!!!

Hanis Azla said...

salam ummi..

kuarters di putrajaya memang cantik2 belaka.. klu ummi pindah sana dah tak jadi org bangi lagilah yer.. he..he..

semoga segala urusan ummi dan keluarga berjalan dengan lancar hendaknya.. take care ummi

Anonymous said...

seronok lah nanti kat sini ye ummi

NM02 said...

bestnya dapat kuarters... besar lak tu...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya ada juga sedara-mara yg duduk area2 situ Ummi.. mmg best walau rumah tak berpagar kalau saya tak silap, lama dah tak ke sana.

Thanks singgah blog saya dan komen.

Sweet N Pretty said...

best ummi kuarters tu. ada sepupu yg duduk kuarters camtu. cuma part nk pack n unpack brg yg bercinta tu hehe. apapun saya sokong ummi pindah:D

MumMe said...

area putrajaya mmg cantik...terancang dan terjaga,fasiliti bagus...mcm berada di Florida... :) hu hu hu...sedih la juga sbb ummiross jauh sikit nanti dari sini...

ummiross said...

@Kamsiah;

Yelah Kam, rasa macam dah jatuh hati dengan persekitarannya tu.

ummiross said...

@Amie;

Ummi suka suasana disitu Amie,damai je nampak.

ummiross said...

@Jemarisuri;

Hehe,,tq JS, berjiranlah kita nanti ye. Boleh2 JS, kalau jadi pindah bolehlah kita saling menziarahi.

ummiross said...

@inazamri;

Boleh2 ina, kalau jadi pindah, bolehlah singgah rumah ummi bila ina ke Putrajaya.

ummiross said...

@ Kakzakie;

Betul tu Kakzakie, ummi pun fikir macam tu. Terima kasih memberi semangat nak berpindah kepada ummi, hihi..

ummiross said...

@Syida;

Masa pergi tengok rumah tu kan Syida, memang ummi rasa macam suka sangat dengan persekitarannya tu.

ummiross said...

@NzA;

NzA..memang cantik dan tenang persekitarannya NzA, ummi suka.Amin2x..
Terima kasih atas ingatan, salam sayang dari ummi, mmmuah!!!.

ummiross said...

@Hanis Azla;

Wassalam Hanis. Yelah Hanis, dah terasa sayang dengan Bangi, seronok juga disini,banyak tempat makan best2, hehehe..
Terima kasih Hanis, insyaAllah.

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

InsyaAllah KA,terima kasih.

ummiross said...

@NM02;

Alhamdulillah NMO2,nampak macam selesa, kami baru tengok2 kat luar je, belum masuk kedalam.

ummiross said...

@Miss Mirror a.k.a Sam ;

InsyaAllah, jika berpeluang, nanti dapatlah ummi beramah mesra dengan warga Putrajaya pula.

Sama2 kasih, ummi dari blog Bunda, ternampak link kat situ.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Terima kasih Intan kerana menguatkan semangat ummi untuk berpindah, memang fikir tang nak pack and unpack tu yang jadi lemah semangat sikit ni.

ummiross said...

@MumMe;

Waa bestnya..Florida Malaysia, jadi bersemangat pula nak berpindah, hehe.

Yelah MumMe, dah jauh sikit kan,sedih jugaaa... nampaknya plan kita yang satu tu tak kesampaianlah setakat ni.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah ummi nyamanya nengok...persekitaran yg hijau mcm tuh

yan's cottage said...

best ummi...kuarters kat situ cantik2...dengan kawasan yang hijau mendamaikan....

Unknown said...

cantik rumah baru..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ummi comel fm yg ummi dpt tu...murah rezeki

Unknown said...

hijau suasana..kalau dilihat melalui pic tu nampak best..selesa tinggal situ

ummiross said...

@ Wanieys a.k.a IbuQalief,yan's cottage, izan mama mia,MaMa Rey;

Terima kasih ye.