بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Apakhabar semua, mesti seronok bercuti kan, kalau tak ke mana-mana, santai-santai dirumah pun ok juga. Ummiross n family pula memilih untuk bercuti ke Cameron Highland. Dah lama sangat tak ke sana, yang terakhir ketika ummiross menghadiri sessi persediaan bagi Kursus Keusahawanan Untuk Kakitangan Awam yang ingin bersara awal anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan lain2 jabatan kerajaan. Kursus persedian dan suai kenal ni berjalan selama seminggu di CH dan kemudian untuk tempoh lebih kurang 2 bulan lagi dijalankan disalah sebuah hotel di Kelang.
Jadinya CH sangat terkesan dihati bukan hanya kerana tempatnya cantik dan nyaman tapi disinilah permulaan ummiross dan rakan2 dari pelbagai jabatan diperkenal dengan dunia perniagaan. Selain dari latihan fizikal, kami juga perlu melalui beberapa aktiviti dan ujian bertulis. Ada ujian bertujuan untuk mengukur sejauh mana sikap atau ciri-ciri keusahawan yang sedia wujud dalam diri seseorang, Lagi banyak skor yang diperolehi, makin tinggilah ciri-ciri keusahawanan dan makin tinggilah kebarangkalian untuk berjaya bila menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Sebab tulah agaknya, ada orang yang kelulusannya biasa2 je atau tiada background bisnes pun, tapi masih mampu menjadi usahawan berjaya.
Bila diuji, ada yang mendapat markah yang tinggi, ada yang mendapat markah dibawah 50, yang dikira sebagai sangat rendah untuk menghadapi selok belok dunia perniagaan. Minat sahaja tidak mencukupi, tapi jika dilatih dan ingin belajar, tak mustahil sesiapa pun boleh berjaya, itulah kata2 semangat dari fasilitator kami. Tak sangka juga skor ummiross 80++, hehe..mungkin menyerap semangat dari Strawberry yang merah menyala.
New York Cheese Cake. Dah lama tak buat cheese cake, balik dari CH baru ni, bersemangat pula nak buat kek. Kek takde kena-mengena dengan perisa strawberry, tapi strwaberry yang merah menyala tu menjadi inspirasi..
Makan2 sambil mengimbau kenangan. Limau dan strawberry yang dibeli di CH, limau tu sangat manis, strawberry..terpaksa ‘dimaniskan’ dengan coklat, baru ummphh!!!.
Bharat Tea Plantations. CH tetap cantik dan sejuk mata memandang, tapi rasanya dah tak sesejuk dulu. Best juga menikmati teh panas dan scones di Bharat tea shop, sambil menikamati pemandangan lembah teh yang menghijau serta dihembus angin sepoi2 bahasa…
Ramainya memilih CH sebagai destinasi percutian, jalan jammed, strawberry pun dah tak banyak untuk dipetik.
Aiskrim strawberry yang sedap, di Taman Agro Al-Mashoor, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland.
Cantik tersusun, teringin juga nak buat macam ni, tapi tak mau pohon berduri…
Tergoda..pokok-pokok cenonit ni yang jadi pilihan, tak taulah selama mana mampu bertahan, ummiross kalau bab bercucuk tanam ni bukan komited sangat, risau juga sebab selalu je berjalan ke sana-sini , nanti pokok2 mati kekeringan.
Nanti kita cerita-cerita lagi ye..wassalam.
31 comments:
Sedapnya tgk cheese cake akk buat tu... bak sikit :D
Assalamualaikum Ummiross
kalau saya yg ambil periksa tu ...mungkin markahnya bawah 50...
Salam ummi.. tergoda tgk cheese cake tu he..he.. best kan bercuti di CH.. nyaman aje.. aiskrim tu mmg best.. 2 bekas saya makan.. Alhamdulillah..
cameron highlands mmg best utk bersantai & rehatkan minda:)
mesti cheese kek tu sedap kan ummi?
kita baru teringat entry CH yg terlupa nak publish hehehehe
rasanya dah 3 thn lebih gak ina tak jejak cameron.rasa tingin sgt.kek tu nampak sedap dan gebu yg amat.
wah ummi cuti2 @ C.Highland ye..mesti sejukkkkkk...
Sedapnya cheese kek ummi...mintak sikit....
assalam ummi...kawan acik yang bersalin dan berpantang disana..siap jemput acik naik CH..tapi..acik tak berapa nak berani..baru 2 kali acik pi..tu pun masa muda2 dulu..
wow... penangan strawberi.. trus buat cheese kek ye, menggoda betul
CH walau tak sesejuk dulu tp masih tmpat yg merelakkan minda
wah stoberi...
rindu nk p CH lagik...hehe
cuti kali ni sy x kemana ..sibuk kt opis memanjang
Assalamualaikum Ummi sayangg...
lama sangat tak ke CH, ada lebih kurang 28 tahun!
Strawberry tu walaupun tinggal sikit di CH tapi warnanya masih mengancam liur!
Teringin nak ke CH juga..
Wah, memang berbakat sebagai usahawan la kiranya Ummi. Ditambah dgn minat dan kesungguhan, tentu menjadi. Nampaknya memang bagus kursus tu.. Kalau dipanjangkan usia harap dapat juga join kursus macam tu..
Dek kerana strawberry kakak terliur tengok kek ummi.
Kalau kakak suka pokok bunga tapi yg pasu kecik ini kena jaga rapi kakak tak boleh tanam - kalau hidup mesti tak lama.
seronoknya Ummi bercuti. kita pun pegi CH gak masa cuti thaipusam yg lepas. tapi traffic...aduyaaiii... sungguh mencabar. terasa habis masa cuma atas jalan aje.
aduhh yaaa.... sedapnya tgk strawberry tuuu....
cuti raya cina ritu tak jadik tau nak p CH... sentap mak jemah... last saya ke CH masa animun 8 tahun lepas ummi... cian kan...
ramai dok gebang best g CH..saya pelom pernah p sana...
KAt CH ni mmg best kan !
sedapnyer cheese cake...
teringat kenangan dgn Fluffy di CH...kebun teh tu pulak,berani turun,berani jalan naik bukit balik....hiiiiiiiii....:)
teringin pul anak makan tengok cheese cake tu..
cantik2 bunga2 tu..saya suka pokok kecik2 mcm tu..
wak pon dh lama X gi cameron highlands jugakk.,ahHHKs
org kata strawberi kalau makan kat sana..manis...bila bawak blk rumah..bertukar rasanya..:)
Kakak sesaja dtg melawat sini Ummi mana tahu ada hidangan baru:)
bila tengok gambar nie...ummi rindu pula nak pergi sana...dah lama tak menjejak kaki kat CH nie....
p/s sedap je...nampak kek tu...rasa macam nak minta sepotong he heee....
@Ratu Hatiku, atuk,Hanis Azla, Sweet N Pretty, syida, inazamri, NzA, Acik Erna, ibuintan, Jemarisuri, khairul hassan, Amie, Nor Salmi, Kakzakie, RedRose, Kazman / Sue, NM03, izan mama mia, Kesuma Angsana, BUNDA a.k.a KN, MumMe, MaMa Rey, Wak Gelas™, ❤Kamsiah❤, Kakzakie,yan's cottage;
Terima kasih semua atas komen2 yang ditinggalkan, amat hargainya. InsyaAllah ummiross akan kembali membalas kunjungan.
@MumMe..tersentuh baca kenangan pasal Fluffy tu, tiba-tiba jadi sayu.
Saya pun sukaaa sangat CH. Kalaulah boleh beli sebuah rumah kat situ, mesti seronok.
@Aziela;
Memang teruja baca N3 Aziela hari tu. Tentu best kalau ada rumah persinggahan disana kan.
cheese cake ummi tu buat wani tergoda tengok hihi
Baru baca entry ni, menarik jgk.....
Post a Comment