بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Kain pasang atau Batik Sarawak kali ni sangatlah cun melecun, gabungan corak etnik Orang Ulu dan corak abstrak moden. Warnanya pula tersangatlah cantik,ada ton warna yang berbeza yang cantik sangat. Material kainnya dari polyester silk, sangat lembut beralun, dan kain tahan lasak(Tak mudah pecah).Kalau berkenan kenalah cepat-cepat order, samada untuk dipakai sendiri atau untuk bisnes. Kain ni cantik juga untuk dibuat uniform untuk ofis dan sekolah. Boleh dibeli dalam meter mengikut ukuran masing2. Bagi lelaki, boleh juga dibuat kemeja, tampil kacak bah!
Ni lah corak etnik Orang Ulu,digabungkan dengan corak abstrak, nampak elegant,moden dan unik sekali.
WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN.
-KPH10-
KPH10 ni cantik sangat, gabungan tona warna coklat lembut,coklat gelap dan hijau lumut.
-KPH11-(Tinggal 3 pasang je lagi-2hb.5.2012)
KPH11 ni warna sebenarnya lebih gelap, warna hijau gelap dan ada ton hijau turqois dan biru. Bagi ummiross warna ni tersangatlah cantiknya.
-KPH12-
KPH12 ni warna sebenarnya lagi cantik,gabungan tona warna coklat lembut, coklat gelap dan hijau lumut gelap.
-KPH13-(Tinggal 3 pasang je lagi-2hb.5.2012)
KPH13 ni memang kacak gilak kata orang Sarawak, gabungan tona warna maroon,pink gelap dan coklat.
-KPH14-
KPH14 ni pun cantik sangat,seakan-akan KPH13 tetapi warnanya lebih lembut, gabungan tona warna maroon,merah,pink dan coklat.
Jenis : Batik Sarawak
Material: Polyester Silk
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960
PS: Harga runcit adalah harga tetap. Harga juga tidak termasuk kos penghantaran. Selepas ini sebarang tawar menawar dan permintaan untuk penghantaran percuma tidak akan dilayan. Ummiross dah tak larat melayan bermacam-macam kerenah, kadang-kadang bahasa yang digunakan sangat irritating’ ,dan ummiross kurang ‘gembira’ dengan bahasa-bahasa begitu. Harga borong hanya akan diberi untuk order melebihi 10 pasang. Untuk regular customer, pembelian sebanyak 5 pasang dan keatas, diskaun akan dipertimbangkan.
PS: ALL OUT OF STOCK
44 comments:
mmg cantik la corak batik tu kak..ske tgk..
@Yumida;
Hmm cantik kan Yumida..warnanya pun cantik2.
Salam Yong Ummi,
2 yg last tu comey kaler dia, buleh buat baju raya tuh!
cantik sgt2 ummi......nntilah tgk nk kumpul kwn2 oder BS tu....oder skali gus senangkan ummi...
dr entry yg lps lg mummy x dpt melupakan the one yg turqois tu ummiross...kena pg bank in cepat2 ni...
@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam kak..
Hmm betul tu kak,memang cantik, kalau yang sukakan warna lebih lembut, inilah pilihannya.
@NzA;
Ummi pun rasa koleksi kali ni sangat2 cantik, kalau berkenan boleh order kain pasang ni dulu NzA, takut stok abih. Baru ni ada satu warna ummi tak sempat order untuk sample dari supplier sebab ada yang order buat uniform sekolah. Kain BS no problem,stok selalunya ada.
@MumMe;
hehe..MumMe, taste kita samalah MumMe,ummi pun suka sangat warna ni,kalau nak boleh hantar kat smart reader je,hik!
yg merah pink tu mmg cantik!
aah...akak beli kt mane erk? kt india street ker?
terima kaseh bebanyak Ummi ..walaupon sy lama x singgah blog Ummi..Ummi ttep singgah dan komen blog saya
@Yumida;
Yumida, ummi ada beberapa orang supplier yang berlainan yang membekalkan kesemua kain2 kat sini,selebihnya biarlah rahsia,hehe..
@Khairul;
Hehe..sama2.
ummi suka tengok perkembangan rakan2,Alhamdulillah makin murah rtezeki khairul.
@KhaiRin:Anies;
Ooh berkenan yang tu ye,memang sesuai dengan jiwa muda yang ceria macam Anies.
mengancam..
cantik walo warna coklat tp nampak cantik juga
@Liza@Adzriel;
hehe..thank you Liza.
@puanbee;
Hmm yelah bee, agaknya sebab ada beberapa tone warna tu kot,tu nampak cantik!
fulamakkkk..nak..nak..
memang kacak gilak bah..
nanti sy msj ye ummi..
pandai betol u menggoda i tau..
hehe...
@Hasnah;
hihihi..dah tergoda ye, kalau betul berkenan kena cepat2 ni Hasnah,limited stock.Pakei untuk raya pun kacak ni Hasnah, apa2 msg ummi nanti ye. Auuww!!!
mmg cun semua kain2 tu.. tentu ramai yg berminat..
@Hanis Azla;
hehe terima kasih Hanis, sapa2 yang berminat tu kena cepat, stok terhad!
gud news 4 u:
kursus ni secara percuma....
Ni sape lagi wanita berumur 21 tahun ke atas yang belum daftar FREE utk Seminar Kuasai Potensi Diri Wanita (SKPDW) pertama kali di Malaya ni! Layari potensiwanita.com.my dan bila daftar masukkan Voucher Code: skpdw2012 utk yuran free! -Dr azizan osman-
@KhaiRin:Anies;
Thank you Anies, nanti ummi jenguk kat link tu ye..
ummie duk mana sekarang ni ? masih di kl ke ?
@puanbee;
bee ummi di Bandar Baru Bangi, tapi masih meneruskan bisnes batik Sarawak,hehe..
mmg kacak gilak KPH13 tu hehe...kain pun kacak mcm org jugak eh...
@Kamsiah;
Thank you Kamsiah, memang semua kacak2,kain kacak, yang pakai nanti pun kacak juak.
cantiknya kain2 tu ummi...saya pun tergoda.....
@MulutPayau;
Terima kasih MP,dah tinggal sikit je lagi ni MP, memang laris.
Ummi,
memang betullah, cantik sungguh coraknya kali ini, warnanya pun mengancam sama! Mesti ramai yang berebut-rebut nak order ni Ummi.
Alhamdulillah Amie, memang laris, yg KPH13 dan KPH11 tu dah ada yang beli borong, yang lain2 tu pun tinggal sikit je lagi..
wah ! bagus-bagus
ampe bingung milih nih...
cntik2la. elok benor lau pakai ari khmis kan..hihi
ummie kalau nak order kain kosong boleh tk ? bee nak padankan dgn batik ritu lah
setuju ummi mmg cun. dah boleh beli utk Raya:)
@ Cara Pemesanan Trica Jus;
Terima kasih sudi singgah..
@ nuyui a.k.a miss YUI;
Terima kasih nuyui, ye lah hari Khamis boleh bergaya dengan Batik Sarawak pulak, mesti unik kan!
@ puanbee;
Alamak bee..kain kosong ummi dah takde stok lagi lah bee, tak dapek den nolong!hehe..
@ Sweet N Pretty ;
Hehe, thank you Intan. Hmm betul tu Intan, memang elok beli awal2 kan Intan,nanti tailor pun tak nak jahit lagi!
akak, skunk ni sume ad stock lg ke?
ni x trmasuk ngan postage kn?
@Ain;
Ain...masih ada stok lagi,tapi dah tak banyak,kalau kod KPH11 dan KPH13 ada dalam 2 pasang je lagi.
Tak termasuk postage ain, postage dalam RM6-RM7 je ain, kalau nak sms atau email je ye...
cantik nye :D
salam singgah n follow sini
dr,
afasz.blogspot.com
@Cik farizam;
Thank you dear..
Terima kasih singgah, nanti ummi ziarah kembali, insyaAllah.
Post a Comment