Thursday, April 19, 2012

PROSEDUR MEMBAWA KUCING KE SEMENANJUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam penuh kasih sayang..

Kucing 0h kucing..kalau dah memeliharanya tentulah terasa sayang. Ia seolah-olah menjadi sebahgian daripada ahli keluarga. Jadi bila mahu berpindah tentu sekali mahu dibawa bersama. Beberapa minggu lepas ummiross ada menerima email, bertanya bagaimana cara untuk membawa balik atau membawa masuk kucing dari Kuching ke Semenanjung.

Elok juga ummiross berkongsi cerita agar pengalaman buruk ketika berpindah ke Sarawak dahulu tidak berlaku kepada pencinta kucing yang lain. Pada waktu tu, kami menyerahkan kucing kepada syarikat forwarding untuk diurus. Malangnya kucing ummiross hilang sebelum sempat dihantar ke Kuching. Katanya kucing ummiross terlepas kerana pintu cagenya pecah. Rasa seperti agak mustahil bagaimana pintu cage boleh pecah ketika masih berada dipejabat syarikat tersebut.

Menangis juga ummiross bila kucing tu hilang. Teringat-ingat telatahnya,terdengar-dengar suaranya. Sehingga kini masih ada rasa rindu. Ada juga rasa kasihan belas memikirkan bagaimana kucing yang manja, yang makanannya sentiasa tersedia, akan meneruskan hidupnya di dunia luar yang mencabar.

Jadi bila Mr Hubby dapat bertukar kali ini, kami bertekad menguruskan sendiri penghantaran cicie..kucing ‘baru’ kami. Prosedurnya tidaklah payah tapi kenalah ke sana-sini untuk menguruskannya. Bagi pencinta kucing yang nak membawa pulang kucing kesayangan ke Semenanjung, bolehlah ikut step ni ye :-

1. Dapatkan ‘LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ dari  Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Semenanjung terlebih dahulu. Ianya seperti kelulusan membawa masuk kucing ke Semenanjung Malaysia. Pejabatnya terletak di Jalan Cheras. Kena isi borang dan tunjukkan rekod kesihatan kucing.

IMG_1493IMG_1483
Ni lah rekod kesihatan, yang penting kucing dah divaksin sebanyak dua kali. Yang putih tu pulak, ‘LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ yang telah siap diproses. Bayaran RM5 dikenakan dan sah digunakan dalam tempoh 6o hari dari tarikh ianya dikeluarkan.

2. Bila dah dapat lesen ni, beberapa hari sebelum berangkat, kenalah bawa kucing dan lesen mengimport tadi ke Jabatan Veterinar Sarawak yang terletak di Semenggoh,untuk mendapatkan ‘PERMIT TO EXPORT’ pula. Bila dah dipastikan kucing sihat dan tiada masalah, dapatlah permit tu.

IMG_1497.
Ni lah PERMIT TO EXPORT tu.

3. Bila nak berangkat, bawalah kucing dalam cage elok2, cage berkunci. Check in sekali dengan kita. Tunjuklah segala surat menyurat tadi tu. Kucing kena timbang kat kaunter check in dan akan di caj mengikut berat, RM15 sekilo. Hari tu cicie kena RM60, beratnya 4kg sekali dengan cage(travel carrier). Lepas tu bolehlah kucing ni naik kapalterbang, ditempatkan dibahagian khas bersama luggage.

4. Sampai di KLIA (MAS je ada servis penghantaran haiwan ni ye), lepas ambil luggage kita, bolehlah ke Seksyen Kuarantin Haiwan KLIA untuk mengambil kucing pula.Tunjuklah ‘LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ tu kepada pegawai bertugas di situ. Kena bayar RM30 dan dapatlah bawa balik kucing kesayangan pada hari tu juga, kat Semenanjung takde kuarantin lama-lama.

DSC_0667
Cicie dah balik Semenanjung…‘hye semua, my name is Cicie, luv u all,mmmuaahhh!!!’

 

IMG_1590IMG_0974
Nilah Travel Carrier yang digunakan untuk membawa cicie naik flight. Gambar kanan, cicie sejurus sebelum di bawa masuk ke kargo oleh seorang petugas.

Ini alamat jabatan perkhidmatan veterinar yang ummi berurusan hari tu:

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, km. 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras, 56100 cheras Kuala Lumpur.

NOTA KAKI : Ummiross hanya berkongsi pengalaman bagaimana membawa kucing dari Kuching ke Semenanjung, jadi pengetahuan ummiross adalah terhad kepada pengalaman sendiri. Prosedur mungkin berbeza dari negeri berlainan dan itu diluar pengetahuan ummiross. Jadi ummiross bukanlah orang yang tepat untuk diajukan pertanyaan. Jika tersilap info, tentu akan menyulitkan lagi keadaan. Maaf sangat-sangat ummiross tidak dapat menjawab soalan atau permasalahan yang dikemukakan.

Dan ummiross minta, silalah rujuk kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan info yang tepat. Jika penghantaran melalui kapal terbang, hubungilah pihak MAS dan tanyalah bagaimana prosedurnya.

78 comments:

KhaiRin : anies said...

bleh tahan jg prosedur dia..

Suara Kalbu said...

Hi Cicie yang super cute ....

Kamsiah said...

Ya ampun....gebunya cicie...kalau terlepas tu,mau kena culik..

Kazman / Sue said...

wah... macam tu yee... ada jugak prosedur nak bawak kucing ni rupanya walau dalam satu malaysia...

Hanis Azla said...

perkongsian yg berguna utk org2 yang memerlukannya nanti.. hi cicie comel.. dah dekat ni nnt bolehlah kita jumpa.. he..he.. tp dari jauh saya beranilah.. klu dekat saya lari sbb takut kucing..

Mak Wan said...

Assalamualaikum Ummiros

Info yang berguna.............terima kasih.


Hello cicie you are so cute!!!

NzA said...

rumit juga nk jalani prosuder tu ummi....ttp krn syg semua tu sanggup ditempuhikan.....

comel sgt2 cicie..patutlah ummi sanggup brsusah pyh......

jemarisuri said...

byk nye proses yg perlu dilalui tp yg pasti cutenya kucing tu...ada anak dia tak?...hehe

Amie said...

Comelnya Cicie...meow meow..gigitkan Ummi untuk Amie ye Cicie...gigit-gigit manja! he he hehh

ummiross said...

@KhaiRin:Anies;

hmm memang boleh tahan juga, kena terbang ke Semenanjung lagi

ummiross said...

@Suara Kalbu;

Hi suara Kalbu,pinjam headphone boleh?cicie nak nyanyi juga, lalala..

ummiross said...

@Kamsiah;

Tu lah, tak berani bagi dia keluar, orang tak culik pun , takut dia yang lari!

ummiross said...

@Kazman / Sue;

Ada..kalau tidak, tak lepas lah nak bawa balik ke Semenanjung. Kalau masuk ke Sarawak kuarantin lagi lama...

ummiross said...

@Hanis Azla;

Hi Hanis comel!. Hehe..Hanis sebelum Hanis lari,rasanya cicie yang lari dulu, dia pun penakut!,

ummiross said...

@Mak Wan;

Waalaikumussalam Mak Wan..

Harap2 dapat jadi panduan kepada yang lain, sama2 kasih Mak Wan.

Hello Mak Wan, saya malu lah Mak Wan puji, malu2 kucing!

ummiross said...

@NzA;

Ye lah NzA, kerana sayang buatlah apa yang patut. Yang best tu siap turun KL nak dapatkan kelulusan tu,tapi kebetulan masa tu kami pun nak cari rumah sewa sekali, jimatlah jugak..

ummiross said...

@jemarisuri;

Hmm banyak kerja jugalah kan, ke sana sini.
Hehe..anak teruna trang tang-tang lagi cicie tu.

ummiross said...

@Amie;

Amie..cicie ni kalau dah kenal orang tu, dia yang akan gigit2 manja,nanti tak sempat Amie gigit, dia yang gigit dulu, hihik!

khairul said...

mcm2 prosedur gak yer

MumMe said...

hai cicie...fluffy x jauh dr cicie ni...jom dtg umah fluffy..

ummiross said...

@khairul;

hmm banyaak juga prosedurnya, ken rajin sikitlah ke sana-sini.

ummiross said...

@MumMe;

Hai fluffy..cicie nak tanya, fluffy tu jantan ke betina, hikhik!!

MulutPayau said...

cutenya cicie...mmng gebus..

ummiross said...

hehe.kesayangan kami sekeluarga tu MP..

Yumida said...

kiut la cicie kak...maine coon kah? lebat jak bulunya...

ummiross said...

@Yumida;

hehe tq Yumida,Persian ni, bulu memang lebat, memang kena sikat selalu!

Aishah Jahirah said...

demi kucing tersayang mesti sanggup punya.puas ati urus sendiri.org uruskan jd macam tu terkilan rasa.
heee comelnye cici ni..geram tgk..

Anonymous said...

kak umi sy adriana ^_^ thans ya...owh sangkar tu ada2 ehhe....sangat membantu ^_^

ummiross said...

@Aishah Jahirah;

Ye lah Aishah, kalau dah bela tu memang sayang, sanggup bersusah payah nak bawa bersama. Lega rasanya bila semuanya berjalan lancar.Cicie pun sangat riang ria sekarang ,hehe..

ummiross said...

@Adriana;

Welcome Adriana,Alhamdulillah kalau n3 ni dapat membantu. Hehe..dah ada sangkar tu ye, senanglah macam tu. Semoga dipermudahlan segala urusan,semoga kucing Adriana dapat bersama kembali ke Semenanjung.

Adylia Qarissa said...

Bawak sekor kucing pon kene lalui presedur macam nie. Agaknya kalo kucing dibawak keluar negara, prosedur dia sama gak ke?

ummiross said...

@Adylia Qarrisa;

Ha'ah Adylia, banyak surat-menyuratnya, terpaksa ke sana-sini tp demi kucing kesayangan buat dengan rela hati..

Mr. Kazzia said...

Salam. ini hanya untuk kucing je ke atau apply untuk semua binatang? macamana pula dengan Sugar Glider. :) nak bawa balik Sabah. huhu.

ummiross said...

@Mr Kazzia;

Sugar Glider..bestnya, ummi pun suka tengok Sugar Glider ni. Ummi pun tak pastilah Mr Kazzia,rasanya kena ada permit jugak,cuba tanya Jabatan veterinar macamana,ni nombor telefon jabatan veterinar di KL yang mungkin boleh dihubungi untuk pertanyaan: 03-92849716

Anonymous said...

nak tanya..kalau nak check in kucing tu dari kuching terus ke alor setar, dapat ke tak?

ummiross said...

@Anonymous;

Ooh tak tau pulak ummi, kena tanya jabatan veterinar jugak tu, no.telefon ada kat komen sebelum ni.

Anonymous said...

Kalau nak bawa kucing dari Semenanjung ke Sabah macamana pula? Adakah prosedur dia sama juga? Plan nak bawa si "COMOT" balik sana.

ummiross said...

@Anonymous;

Rasanya sama jugak kot, cubalah telefon jabatan veterinar dulu tanya macamana.

tea_candy said...

salam, nk tanya travel carrier tu diorg provide or sendiri beli? n 1 lg, rekod kesihatan nk dptkn kt ne eh? tq~

ummiross said...

@tea_candy;

Travel carrier beli sendiri. Rekod kesihatan tu pergi kat klinik vet je..Tq

Alex iskandar said...

Tq sgt2, ur post byk bantu I sbb mmg tgh cari apa jenis sangkar nak pakai dan rupanya i beli sama mcm yg hitam tu. thnx again!

ummiross said...

Alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak. Oh sangkar sama ke, hitam itu menawan. Semoga semuanya berjalan lancar, Tq.

Anonymous said...

nk bwa kucing blik sabah,so just book tiket mcm biase je kn kat MAS atau nk bwa kucing adew cre lain nk book??mcmne ea??

ummiross said...

@Anonymous;

Hehe..ummi pun tak tau juga macamana nak bawa ke Sabah, better tanya dengan MAS ye.Tq

Anonymous said...

Umi saize carrie pakai ape ye M ke L utk bawak seekor

ummiross said...

@Anonymous:

Rasanya ummi pakai saiz M kot, yang kecik je, macam dalam gambar tu.Tak perlu besar2, payah nak bawa.

Anonymous said...

salam aunty, nak tanya, before kita amik lesen di jabaatan vet selangor, kita kena cucuk vaccine dulu ke dekat kucing kita? kalau kucing kita dekat sarawak mcm mana?

ummiross said...

Wassalam..
Memang kena vaccine,kalau kat Sarawak, vaccine kat mana2 klinik haiwan di sanalah.

fazrilizwandyramli said...

tumpang tanya, nak naik flight kena ambil life insurance ke?

ummiross said...

@fazrilizwandyramli;

masa ummi hari tu tak ambik pun life insurance, sekarang tak tau pulak.

Anonymous said...

salam kak..nak tanya, diorang letak pet kt kargo selamat x? diorang jaga elok2 x? udara semua ok? saya nak bawak balik hamster ke swak..da byk generasi..xsggp nk tgglkan..lgpun nti xde org jaga dgn sempurna..

ummiross said...

Wassalam..

Masa hantar hari tu, dia orang bagitau ada ruangan khas untuk pet yg nak dihantar, pengudaraan pun ok. Selebihnya kenalah tanya pejabat haiwan ye, ummi pun tak berapa arif.

wiNk.(♥.♥).wiNk.. said...

kalau nak hantar sugar glider ke sarawak mcm mane?

ummiross said...

@wiNk.(♥.♥).wiNk;

Owh maaflah, ummi pun tak tau, n3 kat atas ni adalah pengalaman ummi bawa balik kucing ke Semenanjung, kalau yang lain-lain tu ummi tak tau gak, sorry ye..

Dyna said...

Salam sis... Sy Dyna.. Now stay di sabah but may b tahun depan akan posting ke semenanjung semula. Sy nak tanya sis nie, utk mendapatkan LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Semenanjung terlebih dahulu tue memang ke g ke cheras ke? sbb agk susah nak berurusan dari sabah.. atau adakah boleh kita minta diorg email kan form utk kita isi?

ummiross said...

@Dyna;

Wassalam Dyna..

Maaf lambat respon, dah publish comment, terlupa pulak nak tengok balik.Maaf ummi pun tak tau samada boleh ke tidak, sebab masa ummi dulu memang dia suruh datng sendiri. Mungkin Dyna boleh call mereka untuk dapatkan confirmation.

doraemon the explorer said...

salam ummiross..nk tnya, klu cntohnya just nk bawa kucing dr kota kinabalu ke tawau which is only in area sabah, adakah prosedurnya sama jgk seperti prosedur dr kl ke kuching??? terima kasih :)

ummiross said...

Wassalam..

Maaf banyak2, ummi pun tak tau jugak sebenarnya, ummi sekadar berkongsi pengalaman ummi bawa balik kucing ke Semenanjung, untuk yang lain2 kena tanya pejabat veterinar lah ye, dia orang lebih arif tentang hal ni.

sue zaa said...

Assalam
ummiross klu agen yg buat penghantaran kite perlu jgk sediakan dokumen eksport tu mohon share yer coz umi dh ada pnglmn...:-)

ummiross said...

Wassalam..

Maaf, kalau agen ummi tak tau.Ummi urus sendiri hari tu.

Insomniac. said...

eh. carrier kita sama! kucing pon lebih kurang sama! hahahaha.
ermm. nak tanya, procedure nie sama jugak ke kalau dalam semenanjung?

ummiross said...

@ Insomniac;

hehe..ummi suka carrier tu sebab kalernya hitam, tak cepat kotor, hik!.
Kalau dalam semenanjung,ummi pun tak tau, kena tanya pihak yang lebih ariflah nampaknya.

fasyaqeenah mykids said...

As slm kak..nk tanye..sy nk bw kucing sy ke UK sbb ikut suami sambung belajar. Adakah prosedurnye sama? Atau akk tau di mana sy blh buat urusan mengenai hal ini? Info akk amat membantu, terima kasih :)

ummiross said...

@ fasyaqeenah mykids;

Wassalam,fasya..
Maaflah ye, Ummi pun tak boleh nak jawab soalan ni, rasanya better fasya hubungi jabatan veterinar sendiri. Dulu ummi berurusan dengan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, km. 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras, 56100 cheras Kuala Lumpur.
MUngkin boleh google dan dan dapatkan nombor telefonnya.

Maco.BoutiQue said...

Assalam Ummi,
Nak tnye, if nk bw blik kucing dr kl ke sabah, adakah prosedurnye sama ??

ummiross said...

@Maco.BoutiQue;

Sorry ye, ummi tak tau juga..

Anonymous said...

nak tanya..hari tu flight pagi ke malam? sbb saya pun nak bawa balik kucing juga..plan nak ambil last flight..tapi takut ada masalah pula nanti..

ummiross said...

flight siang.

Hairunnisa Mohd Nor said...

Alhamdulillah.. tp sy ade masalah la kak.. sy nk bwk balik ke jb flight yg ade direct cume air asia jek.. mas ade tp kna transit ke KL.. boleh ke spe2 bantu sy..

amal.solehah said...

salam, kalau kita sekarang di sarawak, mcm mana ye nak dapakan permit import dari pejabat vet cheras? lagi satu, perlu ke kita cucuk microchip dekat kucing kita yg nak bawa balik semenanjung tu?

ummiross said...

Wassalam amal.solehah.

Ummi minta maaf banyak2 sebab tak dapat memberi jawapan yang tepat, apa yang tertulis adalah perkonsian pengalaman sebagai panduan.
Tiap orang lain situasinya, so untuk lebih detail dan tepat, eloklah hubungi Jabatan Veterinar sendiri ye. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusan.

Joy said...

Salam sis, nk tanya cage tu jenis yang plastik ke?

ummiross said...

@Joy;

Yup..yang plastik je Joy.

Ming Ahmad said...

Terima kasih di atas perkongsian info yg amat membantu kita semua pencinta haiwan..

Owais Badrin said...

asalam...boleh ajar sy mcm mn pula mau bw kucing dr KL ke KK? boleh email kan ke deladrianbadrin@yahoo.com.my

ummiross said...

@Ming Ahmad;

Terima kasih.

ummiross said...

@Owais Badrin;

Waalaikumussalam..

Maaf akak cuma kongsi pengalaman. Untuk dapatkan info yang tepat, rasanya elok saudara Owais tanyakan dengan pejabat haiwan dan jabatan yang terlibat.

SUAIDI MOHIDIN said...

Pengelaman sy bawa dr Semenanjung ke Kuching.
Microchip mmg kena untuk data kucing.
1. Dapat inport permit negeri nak bawa masuk/Sarawak.
2. Inport permit kena tunnuk untuk dapatkan Export permit dari tempat keluar/Semenanjung.

Sekarang kuarantin hanya 3 bulan. Dulu saya kena 6 bulan.