Sunday, November 7, 2010

RANCANGAN KHABAR HAJI KEMBALI LAGI

Ummiross memang tertunggu-tunggu rancangan Khabar Haji di Saluran Astro Oasis ni. Masih terasa kepuasan menonton rancangan ini pada tahun lepas yang dihoskan oleh Nazri Kahar dan Kamarul Ariffin Munajat. Seronok dan terharu dengan berita-berita yang dipaparkan terus dari Tanah Suci Mekah. Ummiross percaya perasaan yang sama dikongsi oleh ramai umat Islam khususnya bagi mereka yang telah menjejakkan kaki ke tanah suci, menonton rancangan sebegini mengimbau kembali kenangan manis semasa berada di Tanah Suci.Tahun ini dua orang  hos baru akan ditampilkan iaitu Aran dan Azhar, peserta Imam Muda. Rancangan ini akan disiarkan setiap hari setiap 10 malam bermula malam ini sehingga 21hb November 2010.
 
So malam ni ummiross keluar makan awal sikit dengan Mr. Hubby Darling, lepas tu lepak depan TV, nak lepas  rindu pada Tanah Suci Mekah.







2 comments:

MumMe said...

merdu dan lunaknya suara penyanyi ni...

Ummiross said...

@MumMe;

Hmmm bestkan MumMe, sejuk hati bila dengar...