Thursday, November 11, 2010

IMPAK SEBUAH DRAMA-STAIRWAY TO HEAVEN

Dah lama tak keluar rumah selepas zuhur.' Semenjak dua menjak' asyik menonton drama bersiri Stairway To Heaven. Semalam dah habis cerita, so hari ni nak lepak-lepak kat waterfront jap, sambil tunggu Mr.hubby darling menghadiri persidangan DUN Sarawak. Ramai jugak yang meraung tengok ending cerita tu semalam, kawan ummiross ada yang bengkak mata menangis hehe.. ummiross tak  de lah feeling sangat semalam sebab dah tau endingnya macam tu...
 
Entah apa 'kena' atau apa yang 'tak kena' dengan cerita tu, semua watak-watak penting 'terkena' akhirnya. Si Jodi yang comel macam anak patung tu,  tak habis-habis diuji akhirnya mati kerana kanser mata, si Cholo yang kacak segak tu  kehilangan cinta sejati, buah hati sedari kecil, si Eunice masuk penjara, si Maita mengalami gangguan mental, si Jovan meninggal kerana sakit sakit jantung, ibu Cholo pulak dimalukan dengan skandal berkasih dengan suami orang, dan yang paling kesian si Tristan huhuhuhuhu....!!!! berkorban apa saja...
 
Begitulah penangan sebuah cerita, kalau di olah dengan baik, kesannya begitu mendalam...

            Pasangan yang sangat sepadan...kalaulah diberi pilihan apa ending yang kita harapkan?





4 comments:

Cikmin said...

uwaaaaaaa!!! mahal kita....meremang bila tengok endingnya..tak suka...mesti la harapkan mereka bahagia setelah diuji dengan pelbagai ujian...dari kecik sampai besar tu...

cikmin dan draft entri pasal ending STH ni..esok baru publish... :)

Ummiross said...

Hehe...tangkap leleh jugak ye cikmin,tu lah setelah sekian lama menunggu,sad ending rupanya, mau tak bengkak mata...

Elly & Emmy said...

drama ni asal nya drama korea.. heroinnya yg berlakon drama winter sonata(Choi Ji Woo).. rasanya versi korea lagi shahdu..

ummiross said...

Hehe sitecik tomei tengok jugak ya..

Ha ah ye lah uda,ummiross ada dengar jugak pasal drama korea tu,nak kena tengok jugak nanti,tak puas lagi tengok...hehe