Thursday, May 7, 2015

MENJEJAKI KOTA BERSEJARAH ATHENS-GREECE

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Lamanya tidak menulis..ada perkara yang lebih memerlukan tumpuan. Hari ni ada sedikit waktu terluang…hanya berkongsi gambar-gambar percutian di Greece. Tambahan ada kawan nak berkelana ke sana, jadi ummiross kongsikan pengalaman ini sebagai panduan. Selamat berkelana teman, ke Greece dan Santorini Island...pulau impian.

“When we think of ancient Greece, we think right away of Athens.”

Dari Izmir,Turki..kami ‘terbang’ dengan Pegasus Airlines ke Athens. Untung dari Turki ni..ada banyak kapal terbang tambang murah, so pilihlah mana yang berkenan dihati.

DSC_2568_Fotor

 

Penginapan di Athens..Hotel Athinaikon, bilik kecik je tapi sangat strategik, walking distance je ke beberapa tempat yang menjadi “tourist attractions”. Dan yang penting..ada kedai makanan halal berdekatan. Tuan punya hotel ni pun sangat baik, dialah yang membantu mengatur perjalanan  kami ke Pulau Santorini sebelum ni.

DSC_2572_Fotor

 

Tuanpunya hotel yang baik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu. Beliaulah yang bersungguh membantu untuk memastikan hajat kami ke Pulau Santorini menjadi kenyataan.

 DSC_0384

 

Deretan kedai berhampiran hotel. Di hujung deretan kedai membelok ke kiri ada restoran India Muslim.

DSC_2574_Fotor

 

Menikmati nasi briyani di Athens, halalan toyyiban :)

DSC_2577

 

Bangunan kedai yang dijadikan tempat solat berjemaah.

DSC_2815

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas berehat dan menjamu selera, sessi jelajah kota bersejarah. Athens..kota dimana tamadun dan seni bina mendahului zaman. Athens juga melahirkan ramai ilmuwan dan ahli Falsafah terkenal, Aristotle, Plato dan Socrates. Zaman sekolah dulu, memang hafal nama-nama ni kan,  tak minat sejarah pun kena hafal juga, at least untuk jawab soalan exam.

 

DSC_2591_Fotor

 

The Acropolis of Athens

Kota tua bersejarah yang terletak di puncak bukit. Bukan sekadar terpegun dengan kemajuan seni bina Greece dahulu tetapi pemandangan dari atas bukit ini sungguh memukau.

DSC_2722_Fotor

 

Menaiki anak tangga yang datar dan tersusun, menjadikan pendakian lebih santai dan tidak memenatkan.

DSC_2681

DSC_2683_Fotor

DSC_2640_Fotor

DSC_2663_Fotor

Kota Athens dari “kacamata”… dari atas bukit.

DSC_2799_Fotor

DSC_2797 

DSC_2642_Fotor

DSC_2641_Fotor 

DSC_2648_Fotor 

DSC_2684DSC_2678_Fotor 

 

“The Acropolis, and the Parthenon in particular,was constructed between 447 and 438 BC and its sculptural decoration was completed in 432 BC. In 1987 it was inscribed as a World Heritage Site (UNESCO, 1987). “

 

DSC_2738_Fotor 

DSC_2779

DSC_2737_Fotor

DSC_2722_Fotor

DSC_2753_Fotor

 

SYNTAGMA SQUARE

“Syntagma Square is the most famous in Athens if not all of Greece. No matter where you have to go in Athens, if you can find Syntagma Square you can find your way there.”- Mr Google

 DSC_2862_Fotor

 DSC_2854_Fotor 

 DSC_2843_Fotor

DSC_2858_Fotor 

 DSC_0426 

DSC_2814

 DSC_0407

 

PLAKA
Plaka originates from the days of the Greek revolution. The settlement of Anafiotika was created in the 19th century by migrants from the Cycladic island of Anafi. They built their houses on the steep slopes of the Acropolis in their traditional island style. Thus, they created a small village with white-washed houses and narrow paths between them-Mr Google.

DSC_2613 

DSC_2614 

Paling best menghabiskan sepetang di Plaka menyelusuri lorong-lorong kecil dengan deretan kedai menjual pelbagai barangan..dari barangan antik, kraftangan, lukisan, cenderamata dan sebagainya.

 DSC_2864_Fotor

DSC_2865_Fotor 

DSC_2871_Fotor 

DSC_2881 

Bagi penggemar baranagn antik..macam-macam koleksi ada kat sini..

DSC_0393DSC_0394DSC_0395

 

Trademark? Pintu-pintu kedai yang sangat colourful

DSC_0397

 

OMONIA SQUARE

“Omonia Square is one of the oldest squares in the city of Athens and an important shopping centre. It is located at the center of the city at the intersection of six main streets.”- Mr Google.

Takde apa yang menarik sangat di sekitar Omonia Square ni. Kami melalui Omonia Square kerana mencari restoran muslim yang terletak tak berapa jauh dari dataran ini.

 

DSC_2816 

DSC_2821DSC_2818_Fotor 

 

Layan je lah gambar-gambar yang ada ni ye…kami singgah je mana-mana tempat yang sempat, nama tempat pun dah lupa, lama sangat entry tertunda.
Destinasi kami seterusnya ke Venice Itali..Olala!!!, cantik,!!!!, tunggu entry seterusnya ye.

DSC_2829_Fotor

 DSC_2926_Fotor

DSC_2928 

DSC_2921_Fotor

DSC_2924_FotorDSC_2874_Fotor

 DSC_2885_Fotor

Ikuti juga kembara Turki kami di SINI

Wassalam.

Sunday, February 15, 2015

BLOG TAK KELUAR GAMBAR-KENAPA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Kepada semua rakan dan pelanggan Batik Sarong Sarawak dari Salamborneo.blogspot.com:

Ummiross ingin memaklumkan bahawa blog kami menghadapi masalah untuk upload gambar di blog. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk sementara waktu para pelanggan yang berminat untuk melihat koleksi terbaru kami dan juga untuk membuat order, sila ke facebook kami Batik Sarawak Shop atau LIKE page kami Timeless Style.

Untuk makluman juga, kain-kain kami telah kehabisan stok dan stok baru akan sampai selepas raya cina nanti. Terima kasih atas sokongan para pelanggan yang tidak putus-putus terhadap batik etnik warisan kita.

Wednesday, November 12, 2014

GREECE-VOLCANIC ISLAND OF SANTORINI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Kabare rakan-rakan blogger? Lamanya ummiross tidak berblog. Rindu sangat kat semua. Bulan September baru ni ummiross bercuti, ke Turki lagi. Kali ni ummiross pergi bersama sahabat-sahabat zaman persekolahan dulu.. Kami berenam..all ladies, seronok..sambil melancong sambil menjalin kembali persahabatan

Balik dari Turki sangat sibuk pula melayan order Batik Sarong Sarawak dari para pelanggan. Ada banyak stok baru tapi ummiross tak sempat update kat blog. Kami hanya berjual beli melalui whatsapp. Kepada pelanggan semua, bolehlah lihat stok terkini di fb Batik Sarawak Shop dan juga fanpage kami Timeless Style.

Hari ni sambung cerita kembara kami. Kali ni ummiross dan suami mula bergerak keluar dari Turki untuk ke Greece.  Kami memilih penerbangan murah-Pegasus Airlines, dari Izmir ke Athens, Greece. Seawal pagi selepas solat subuh,kami suami isteri bertolak dari hotel kami di Ephesus menuju ke Izmir Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sesampai di Athens National Airport, kami menaiki train-Metro ke stesen Mastrina. Dari stesen ni, kami hanya berjalan kaki ke hotel penginapan. Sebelah petang, kami menghabiskan waktu menjelajah kawasan sekitar.

Malamnya kami cuba mendapatkan khidmat travel agency tempatan untuk ke Santorini Island tetapi semuanya dah tutup. Kami balik ke hotel dan bersembang tentang keinginan kami ke Santorini Island dengan pemilik hotel. Rezeki kami, beliau cuba menolong kami  dengan mencari tempat penginapan melalui internet dan menelefon sendiri pemilik penginapan di pulau tersebut. Beliau juga menelefon teksi untuk menghantar kami seawal pagi ke pelabuhan. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami.

Teksi datang menjemput kami dalam pukul 6.15 pagi. Olehkerana kami tiba agak awal, tidak perlu kami beratur panjang untuk membeli tiket feri. Feri laju Blue Star bertolak pada pukul 7.30 pagi. Perjalanan memakan masa juga oleh kerana jarak yang jauh walaupun menggunakn khidmat feri laju. Kami tiba di Pulau Santorini pada pukul 3.30 petang dan dijemput oleh pemilik tempat penginapan kami.

DSC_0078_Fotor

10257235_395905117216810_534977734045258958_o

882130_395960130544642_2464047119519632214_o (1)

DSC_0077_Fotor

   

Santorini Island dikatakan antara pulau tercantik dan unik kerana ianya merupakan pulau yang terbentuk dari aktiviti gunung berapi.

. “Did you know that the whole complex of Santorini islands is still an active volcano (the same as Méthana, Mílos and Nísiros) and probably the only volcano in the world whose crater is in the sea? The islands that form Santorini came into existence as a result of intensive volcanic activity; twelve huge eruptions occurred, one every 20,000 years approximately, and each violent eruption caused the collapse of the volcano’s central part creating a large crater (caldera). The volcano, however, managed to recreate itself over and over again.”

Terpesona-Santorini - “the red & black island with dark blue ocean.”10258062_395904673883521_6875258692127470136_o (1) 
 

SWEET HOME- nama tempat penginapan kami, rumah yang beberapa biliknya dijadikan bilik penginapan. Setiap bilik lengkap dengan dapur untuk memasak, bilik air yang sangat selesa, biliknya juga agak luas dengan 1 katil bujang dan satu katil double.

DSC_0228_FotorDSC_0081DSC_0087DSC_0089

Pope..tuan punya “Sweet Home” sangat peramah dan cukup membantu.IMG_0376_Fotor DSC_0083

Pope mencadangkan pada petang itu kami ke Oia, tempat yang menjadi tumpuan untuk melihat matahari terbenam. Ianya dikatakan antara tempat paling strategik didunia untuk melihat matahari terbenam.

Kami menyewa kereta untuk menjelajah pulau. 

DSC_0346

 

Sampai di Oia, kami melalui lorong-lorong kecil yang dipenuhi dengan deretan kedai cendera mata dan  terus menuju ke kawasan menghadap lautan.

DSC_0102_Fotor

“Yes, Santorini is an island of the classic Greek blue and white variety - but with a bit of exploring, it's easy to see a place of burnt orange and blood red, royal purple and butter yellow, electric green and pastel pink.” (Amanda Ruggeri).

Tepat sekali kata-kata  di atas, Pulau Santorini memang memukau dengan variasi warna alam semulajadi bagai lukisan.

DSC_0117_Fotor

 

Bila matahari mulai jatuh, cahaya oren matahari mula “melimpah” pada permukaan sekitar, menjadikan ianya sangat cantik “and so colourful”, bagai kanvas lukisan terbentang luas. Subhanallah..indahnya setiap kejadian ciptaan Allah SWT.

DSC_0136_Fotor 

DSC_0138_Fotor

 

“With its uninterrupted view west, Oia is the island's most popular place to take in the Aegean sunset's festival of colour. The show is so popular, in fact, that each summer evening the town's streets fill with camera-toting visitors ready to capture the spectacle. But even before the sky lights up with fluorescent oranges and pinks, Oia itself turns a peach hue, bringing out the oranges in the volcanic rocks of the cliffs below.”
(Amanda Ruggeri)

Ketika kami tiba, hampir setiap ruang telah dipenuhi oleh orang-ramai untuk merakamkan saat matahari terbenam di Oia. Tempat yang kami dapat tidaklah berapa strategik, tetapi dapat juga kami mencelah walaupun agak sesak.

1548156_395910663882922_3074482410624395191_o

 

Mencari tempat strategik, di atas “cliff” ini juga dipenuhi oleh ramai remaja. Ada berani?, hehe..

DSC_0122_Fotor

DSC_0191

 

Matahari mula terbenam, cantik betul bila cahayanya mula memantul pada bangunan yang berwarna putih.

DSC_0152_Fotor

DSC_0154_Fotor 

 10321729_395910073882981_433536769701939129_o

 904524_395905477216774_8319158269627365239_o

 DSC_0123_Fotor

DSC_0189_Fotor_Fotor

 

Kalau di Athens kami temui kedai makanan halal, di sini kami terpaksa masak sendiri. Sepulang dari melihat matahari terbenam, kami membeli sedikit barangan dapur untuk memasak. Inilah hidangan makan malam kami ubi kentang digoreng bersama telur dan tomato, dimakan bersama biskut dan susu segar, sudah cukup mengenyangkan.

DSC_0207 

 

Keesokan harinya, seawal pagi kami mengambil peluang memandu mengelilingi Pulau Santorini. Rumah-rumah dan bangunan di Pulau ini dicat dengan warna putih menjadikan ianya sangat cantik bila berpadu dengan unsur alam..laut yang membiru dan batuan pulau yang kemerahan..

DSC_0283_Fotor 

 DSC_0298_Fotor

DSC_0303_Fotor

 

 DSC_0252

 

Black sand beach..pasirnya berwarna hitam kerana asalnya dari batuan gunung berapi. Satu lagi pantai yang terkenal dengan  pasir berwarna merah.

DSC_0237 

 

“Countryside” pulak,  sejuk mata memandang.
Kelihatan dalam gambar pokok anggur yang masih kecil di tanam rapi. Terdapat banyak ladang anggur di pulau ini.

DSC_0330

DSC_0271_Fotor

DSC_0267_Fotor 

DSC_0259_Fotor

DSC_0260_Fotor 

 

Lewat tengahari kami memulangkan kembali kereta yang kami sewa dan menaiki teksi ke pelabuhan. Sementara menunggu feri datang, kami menikmati secawan kopi di cafe berhampiran.

DSC_0360_Fotor 

Terharu sangat kerana pemilik cafe ini mengizinkan kami menunaikan solat di bahagian belakang cafenya.

DSC_0367IMG_8625 

 

Selamat tinggal Santorini Island. Keindahan pulau ini akan terus terpahat di ingatan. Kami akan kembali ke Athens sebelum seterusnya bergerak ke Venice, Italy.

DSC_0374_Fotor

Ikuti kembara kami di bumi Turki sebelum ini di SINI .