بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Dapat tengok payung di Masjid Nabawi pun jadilah kan..cukup untuk membangkitkan nostalgia, seribu rasa seribu cerita. Kenangan dan pengalaman kita mungkin serupa tapi tak sama, yang penting tiap dari kita mencari redhaNya, mengimpikan syurgaNya. Moga redup payung ini turut menjadi saksi bagi setiap langkahan kaki menuju ruang solat di dalam Masjid Nabi atau saat menuju Raudhah dan menziarahi baginda Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ).
Biarlah kita terus merindu, kerana bagi ummiross rindu bumi Mekah dan Madinah adalah satu anugerah. Manifestasikan rindu itu dengan segala amal kebaikan, berpandukan Al Quran dan juga sunnah.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!” [Muhammad 47:33].
Salawat dan salam buat baginda Rasululluh (صلى الله عليه وسلم )…
PS: Al Fatihah buat perwira negara yang gugur di Lahad Datu Sabah. Moga kemelut di sana dapat diselesaikan dengan segera.