بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
Hari ni kita cuci matalah pula ye, tengok kain Batik Sarong Sarawak aka Batik Borneo corak pua kumbu terbaru dari Salamborneo. Ada 4 corak semuanya, setiap corak mempunyai 5 warna. Semuanya tersangatlah cantik!!!. Kainnya lembut beralun, corak etnik pua kumbu yang unik dan padanan warna-warnanya pula sangat menawan.
Bagi semua regular customer Salamborneo dan juga bakal pelanggan baru, jika ada yang berkenan, cepat-cepatlah order ye, email kami atau sms sahaja. Boleh juga pm kami di fb Batik Sarawak Shop. Tapi kalau nak cepat tak dapatlah ye, sebab ummiross pun nak bercuti juga.
Kepada rakan-rakan blogger semua, selamat bercuti dan menghabiskan masa yang berharga bersama keluarga tercinta. Hari ni ummiross pun nak balik kampung, insyaAllah panjang umur, minggu depan kita lagi jumpa lagi ye.
Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
Jenis : Batik Sarong Sarawak/Batik Borneo
Material :Cotton spun (lembut)
Ukuran : 2m (belum berjahit)
Harga runcit : RM28
Harga borong : Sila hubungi ummiross.
Saranan : -Sesuai dipadankan dengan baju kurung atau blouse dll. Boleh juga dibuat baju atau pants dan dipadankan dengan kain polos
Tips: Sebagus mana pun kain cotton, tentu akan mengalami sedikit pengecutan, sila besarkan sedikit ukuran (sedikit sahaja) bila nak buat baju dan lain-lain..
Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS077B
(BS077A-Kelabu) (BS077B-Coklat) (BS077C-Turqois) (BS077D-Purple) (BS077E-Maroon)
Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS078A.
(BS078A-hijau turqois) (BS078B-pink tua) (BS078C-purple) (BS078D-merah) (BS078E-biru)
Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS076B
(BS076A-Oren coklat) (BS076B-Purple) (BS076C-Merah) (BS076D-Turqois) (BS076E-Coklat)
Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS073E.
(BS073A-turqois) (BS073B-merah) (BS073C-Coklat) (BS073D-purple) (073E-Hijau lumut)
WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN ATAU SKRIN GAJET MASING-MASING.
KAIN-KAIN AKAN DI POS 2-3 HARI SELEPAS DUIT DI BANK IN (BERGANTUNG KEPADA HARI PENGHANTARAN). SILA ORDER MENGGUNAKAN KOD SEPERTI DI ATAS UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN DAN MENGELAKKAN KESILAPAN.
KAMI AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA ADA KESILAPAN DAN KECUAIAN DARI PIHAK KAMI. KAMI DAHULUKAN DENGAN SALAM KEMAAFAN DAN KAMI AKAN CUBA SELESAIKAN SEBAIK MUNGKIN. NAMUN JIKA ADA KESULITAN DAN KELEWATAN DALAM PENGHANTARAN OLEH PIHAK POS, ITU ADALAH DILUAR KAWALAN KAMI. SILA GUNAKAN NOMBOR TRACKING DAN HUBUNGI SENDIRI PEJABAT POS TERDEKAT. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA.
9 comments:
Cantikkk ...
Slmt bercuti ummi ♥
Cantik2 semua rambang mata...ada kain yg tk berjahit lgi tu..
seronoknya balik kmpung...
cantik2 belaka!
Assalamualaikum wbt...
happy holiday ummi...
jangan lupa balik putrajaya tau...
hehehehe....
ne ponteng kelas ye semalam? hehehehe....
huwaaaaaaaaaa......cantik sgt2.......
Selamat bercuti ummi.
YANG PALING UNIK KAIN KALINKAN SARAWAK...
Assalamualaikum ummi. Mmg cantik2 coraknya ummi. Selamat bercuti ya ummi. Intan bz anak2 nak naik sekilah ni...
masa kat terenganu hari tu,teringat nak sms ummi.kut2 time tu ada kat kg hehe
salam k.ummiros..
menarik coraknya..
Post a Comment