Wednesday, June 19, 2013

LA VALLE VILLAGE DAN FRAGONARD PERFUME

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Pertukaran waktu menyebabkan tidur tak berapa lena. Dah masuk musim panas(tapi masih sejuk amat!) siangnya panjang, pukul 6 petang baru masuk asar, pukul 8 malam masih cerah dan meriah, maghrib dalam pukul 9.30 malam dan masuknya waktu isya hampir jam 12 malam, Tidur sekejap je dah nak bangun solat subuh, lebih kurang 3.30 pagi, hehe..macam bangun solat tahajjud pula. Sekejap sahaja hari sudah cerah, bila buka langsir, macam tak percaya hari sudah terang benderang.

Namun pagi kami tetap bermula dengan ceria, cuaca sejuk mencengkam, tapi badan terasa segar dan bersemangat, hehe kalau bab nak shopping memang bersemangat walaupun sebahagian besarnya dalam kategori window shopping. Pagi ni ummiross dan Mr Hubby nak nak ke La Vallee Village-factory outlet.

“La Vallee Village is a unique outlet shopping village where a hundred leading ready-to-wear, table ware and luxury labels offer their previous season's collections (33% to 60% reduction on original recommended price) in a charming open air environment.” -Mr Google.

Mulanya kami menaiki train tapi ada sedikit kesilapan teknik, kami tersilap stesen untuk pertukaran keretapi, hehe..maklumlah sesi redah dan terjah je ni. Kami kemudiannya  bertanya bahagian info dan mereka memberi dua alternatif untuk meneruskan perjalanan kami, samada menaiki train lagi atau menaiki bas.

Waa naik bas pun best juga, adventurous pula otai berdua ni hari ni, hehe. Tak lama menunggu, bas dah sampai.  Rasanya dalam bas tu kami berdua je pelancong, yang lain-lain tu rakyat tempatan tapi mereka tidak keberatan membantu.Seronok juga melihat pemandangan dan suasana disepanjang perjalanan, ala-ala Paris sightseeing pula.

20130525_084742IMG_7480

Bila sampai stesen bas yang dituju, lagi sekali kami naik train, dah lupa berapa stesen, tapi dah dekat sangat dah dengan Val de Europe. Alhamdulillah, sesi redah dan terjah yang berjaya juga akhirnya.

IMG_7491 

 

Keluar je dari train station ni, berjalan sikit, dihujung tu adalah Val d’Europe Shopping Center.

DSC_0080

 

Mall atau shopping center ni memang besar, ada dalam 130 kedai,  ada hypermarket-Auchan , food court dan juga SEA LIFE- indoor aquarium. Kami pusing-pusing kejap je kat mall ni sebab  tujuan utama nak ke factory outlet terlebih dahulu.

DSC_0047DSC_0049DSC_0052IMG_7494

 

 

Pintu keluar dari mall untuk  ke La Vallee Village, keluar je dah nampak area factory outlet ni.

DSC_0056 DSC_0060

 

Cantik dan tersusun deretan kedainya. Kedai barangan berjenama di sini menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran biasa. Ummiross ni bukanlah peminat tegar barangan berjenama, adalah membeli sikit-sikit sebagai kenang-kenangan. Semangat nak membeli pun dah merudum sejak dah tua-tua ni, kalau keluar berjalan santai-santai sekarang ni, duit pun letak dalam poket je, hehe.

 DSC_0078A

 

Walaupun tak banyak membeli, tapi rasa sangat berbaloi datang ke sini, dapat melihat shopping village yang sangat cantik.

DSC_0064DSC_0073DSC_0070aDSC_0069

 

Kat kedai Longchamp ni ramai pula ummiross jumpa orang Malaysia, siap sembang-sembang lagi.  Ada yang menginap di hotel berdekatan. Lagipun hanya satu stesen sahaja dari sini untuk ke Paris Disneyland, jadi ramai juga yang menginap di kawasan sekitar kerana ada perancangan nak ke Disneyland, sambil-sambil tu bolehlah shopping sekali.

DSC_0074

 

Dah puas ronda-ronda, masuk balik kat mall tadi, beli buah-buahan kat hypermarket. Banyaknya jenis buah-buahan, fresh pula tu. Epal dan limau tu sangat manis. Masa selebihnya window shopping je, jalan-jalan cuci mata. Buah beri tu makan dengan sos thousand island, dah siap bawa dari Malaysia. Ummiross kalau berjalan memang suka bawa mayonnaisse atau apa-apa sos yang sewaktu dengannya, buat salad buah-buahan, berkenduri kat bilik hotel, hehe..

 20130525_20582420130525_205815

 

Tengahari kami balik semula ke hotel. Singgah makan dulu, Alhamdulillah ada muslim cafe kat area hotel ni, tapi kena jalan sikitlah. Bila nak bayar, mereka siap bagi roti lagi untuk kami bawa pulang. Seronok mereka bila bertemu sesama muslim.

IMG_7495 IMG_7496

 

Selepas solat di hotel, kami menaiki train lagi untuk ke Fragonard Scribe Museum. Perancis memang terkenal dengan perfume dan Fragonard ni merupakan antara syarikat minyak wangi tertua di Perancis (since 1826) dan hingga kini masih dibuat secara manual/hand made. Perfumenya boleh dikategorikan sebagai premium dan eksklusif serta hanya dijual di kedai mereka sahaja dan juga di kilangnya yang terletak di Grasse, dalam 30 minit perjalanan dari NICE. Di Paris ni, Fragonard mempunyai outlet dan museum mereka sendiri. Berpandukan info dari Trip Kekawan, akhirnya sampai juga kami ke sini, tak berapa jauh dari Galleries Laffayette rupanya.

Masih ramai pengunjung di sini, walaupun hari dah petang. Memandangkan perfume ni tidak dijual ditempat lain, rasanya berbaloi juga untuk membeli perfume di sini. Boleh klik LINK ni, untuk mengetahui sejarah Fragonard perfume secara lebih detail.

  DSC_0096ADSC_0091AIMG_7508AIMG_7507a

 

Ummiross beli set yang kecil ni, ada 5 botol semuanya dan 3 botol dengan haruman yang sama - Belle de nuit, ummiross pilih ni sebab rasa best dan harum sangat baunya. Ada yang interested?..bisa diatur, harga gudang ibu.

DSC_0127

Belle de Nuit is a perfume for women - An opulent harmony of flowers and fruit is built on a velvety musk base. It incorporates mirabilis flower aromas, violet, geranium and rose, as well as intoxicating fruit notes of plum- MrGoogle.

IMG_7506A

 

  Selesai di Fragonard kami menapak ke Galleries Lafayyette.

IMG_7514

 

Ronda sekejap je kat dalam ni, banyak membelah dari membeli, hehe..lagipun dulu dah pernah ke sini. Beli souvenir sikit-sikit. Sesiapa yang dapat FM dari Paris  tu, ummiross beli kat sinilah, yang lain-lain tu dibeli di negara yang berlainan, mana yang sempat. (ps: Ummiross dah pos FM kepada semua yang dah beri address hari tu ye, moga selamat sampai. Ianya hanya souvenir kecil, tapi ummiross titipkan dengan salam ukhwah yang besar. terima kasih sudi terima).

IMG_7510 IMG_7512

 

Sebelum balik, naik ke atas sekejap untuk melihat view sekitar dari atas bumbung Galleries Lafayyete ni,  posing dulu di sini, berlatarbelakangkan Eiffel Tower yang nampak kecik cenonit tu..

 DSC_0098A      20130525_185123    DSC_0110

Masa untuk pulang dan berehat, esoknya akan bertolak ke Switzerland, antara negara yang cantik dan bersih di Europe pada pandangan ummiross.

 

(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri).

50 comments:

Ratu Hatiku said...

As salam ummi,
Wah memang cantik2 tempat dorang ya ummi. Mesti wangi sgt perfume yg ummi beli tu kan.. :D

p/s: tq ummi fm dah sampai smlm..cantik! :D

Ina Hashim said...

salam kak

wah bestnya jalan2 Paris.....brp rege perfume tu kak?akak jual separate sebotol2 ye?

ummiross said...

@Ratu Hatiku;
Wassalam RH...
Memang cantik La Valle village ni, walaupun tempat membeli belah, tapi ada banyak kerusi taman disediakan, dah penat boleh rehat2 kat situ. hehe..harum semerbak baunya RH.
Alhamdulillah dah sampai, sama2 kasih.

dear anies said...

ummi... mata sy nmpk Guess, diesel, coach kt deretan kedai2 tu haahhahahaaha... mmg materialistik betul...
seriously...sgt2 cantik dan bersih! rs mcm nk tido je ats jln tu.. perfume tu wangi la da smpi ke sini bau nyer ;-)

ummiross said...

@Ina Hashim;

Wassalam ina..
ye ina..akak jual separate sebotol2. Nanti akak pm harga ye.

ummiross said...

@ Khai♥Rin : anies;

hehehe..memang terang lagi bersuluh ,nampak je ye anies, saja je tak nak sebut dalam n3 jenama2 tu, nak uji kecekapan mata anies.

NM03 said...

nak jual ke perfume tu ummi?

ummiross said...

@NM03;

A'ah yup, ummi nak satu je, tapi ummi beli satu kotak yg 5 botol tu sebab harga ada less, yang lain2 tu nak jual sebotol2. Kalau berminat nanti sms or email ye.

Kamsiah yusoff said...

terimakasih kerana berkongsi gambar2 yg sangat cantik,mengujakan..menjeleskan hehe..
persekitaran ditempat mereka yg bersih,cantik dan tersusun...ummi...seolah tiada samnpah sarap..

Kakzakie Purvit said...

Seronok.. itu yg jelas dapat kakak katakan.

1. bawa mayonis/thousand island dari tanahair itu yg best ikut selera kita
2. Longchamp tu menarik mata kakaklah ummiross
3. Mesti banyak perfume ummiross beli selain FM yg dah diagih.
4. Kakak tunggu next N3:)

Amie said...

Bestnya kalau dapat merayap kat shopping village macam Ummi.... he he ehhh tak sabar nak tunggu entri Ummi ke Switzerland... cantikkan pemandandan di sana.

puanbee said...

tudia .. bee dpt ilmu kalau keluar negara bawa sos2 sendiri ye..

Anonymous said...

tq share cerita yer kak !

Acik Erna said...

assalam ummi..seronok je acik baca pengalaman ummi

ummiross said...

@❤Kamsiah❤;

Sama2 kasih, ummi belajar dari Kam juga ni, gambar2 kat blog Kam lagi cantik. Shopping village ni memang bersih berbanding kawasan sekitar Eiffel Tower.

ummiross said...

@Kakzakie;

Tulah Kakzakie, ummi ni bila berjalan macam nak pergi berkelah pun ye,bila jumpa buah fresh ni suka sangat.Longchamp ramai peminat juga kan kak,uishh, harganya sangat berbaloi disana.FM tu agak banyak juga ummi beli, memang ingat nak bagi hadiah kat kawan2, kalau orang suka, Alhamdulillah dapat juga pahala kerana menggembirakan kawan2.

ummiross said...

@Amie;

Betul tu Amie, tepat sekali istilah merayap tu,jalan2 pelan2 sambil menikmati udara segar,belek2 barang, kalau suka beli kalau tak suka kita belah hehe..yang penting dapat cuci mata kan Amie.

ummiross said...

@puanbee;

Best buat salad buah2an bee, kalau ada sos yang sesuai.

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Sama KA, sharing is caring.

yan's cottage said...

salam Ummi...

bila baca n3 nie...Yan rasa macam tak sabar2 nak pergi & lihat sendiri keindahan tu....biasalah Yan memang suka dengan keindahan nie he hee...

p/s Ummi tq..ye barang kiriman Ummi dah selamat sampai....

ummiross said...

@Acik Erna;

Wassalam Acik, berblog berkongsi pengalaman, pengalaman Acik dan rakan2 lain pun best juga, jadi rutin ummi membaca setiap kali masing2 ada n3 baru.

Sweet N Pretty said...

Assalamualaikum ummi. wah lama blog ummi sunyi sepi. alhamdulillah dh slmt kembali ke tanah air:) Seronoknya ummi jln2 cuci mata tgk negara org. terima kasih ummi syer kt sini. tgh berangan ni bila la dpt sampai sana hehe

Unknown said...

wah jual perfume...ehe..best ni..

Kekzamanis said...

Assalamualaikum Ummi..

First time singgah sini.. Menarik perkongsian ummi.. Mieza memang suka baca blog2 travel macam ni.. Sekurang2nya boleh bagi info & pengalaman yang sama buat kami yang belum merasa dapat melancong ke luar negara macam ni.. Cantik snagat pemandangan dari atas bumbung tu.. =)

MumMe said...

anak murid mumme pun ada yg ke paris cuti sekolah lepas...seronok dia pg disneyland paris...thanks atas ingatan ummiross...suka baca catatan pengalaman org melancong...---semoga ada aura yg akan terlekat utk diri sendiri---nanti--- :)

Unknown said...

Salam kak...best nye shopping2, jalan2..nk tunggu n3 seterusnya.

ummiross said...

@yan's cottage;

Wassalam Yan..
Boleh2 Yan,ummi doakan cepat tercapai hasrat Yan, jalan2 melihat keindahan ciptaan Allah SWT.

Dah sampai ye, Alhamdulillah, sama2 kasih.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Waalaikumussalam Intan..

Alhamdulillah dah balik Intan, cuma hari tu menyepi kejap, menghilangkan letih.InsyaAllah Intan, nanti dapatlah tu, ummi dah tua baru dapat berjalan jauh.
Memang cantik view kat situ Intan.

ummiross said...

@izan mama mia;

hehe..izan, beli lebih sikit hari tu, kalau ada yang nak beli boleh je.

ummiross said...

@MumMe;

MumMe..kalau ada anak kecik memang best pegi Disneyland. Nanti bolehlah bawa Danish dan Nuha, suami MumMe pun dah biasa kat sana kan, mesti meriah anak-beranak.
Sama2 kasih MumMe..
Nanti ajak 'abang' honeymoon Paris ye, hehe..

ummiross said...

@nea lopah;

Wassalam Nea..

Terima kasih Nea sudi singgah dan sudi baca, insyaAllah suatu hari nanti giliran nea pula.

NzA said...

waaaaaahhhhhhhhh..bestnya ummi..terngangga + terlopong mulut nza tgk pic yg cantik2 tu..ummi snap guna dslr ek......bila la nk smpai sana...xsabar nk tunggu n3 seterusnya....

aizamia3 said...

cantik dan bersih tempatnya.. ;)

Si Matatajam said...

Akak pm harga kat FB M yek.. kynyanie

Si Matatajam said...

Seronoknya akak jejalan kat situ yek..Wah Bestnya sapa yg dapat fm Paris tu...

Unknown said...

as asalam ummi & salam perkenalan.. lia dtg dari blog kak zakie... :)

seronoknya dapat melihat tempat org.. jauh perjalanan luas pengalaman.. ehhh..pemandangan..hehee

OKje said...

Banyak berjalan luas pandangan... seronoknya UR...

Zaitun said...

Salam perkenalan.

makchaq said...

Singgah dari blog KakZakie..

Seronok baca cerita orang pi jalan2 ni.. kawan makchaq pun ada baru balik dari kembara erpoah.. tapi katanya penat sangat2.. banyak tempat depa pi kot..

Hanis Azla said...

Salam ummi..

seronok betul dapat baca catatan ummi.. wah.. turun naik bas dengan turun naik tren lagi kan.. kat tempat sendiri susah sikit kita nak naik kenderaan awam kan.. pengalaman yang best juga tu.. sukanya tgk outlet village tu.. nampak bersih dan tersusun..

Anonymous said...

Salam Ummi, FM dah sampai tq, nanti KA up satu n3 kat blog yer hehehe

Unknown said...

saya dah tengok fm tu kat beberapa blogger punya entri.cantik juga.hehe..

semua gambar2 ni memang cantik la..huhu..

Nora Karim said...

seronoknya bila dapat baca entri travelog... maklum la nak pi sendiri tah bila2 sampainya... so bila ada yang sudi bercerita macam ni... tumpang excited... thanks sharing! ^_^

nurbijen said...

baca entry ni, buat rasa nak pergi Paris lagi... tak puas cuci mata kat La Valle Village tu... mmg cuci mata jer, nak beli fikir 10 kali... hihihi
Tak sabar nak tunggu cerita swiss pula...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam ummiross..

huhu... seronoknya g paris..
sungguh cma terpukau dgn pemandanga kat sana,, rasa nk masuk je dlm gambar tu..

mesti bau minyak wangi best dlm kedai tu.. :)

solat subuh 3.30 pg? huhu.. jauh beza waktunya kat mesia

ummiross said...

@NzA;
hehe...NzA.
ye NzA..ummi guna dslr, tapi tak pro ambik gambar, hentam je tu, sebelum pegi jenuh juga belajar dengan anak.

ummiross said...

@aizamia3;
betul tu aizamia3, cantik dan bersih.

@Si Matatajam;
Wokeh M, seronok bermesej dgn M semalam. Tq ye.

@ismaliana sulaiman;
Wassalam Lia..salam kenal juga dari ummi. Tq ye sudi singgah.

@hainom OKje;
Okje..Seronok dan penat pun ada.

@Zaiton;
Salam kenal juga, tq sudi singgah blog ummi ye.

@makchaq;
Betul makchaq, masa berjalan tak sedar penat, bila balik memang terasa penatnya, lepas seminggu oklah, back to normal.

@Hanis Azla;
Wassalam Hanis..
Yelah hanis, kat train station dia siap ada peta dan info yang membantu, jadi tak risau naik kenderaan awam. Village memang bersih sangat Hanis.

@Kesuma Angsana;
Alhamdulillah selamat sampai. Hehe..tq KA.

@Nana Liena;
Hehe..ada tengok ye.Tq sangat pada yang buat n3, pemberian kecil je dari ummi.Terima kasih Liena.

@Nora Karim;
Terima kasih Nora sudi baca, insyaAllah, satu hari rezeki Nora pula.

@nurbijen;
oh pergi La valle village ye, memang nak beli fikir 10 kali,barang mahal walau murah masih tetap mahal kan, hik!

@ ♥ Cmª shIemª ♥;
Wassalam Cma..
Memang seronok berjalan sekali-sekala kan, lihat kelainan negara orang.Minyak wangi tu,fuh!!, memang best!!.Ye kan,awalnya subuh kat sana.

Anonymous said...

jeles puya pasal ngan ummi...nekad nk ke uk gak thn ni...hahaha..

tq ummi for FM..tu yg semangat nk jln2...^^

ummiross said...

@JS;

Hehe..pegi JS jangan tak pegi, honeymoon dengan abang.

Sama2 kasih JS, ummi pun selalu dapat souvenir dari JS, Tq.

Salmi said...

Bestnya Ummi. Terasa keseronokan berada di Longchamp tu..