بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam bertemu kembali…
Ummiross fikir ianya anugerah Allah. Suaranya, bacaannya..bersatu menjadi aura yang sangat mengesankan. Malah ummiross yakin jutaan manusia mengimpikan untuk bersolat bersama beliau bila ke Masjidil Haram.
Indahnya saat ini, ia sangat-sangat melekat dihati. Alhamdulillah,Ummiross dan suami antara insan kerdil yang turut hadir di sini. Terima kasih Allah kerana menjemput kami. Pasti setiap kali, rindu datang lagi..
Sedikit mengenai Sheikh Abdul Rahman Sudais;
At the age of 12, Al Sudais memorized the Holy Quran, and studied in the 'Al Muthana Bin Harith' Elementary School and was graduated in 1979 with a grade of excellent in ' Riyadh scientific Institution'.Sheikh AL Sudais is known for the particularity of his voice and for his emotional recitation of the Quran in accordance with Tajweed. In 2005, he received the prize of the ‘Islamic Personality Of the year' in the 9th annual Dubai International Holy Quran Award. (Sumber: The Holy Quran: Online Quran Recitation)
PS: Ummiross dan suami selamat kembali pada hari Rabu lepas. Terharu dengan komen dan doa2 dari rakan2 semua. Ummiross doakan,doakan, doakan agar Allah membalas kalian semua dengan kebaikan berganda dan dimakbulkan setiap permohonan. Ummiross sedang mencari mood berblogging, rasanya dah jatuh tahap zero. Bagaimanapun ummiross masih menguruskan order dan penghantaran kain ‘di belakang tabir’. Jadi kepada yang berminat, sila email atau sms sahaja ye.
48 comments:
selamat pulang ummi!
best kn suasana kt sana sepanjang ramadan!
byk x 'kutip' kurma dan roti sepanjang berbuka kt masjid?
tarawih camne? genap x 20 rakaat?
ramai x rg Turki?
arghh terbawa2 memori ms g ke sn...
Alhamdulillah...telah selamat kembali..pastinya menyimpan impian utk kesana lagi..
bertuahnyer badan....
alhamdulillah semuanya selamat...
selamat kembali berblogging ummi...
Selamat kembali Ummi.... alhamdulillah telah selesai urusan Ummi. Moga mendapat limpah rahmat daripada-Nya.
Memang kuat betul gelombang minda Amie (telepati) sebab masa masak di dapur tadi tiba-tiba Amie teringat Ummi, dalam hati Amie kata lamanya tak dengar khabar Ummi, rindu dengan komen-komen Ummi, agaknya waktu Amie teringat tu Ummi dah sampai ke 'dapur' Amie sebab masanya pukul 4 lebih itu (waktu Ummi tulis komen)memang Amie sedang masak di dapur sorang-sorang sambil terkenang Ummi! Salam sayang & rindu buat Ummmi... selamat berpuasa ye Ummi.
YA ALLAH, bila ummi balik..RINDU ummi sgt2....sepi tnpa komen dr ummi..jiwa xtenteram rasanya...Oppss!!!xcited sgt smpai lupa nk tnya khabar..Ummi apa khabar??????.
Syukur alhamdulillah ummi dh slamat kembali..RINDU ummi ketat2....MUAH10X!!!!
Assalamualaikum Ummiross
Alhamdulillah
Syukur
Semuanya berjalan lancar
Selamat kembali ke tsnsh air
Moga memperolehi umrsh yg mabrur
Selamat berbuka puass
Assalamualaikum ummi...
Selamat kembali....Alhmdulillah, semuanya selamat...semoga ummi sntiasa sihat dalam mnjalani ibadah puasa...
assalamualaikum
alhamdullilah ummiross telah selamat kembali ke tanah air - semoga beroleh umrah mabrur.
salam ramadhan
Assalamualaikum Yong Ummi,
Selamat pulang ke tanah air bersama suami. Alhamdulillah dpt melakukan ibadat umrah di bulan Ramadhan yg berkat! Bertuah!
Assalamualaikum ummi..
Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah ummi dah selamat kembali ketanah air. Tahun ni saya tak berpeluang untuk hijrah kerana tugas. Insyaallah panjang umur tahun hadapan. Sgt rindu untuk kesana.
Assalamualaikum Ummiros
Subhanallah..............."insan terpilih" telah kembali ke tanahair.
Saya percaya ummi masih terngiang2 bacaan Iaman Sudais dan suasana di Haram.
Istiqamah....itulah azimat untuk kita terus mengekalkan cara kita mengisi masa dengan ibadah dari celik mata hingga ke malam nanti...insyaalah..barokallahu fik
Alhamdulillah ummi dah selamat pulang.. Alhamdulillah ummi dan suami dapat peluang yg indah itu ketika di sana.. Tak sabar nak dgr cerita2 ummi.. Selamat berpuasa ummi..
syukur selamat pergi dan selamat pulang.... memang utung kerana terpilih untuk berkunjung ke sana...
@KhaiRin : anies;
Terima kasih Anies. Hehehe..banyaknya soalan,hehehe ni mesti rindu sangat suasana di sana. Anies pergi bulan puasa dulu?.Alhamdulillah..suasananya masih sama anies. Kalau nak solat berimamkan Sudais memang kena tunggu, 10 rakaat pertama tu imam lain,selepas tu baru imam Sudais.Moga Anies dapat ke sana lagi nanti.
@❤Kamsiah❤ ;
Terima kasih Kamsiah, insyaAllah impian kita semua untuk ke sana lagi.
@Kesuma Angsana;
Alhamdulillah, bersyukur sangat padaNya.
@jemarisuri;
Terima kasih JS. Dah lama berehat, mood nak berblogging merudum ni JS..hehe.
@Amie;
Terima kasih Amie atas ucapan dan doa.
Ooh telepati ye Amie,bagus tu.Amie tengah masak ye masa tu, patutlah ummi rasa nak masuk dapur Amie je, nak mengintai juadah iftar Amie,mesti sedap2!. Terima kasih atas ingatan, salam sayang selalu.
@NzA;
Hehe..seronok 'jumpa' NzA kembali, ummi balik Rabu lepas, berehat seketika,nk start berblogging tu malas bebeno rasanya, hik!. Alhamdulillah, kat sana ummi sihat wal afiat. Dah balik ni ada batuk sikit2, harap tak melarat.
Rindu NzA juga, muahh!!10x juga,hehe..
@atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
Alhamdulillah, terima kasih atas doa2 atuk, semoga Allah membalas dengan kebaikan jua. Selamat berpuasa ye atuk!
@sonata anak kancil;
Waalaikumussalam cikgu..
Alhamdulillah, terima kasih atas doa2,Amin2x. semoga cikgu diberkati Allah selalu.
@ MulutPayau;
Waalaikumussalam MP...
Terima kasih Mp,ummi doakan kebaikan untuk MP juga. Seronok baca n3 MP, rajin masak, mesti best suami dan anak2..
@ MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam Kak..
Alhamdulillah dapat beramah mesra dengan akak kembali di alam maya. Dunia kecik kan kak, travel agency yang sama, kawan akak rupanya. Terima kasih atas doa2.
@Deru Ombak;
Waalakumussalam Kakya..
Seronok dapat bertemu Kakya kembali di alam maya.Alhamdulillah, berkat doa rakan2, semua dipermudahkan Allah SWT. Semoga Kakya dapat ke sana lagi tahun hadapan, mengubat rindu dihati, insyaAllah.
@Mak Wan;
Waalaikumussalam Mak Wan. Bertemu kembali kita ye mak wan..selamat menunaikan ibadah puasa.
Terima kasih Mak Wan. Memang masih terbayang2 suasana di sana, baru pulang sudah rindu-rinduan. Betul Mak Wan,istiqomah!Moga momentumnya terus kekal!
@Hanis Azla;
Alhamdulillah, terima kasih Hanis kerana sentiasa mendoakan kami. Tersangat banyak yang manis, yang melekat kemas dihati, tentu Hanis pun masih segar dengan kenangan umrah baru2 ni, mengingatinya hati jadi tenang kan.
Ummi pun rindu nak baca celoteh2 hanis, comel je!.
@Kazman / Sue;
Terima kasih Kazman/Sue. Alhamdulillah berkat doa dari rakan2 semua juga, moga Allah membalasnya dengan kebaikan jua.
salam kak,
Selamat kembali...mesti masih menebal kerinduan pada Makkah dan Madinah kan?Ina haritu pun sebulan jugak baru nak dapatkan mood bekerja balik...mmg hilang mood terus bila balik ke Msia...samalah dgn blogging....mmg terus xde aura nak menulis....dalam kepala hanya terbayang2 kenangan di sana...Subhanallah....
Assalamualaikum ummi.... moga sihat
Syukur ummi n suami dah slmat balik... rehat dulu n dapatkan mood brblog smula
salam UmmiRoss.Alhamdulialh telah slmt kembali.
Rehat2 dulu ya..pastinya keletihan dispjg perjlnan menaiki kapalterbang.
Mmg sedap azan dr sheikh Abdul Rahman Sudais..
suami atie ada beli CD bacaan ayat suci Al-quran sheikh Abdul Rahman Sudais 30 juzuk
@Ina Hashim;
Wassalam Ina..
Owh Ina pun rasa macam tu ke? Banyak yang nak dikongsi, tapi tunggu mood datang dululah, ummi sekadar membalas komen2 dan klu berkesempatan singgah jap blog rakan2, tambahan bulan puasa, ada rutin tersendiri.
Betul lah Ina, nikmatnya berada di sana, walaupun baru pulang tapi menyimpan impian untuk pergi lagi.Ummi doakan Ina akan dapat ke sana lagi, menunaikan ibadah haji pulak,insyaAllah.
@ibuintan;
Wassalam ibuintan..
Terima kasih ibuintan atas doa. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, berkat doa rakan2 juga. Ye lah,berehat dulu seketika sambil mencari mood untuk berblog.
@♥♥azatiesayang ♥♥;
Wassalam atie, Alhamdulillah, berkat doa rakan2 juga, terima kasih.
Owh ada juga ye, ummi pun suka pasang CDnya dalam kereta,bacaannya menyentuh hati, rasa tenang je mendengarnya kan atie..
selamat kembali...seronok dengar semua berjalan lancar..tmpng gmbra..
mood berblog tu nanti kalau dah datang mencurah2 tu...hehee
selamat menjalani ibdah puasa...;)
Salam ummi,
Selamat kembali ke tanah air,Alhamdulillah,tak sempat nak ucapkan pemergian ummi ke Mekah tempoh hari.
Insyallah bulan depan kami akan berangkat kesana utk menunaikan fardu haji(belum tahu tarikh lagi)
Moga Allah permudahkan kami dlm segala urusan.
selamat kembali yer Ummi , semoga ketenangan dan keimanan menjadi milik Ummi sekeluarga
waalaikumussalam ummi. alhamdulillah ummi dh slmt kembali ke tanah air. rindunya lama tak baca celoteh ummi:) teruja baca n3 ni, terasa tak sabar nak jejak kaki ke tanah suci. memang suka dengar suara imam as sudais, sayu & menyentuh perasaan walaupun tak faham huhu.
moga terus mujahadah & istiqamah. selamat berpuasa buat ummi & famili:)
@Aishah Jahirah;
Terima kasih Aishah, Alhamdulillah berkat doa rakan2 juga.
Hehe..insyaAllah, tunggu mood datang ni..
Selamat berpesta amal ibadah juga, Ramadhan dah menghampiri penghujungnya.
@ROZILA;
Wassalam Rozila..
Terima kasih Rozila atas ingatan.Oh nak pergi haji ye, Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan.
@khairul;
Terima kasih khairul..doa yang sama untuk khairul sekeluarga juga, amin.
@Sweet N Pretty;
Terima kasih Intan, moga Allah juga permudahkan impian Intan.
Best kan Intan dengar bacaan Sudais ni, ummi pun ada CD dalam kereta, tak jemu dengar.
InsyaAllah, selamat berpesta amal ibadat ye Intan..
mmg sedap suara syeikh ...
@L;
Ye lah L, sampai ke hati kan..!
salam ummi.. alhamdulillah selamat pergi dan balik.. :)...
@LadyBird;
Wassalam LB...
Terima kasih LB, selamat bertemu kembali..
salam kak.Lama saya tak singgah ke sini.Oh akak baru balik dari umrah ye.Tentu seronok berpuasa di sana.Teringin juga saya nak jejak kaki ke sana.Insyaallah satu hari nnt saya juga dpt ke sana.Harap akak sihat ye.
@inazamri;
Wassalam ina.Hehe..yelah ina, ummi pun dah kurang bw sekarang ni, rehat2 dulu, cari mood baru.
Alhamdulillah, seronok ina, suasananya lebih terasa walaupun tak meriah dengan lauk pauk dan kuih muih. InsyaAllah, ummi doakan ina dapat ke sana satu hari nanti. Alhamdulillah, terima kasih ina.
Post a Comment