Friday, August 10, 2012

KAD RAYA DARI DIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross masih dalam mood berhibernasi, ala2 menyepi diri gitu buat seketika. Rasa sedih dan sayu pun ada juga kan, Ramadhan dah dipenghujungnya. Belum berakhir, tapi sudah terasa rindu-rinduan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal ibadat dengan sesungguh dan seikhlas hati, moga ‘bertemu’ Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Moga terus istiqomah walaupun Ramadhan berlalu pergi, moga akan bertemu lagi.

Hari ni rasa teruja nak buat n3. Sebab nak ucap terima kasih. Sebab masih ada yang ingat dan sayang, hehe. Semalam ummiross terima kad raya cum bookmark yang cantik, kiriman rakan blogger yang jauh tapi dekat je rasanya dihati. Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga buat NzA sekeluarga.

IMG_3299IMG_3295
Sejuk hati tengok gambar keluarga bahagia ni, 4fn 1mf-family. Semoga terus berbahagia dengan rahmat kasih sayang Allah SWT. Terima kasih NzA, sayang NzA ketat2, muahh,muahh, muahh!!! beribu-ribu lemon.

Yang ni pulak penghargaan untuk pelanggan, terima kasih kerana masih sudi membuat order walaupun ummiross tidak online untuk tempoh yang agak lama. Kerja dibelakang tabir tetap berjalan juga, Alhamdulillah, rezeki kurnian Allah SWT. So sesiapa yang berminat berniaga batik Sarawak/Batik Borneo, Batik Ratna Dewi dll, bolehlah menghubungi ummiross. InsyaAllah lepas raya nanti, banyak kain batik sarong cantik2, memang meletop!. Stok dah ada, tunggu lepas rayalah ummiross publish ye.

170720126893007201271130072012712IMG_3304
Coming soon!!, hehe promo dulu..

Kepada customer berikut;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

To Anita;
Kod: BS-20pcs
Pos : 9hb.Ogos,2012
Treking :CD17504426MY

To Nor Anitah;
Kod: BS-10pcs
Pos : 9hb.Ogos, 2012
Treking :CD175044201MY

To Rina;
Kod: KPH23-4m
Pos : 9hb.Ogos, 2012
Treking :EM134891318MY

To Zainal;
Kod: (KPH11, KPH16, KPH23, KPH25-20 pasang)
Pos : 3hb.Ogos, 2012
Treking: EM124646785MY

18 comments:

Mak Wan said...

Asslamualaikum Ummiross

Suka hati bila terima kad raya tanda ingatan
Mak Wan tak da kad hanya nak ucapkan selamat bertemu lailatul Qadar dan selamat Hariraya Aidilfitri maaf zahir batin.

ummiross said...

@Mak Wan

Waalaikumussalam Mak Wan...

Yelah Mak Wan ,dah lama tak terima kad raya, dulu2 dari anak murid pun banyak. Seronok atas ingatan rakan2 sebenarnya..
InsyaAllah Mak Wan, sama2lah kita memperbanyakkan lagi amal ibadah dipenghujung Ramadhan ni, moga segala amalan diterima.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga ye Mak Wan, maaf zahir batin.

NzA said...

sama2 ummi.....tnda ingatan yg xseberapa brbnding nilai prsaudaraan kita yg trjalin erat.....makin hr terasa hati makin dkt dgn ummi...bahagia krn dpt mengenali seorg kakak yg begitu baik n sntiasa mendoakan diri ini dan keluarga........syukur alhamdulillah..syg ummi ketat2 jugak!!!!muah100X.

Xsabar nk tgk produk baru...

MumMe said...

teruja tgk tajuk n3 ummiross ni sbb siang tadi bertungkus lumus buat kad raya dgn knk2...special kad rayanya...personal touch...

Amie said...

Sekarang ni jarang orang hantar kad raya kan Ummi... tahun lepas Amie dapat sekeping, tahun ni pun dapat sekeping juga... Selamat Hari Raya Ummi. Semoga bertemu 'nya' pada malam 10 terakhir bulan puasa.

Anonymous said...

wah bestnye dpt kak tu..js pun dpt lum smpt nk citer lagi...hihi

***cantik kain tu js pun nk orde tp lum sbb nk pilih lagi...sbb comei belaka...after raya lah ye...^^

kak ina kl said...

salam ramadhan ummi

wah jelez ada geng blogger dah sampai umah kamu.

akak x dpt lagi kad raya tahun ni..mood sedihhhh

alhamdulliah dah selamat sampai semula ke tanahair selepas mengerjakan umrah..

Unknown said...

best kan klu kita sentiasa diingati dan di hargai

ummiross said...

@NzA;

Cantik tu NzA..ummi suka.
InsyaAllah moga ukhwah terus berkekalan, walau di alam maya tetapi selalu bertegur sapa, itu yang manisnya berjiran di alam maya kan. Mana tahu satu masa nanti, kita dapat bertemu mata.Semoga diberkati Allah selalu.

ummiross said...

@MumMe;

Hehe tajuk kasi gempaq sikit, sebab dah lama tak terima kad raya ni. Mesti anak2 kecil tu seronok sangat kan MumMe,cikgu pun hilang tension, budak2 ni kreatif.

ummiross said...

@Amie;

Ye lah Amie, ummi pun tahun lepas rasanya dapat dua je. Yang payah dapat ni yang buat kita seronok.
Ummi dah terbau harumnya masakan dari dapur Amie ni, tentu raya nanti lagi meriah. InsyaAllah sama2 kita berpesta ibadah. Selamat hari raya juga dari ummi sekeluarga.

ummiross said...

@jemarisuri;

Hehe..JS pun dapat ye, bestkan sebab ada gambar family tu.

Hehe..boleh2 JS, ummi pun lepas raya baru publish gambar kot, sekarang ni nak kurangkan sikit kesibukan diri. Lepas raya baru all out balik, insyaAllah.

ummiross said...

@Kak ina kl;

Salam Ramadhan Kak Ina..

Waa nampaknya kak ina dah baca beberapa n3 ummi ni, thank you, thank you..
Ada kak ina, kak ina bila lagi nak datang, datang beraya nanti ye..
Hehe..jangan sedih2,nanti dapatlah tu.
Alhamdulillah, selamat pergi dan kembali, berkat doa rakan2 juga, tq kak ina.

ummiross said...

@khairul;

betul tu khairul, walaupun kenal di alam maya tapi rasa macam dah kenal lama.

MulutPayau said...

Assalamualaikum ummi...
Cantik kad raya dari NzA tu....bertuah sapa yg dapat...
Yelah kan ummi...terasa kejap jer Ramadan...tahun depan ntah sempat ntah tidak jumpa Ramadan...

ummiross said...

@MulutPayau;

Waalaikumussalam MP..

hehe..mp tuah ayam nampak dikaki,tuah ummi dapat kad raya, hikhik!.
Ye lah mp, terasa sekejap sangat Ramadhan tahun ni, moga2 Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan lagi.

dear anies said...

sy nk kirim jg la kad raya..tp agk2 nyer ummi bls x? hehehehe gurau je

ummiross said...

@KhaiRin:Anies;

hehe Anies...kecik tapak tangan, bandar Bangi ummi tadahkan.